Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Jumaat, Oktober 02, 2009

Daripada Ulu Klawang (UK) ke United Kingdom (UK)


Pemergian saya daripada Ulu Klawang ke United Kingdom diiringi kesedihan dan kegembiraan. Kesedihan kerana terpaksa meninggalkan Ibubapa yang menjadi tanggungjawab saya sebagai anak lelaki, Aishah Humaira’, anak kesayangan dan sudah tentu penyokong kuat saya ‘La’.

Kegembiraan kerana selepas 7 tahun bergelumang sebagai pekerja belia sepenuh masa, saya berpeluang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam ‘Community and Youth Work’. Bidang ini amat baru di Malaysia dan ia bersesuaian dengan jiwa saya yang suka menjadi “be the first” untuk menyelami bidang ini. Menjadi pengasas dan mencuba perkara baru adalah sentiasa menjadi sasaran hidup saya semenjak mengasaskan Intellectual Youth Club (IYC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) semasa di ABIM. Selepas 3 hari di Durham saya dapat rasakan suasana belajar yang amat kondusif merangsang saya untuk meneruskan pelajaran di peringkat PhD juga di bidang belia sekaligus menjadi pakar rujuk belia.

“Ju, anta patut sambung terus PhD”, begitulah kata-kata semangat Ustaz Maszlee, (maszleemalik.blogspot.com) salah seorang kenalan lama yang membuat PhD di Durham. Saya terasa terangsang untuk terus menyambung PhD, teringat pulak tempat Prof. Turiman melengkapkan PhDnya dalam bidang belia di Amerika!. “Tak mustahil, lepas aku dapat biasiswa Chevening Kerajaan British untuk master aku cuba biasiswa Fullbright Kerajaan Amerika pula untuk PhD, desis hati aku sambil memikir masa depan. “Takpun Prof Azimi di UPM dah tawar aku sertai kumpulan pengajian belianya di UPM, mesti ada peluang buat PhD, kalau tak di US di Malaysia pun apa kurangnya. Bayang Prof. Dr. Jufitri Bin Joha, amin. Itulah senjata paling ampuh yang kita ada iaitu menetapkan matlamat (meminjam istilah Azizi Ali, jutawan senyap).

Apa-apa pun niat saya belajar ini adalah kerana Allah, buka kerana nak dapat jawatan atau naik gaji mahupun nak kejar gelaran Dr. Sebelum terbang tempoh hari, saya sempatkan sematkan beberapa pernyataan misi atau ‘mission statement’, antara lain memperolehi Master in Community and Youth Work, menghafal al-Quran, menulis buku, menelaah buku, membina jaringan antarabangsa (bersesuaian dengan portfolio sebagai Exco ABIM) khusunya di Eropah, menulis di Utusan Malaysia, kuasa bahasa Inggeris, Sepanyol dan lain-lain dan menuntut ilmu sebanyak mungkin terutama dari cendiakawan terkenal seperti Sheikh M. Afifi al-Akiti, Sheikh Abdul Aziz Federick, Dr, Hisham Helliar, Dr.Akram Nadwi dan ramai lagi, wah lazatnya.

Selain itu juga saya ditugaskan menubuhkan GPTD di UK dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia (MSD) di London. Ini adalah misi besar! Belum panas punggung, saya dah jumpa seorang anak muda berhasrat menyertai GPTD untuk duduk di Bosnia! MasyaAllah satu pertemuan bermanfaat ketika saya jumpa di Open House Raya salah seorang sahabat di Durham. Semua ini menjadikan saya terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya selama setahun di sini iaitu di Durham, hometown kepafa Tony Blair dan Mr. Bean!. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi…dan perjalanan menjadi semakin cerah.

Ahad, September 27, 2009

Cinta Granada


Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali, cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak di pergunungan Granada. Dalam diam Hassan mengajar bahasa Arab pada Ali. Bahasa ibunda orang berketurunan Arab Granada, tapi sejak orang Castile berkuasa, bahasa itu dilarang daripada diamalkan.

Demi mengurangkan bilangan warga berketurunan Arab yang bergabung dengan gerakan pemberontak, Granada dihapuskan daripada orang Arab. Dalam pelukan Ali, Mariama menghembuskan nafas terakhir. Ia meninggal dalam kumpulan warga keturunan Arab yang diusir dari kampung halaman sendiri.

Demikian sedutan Novel Cinta Granada nukilan Radwa Ashour, Profesor Sastera Inggeris di Universiti Ain Shams, Mesir. Selamat membaca.

Selasa, September 22, 2009

Ibn Khaldun dalam Sorotan 600 tahun


Pada 2006, satu persidangan antarabangsa telah diadakan dalam usaha memperingati 600 tahun pemergian ilmuwan besar Ibn Khaldun. Ibn Khaldun merupakan tokoh umat Islam kelahiran Tunisia yang mana pernah hidup ketika imperium Islam bahagian Barat (termasuk Afrika Utara) di ambang kehancuran. Andalusia terpecah belah menjadi kerajaan kecil (muluk at-tawaif). Kaum Murabitun (Almoravid) dan Muwahhidun (Almohad) saling berebut wilayah dan pengaruh. Sementara Kristian di Utara mengumpul kekuatan mereka untuk merampas semula Andalusia dalam misi yang dinamakan "reconquista". Bermula dengan kejatuhan Toledo (1085), diikuti Cordoba (1236) dan Seville (1248) dan kubu terakhir di Granada (1492).

Menurut Dr. Syamsuddin Arif, Pensyarah Kuliyyah Ilmu-Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, keadaan sososio politik yang tidak menentu itu tentulah mempengaruhi perjalanan hidup dan pemikiran Ibn Khaldun. Mungkin kerana kesibukannya sebagai pegawai tinggi negara dan keterlibatan dalam politik, Ibn Khaldun tidak banyak banyak menghasilkan karya bertulis. Hanya tercatat beberapa buku kecil tentang ilmu mantiq dan filsafat Lubab al-Muhashshal, tentang tasawuf, Syifa as-Sa'il li Tahdzib al-Masa'il dan sebuah otobiografi at-Tarif.

Namun ia meninggalkan sebuah karya raksasa berjudul:"Tarjuman al-'Ibar wa Diwan al-Mubtada' wal Khabar fi Ayyam al-A'rab wal Barbar wa man 'asharahummin dzawa s-Sulthan al-Akbar". Bahagian pendahuluan kitab inilah yang melonjakkan namanya ke seluruh dunia.

Saya menyimpan Kitab Muqaddimah Ibn Khaldun dan menjadikan sebagai bahan bacaan asas kepada penggerak Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (GPTD).

Apa yang menarik dalam kitab ini ialah kesimpulan Ibn Khaldun yang menyatakan bahawa ketika negara sudah mencapai puncak kejayaan , kemakmuran dan kedamaian, maka pemerintah mahupun rakyatnya cenderung menjadi tamak dan melampui batas dalam menikmati apa yang mereka miliki dan kuasai. Itulah petanda kejatuhan mereka sudah dekat.

Senario yang disimpulkan oleh Ibn Khaldun di atas sudah menampakkan tandanya di Malaysia. Cuma persoalannya siapa yang akan jatuh negara Malaysia secara amnya atau Barisan Nasional secara khususnya? Sama-sama kita fikirkan natijahnya.

Sabtu, September 19, 2009

Anak-Anak Yatim Yang Mengubah Dunia


Berbuka Buka Bersama VIP Majlis Berbuka Puasa UNITAR

Ketika memenuhi undangan tazkirah dan berbuka puasa untuk Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), saya berusaha mencari bahan rujukan berkaitan anak-anak yatim memandangkan dalam majlis tersebut diundang sekumpulan anak-anak yatim untuk diraikan dan diberikan sedikit bantuan.

Ketika menyemak kitab Aitam Ghayyaru Majra at-Tarikh atau Anak-Anak Yatim Yang Mengubah Jalan Sejarah, selain saya mendapati tokoh-tokoh Islam seperti Imam Bukhari, Imam Syafie, Imam Ghazali, Sheikh Ahmad Yasin dan Sheikh Abul Hasan Ali an-Nadawi merupakan anak yatim yang merubah sejarah dunia, mata saya tertumpu kepada seorang tokoh pemerintah Andalus.

Tokoh yang saya maksudkan itu ialah Abdurrahman ad-Dakhil iaitu Pemerintah Bani Umayyah di Andalus. Beliau mengasaskan pemerintahannya setelah berakhirnya pemerintahan raja-raja kecil. Beliau adalah Abdurrahman bin Muawiyah bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Saat masa kecil, ayahnya meninggal dunia, sehingga saudaranya menyerahkan hak pemeliharaannya kepada Khalifah Hisyam bin Abdul Malik, yang terus memberikan nafkah kepadanya dan saudara-saudaranya.

Menurut Abdullah Shalih al-Jum'ah, Abdurrahman ad-Dakhil wafat di Cordoba pada 172 Hjrah sesudah memerintah Andalusia selama 33 tahun 4 bulan. Walaupun memerintah di wilayah yang relatif kecil, ianya berhasil menandingi Daulah Bani Abbasiah di bidang kemajuan dan perkembangannya. Wilayah ini menjadi pelita yang menerangi kegelapan Eropah yang begitu pekat. Orang-orang Eropah tidak pernah berhenti pergi ke Andalusia guna menacri ilmu yang memberikan sumbangan terbesar dalam perkembangan peradaban Eropah sesudahnya. Semoga Allah merahmati Abdurrahman dan benarlah Abu Ja'far al-Mansur ketika beliau berkomentar mengenai diri Abdurrahman, "Sesunnguhnya pemuda itu benar-benar seorang pemuda yang unggul dalam segalanya, tiada keliru orang yang memujinya."

Khamis, September 17, 2009

Kuasai Bahasa



Ketika menghadiri mesyuarat strategik GPTD bersama pengasasnya iaitu Encik Ahmad Azam Abdul Rahman, beliau menekankan bahawa para aktivis GPTD harus menguasai pelbagai bahasa asing terutamanya bahasa utama dunia iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, Sepanyol, Peramcis dan Arab. Setakat ini GPTD telah pun menghantar dua orang anak muda ke Turki dan China untuk menguasai bahasa negara tersebut. Salah seorang ahli GPTD yang sedang belajar Perancis ketika ini telah pun menguasai Mandarin, Inggeris, Perancis dan sekarang sedang belajar menguasai bahasa Arab.

"Anta pula kuasai bahasa Sepanyol", begitulah pesan Cik Azam kepada saya. Memang ketika memulakan projek sulung GPTD saya mengetuai projek ke Sepanyol dan harus kuasai bahasa Sepanyol. Ketika itu grup saya mengambil kursus intensif bahasa Sepanyol di UPM secara percuma selama seminggu. Cuma apa yang harus saya buat adalah mengasah kembali penggunaan bahasa Sepanyol saya semula.

Menguasai bahasa ini merupakan saranan Rasulullah sallallahualaihi wasallam. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam kitabnya 'Ar-Rasul al-muallim wa asalibuhu fi ta'lim' menceritakan bahawa Rasulullah sallallahualaihi wasallam mengarahkan sebahagian sahabat mempelajari bahasa asing. Antara lain Rasulullah sallallahualaihi wasallam mengarahkan Zaid bin Thabit mempelajari beberapa perkataan daripada kitab Yahudi untuk baginda, dan Baginda bersabda: " Sesunguhnya daku, demi Allah tidak senang hati jika orang yahudi menjadi penulis dan pembaca kepada warkahku".
Berkata Zaid bin Thabit:" Tidaklah berlalu setengah bulan melainkan daku telah mempelajari bahasa tersebut demi Baginda. Ketika daku mempelajarinya, Baginda ingin menulis sesuatu kepada yahudi, maka dakulah yang menulisnya dan apabila mereka menulis pla kepada Baginda, dakulah yang membacanya kepada Nabi". Sumber : Sohih at-Tirmizi.

Menurut riwayat A'mash daripada Thabit bin Ubaid daripada Zaid bin Thabit beliau berkata:"Rasulullah sallallahualaihi wasallam telah memerintahkan daku agar mempelajari bahasa Suryani".

Sheikh Abdul Fattah berkomentar bahawa menggunakan bahasa asing untuk menyampaikan ilmu dan berdakwah amat diperlukan, inilah sebahagian daripada petunjuk dan panduan yang digunakan oleh Baginda, bahkan ia merupakan salah satu kaedah yang digunakan Baginda semasa mengajar. Dewasa ini, bahasa merupakan anak kunci terpenting untuk mempelajari ilmu sains bagi menyayingi orang asing. Ia juga merupakan anak kunci perkenalan sesama insan yang amat penting di dalam kehidupan manusia di samping memelihara hak-hak insan sewaktu ia bergaul dalam masyarakat.

Selasa, Ogos 25, 2009

Lagi Berita Mengenai Frederick Kanoute



REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam. Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid. Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.

Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan. Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.

"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu. "Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan. "Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Sumber:www.kosmo.com.my.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Seville FC



Saya merupakan penyokong Kelab Bolasepak Chelsea semenjak zaman Chelsea berada di tahap sederhana dalam Liga Perdana Inggeris. Sewaktu itu saya masih ingat Chelsea terkenal dengan Pengurusnya yang turut boleh turun dalam kesebelasan utama. Antara lain pengurusnya yang juga merangkap pemain adalah Gianluca Vialli dan Ruud Gullit.

Tapi bila memperkatakan Liga Primera Sepanyol, pasukan bolasepak yang saya sokong adalah Seville. Kenapa saya tidak memilih Real Madrid atau Barcelona? Ini adalah kerana Seville memiliki seorang pemain Muslim amat berjasa pada agamanya iaitu Frederic Kanoute. Kanoute merupakan penyerang Seville yang berbisa. Beliau berasal daripada negara Mali dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika. Sebelum mewakili Seville, beliau merupakan pemain Kelab Lyon, Perancis.

Apa yang menarik tentang beliau ialah, beliau pernah membelanjakan 510860.00 Euro untuk membeli sebuah masjid di Seville daripada ditutup. Inilah pemain yang sepatutnya dicontohi pemain-pemian Muslim yang lain. Beliau juga telah menubuhkan sebuah yayasan di negaranya Mali khususnya untuk membantu kanak-kanak terutamanya anak yatim.

Beliau juga pernah dilaporkan enggan memakai jersi pasukan yang tertera lambang arak! Kanoue layak dinobatkan sebagai ikon pemain bolasepak yang beriman, bertanggungjawab pada agama dan pemurah. Sesuatau yang jarang dapat dicari pada zaman ini pemain yang seimbang dunia dan akhirat.

Walaupun dua kali berkunjung ke Sepanyol namun saya belum berkesempatan ke Seville. Jika diizinkan Allah sekali lagi ke Sepanyol, saya akan cuba menjejak Masjid Seville yang telah diselamatkan oleh Kanoute tersebut untuk kemudahan Umat Islam Seville.

Rabu, Ogos 12, 2009

Orang Cerdas dari Andalusia



Siapa itu orang cerdas dari Andalusia? Apabila saya terbaca Kitab al-Mushaffa min Shifaati ad-Du'ati, Sheikh Abdul Hamid al-Bilali mencoretkan satu cerita menarik iaitu bermula begini...Yahya bin Yahya pergi dari negerinya menuju Imam Malik, untuk mendengar hadis dan belajar padanya. Imam Malik tertarik dengan akhlak dan kecerdasan Yahya bin Yahya.

Dikisahkan pada satu hari, Imam Malik sedang bersama murid-muridnya, lalu seseorang berkata, "Ada gajah di luar". Murid-murid Imam Malik puan keluar berhamburan untuk melihat gajah yang dimaksud, sedang Yahya bin Yahya tidak berganjak dari tempatnya. Imam Malik bertanya kepada Yahya bin Yahya, "Kenapa engkau tidak ikut keluar untuk melihat gajah, sebab gajah tidak ada di Andalusia? Yahya bin Yahya menjawab, "Aku datang jauh-jauh dari negeriku untuk melihatmu, mempelajari petunjuk dan ilmumu, bukannya untuk melihat gajah."

Imam Malik kagum dengan jawapan Yahya bin Yahya dan menggelarinya "Orang Cerdas dari Andalusia".

Khamis, April 16, 2009

Catatan Andalus daripada saifulislam.com



Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat.

Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, dan kami dengan penuh sabar menekuni liku-liku jatuh dan bangun Andalus bersama Prof Kopanski.

Kelas Andalus ini tidak seperti kelas yang lain. Selama tiga jam (kadang-kadang mencecah 4 jam lebih), kami akan duduk mengelilingi meja bulat bilik kuliah, dan peta Mediterranean Barat akan dibentang. Lagak pegawai tentera sedang mendengar taklimat dari Jeneral yang bertitah merancang strategi. Prof. Kopanski menarik perhatian kami untuk mengaitkan setiap satu peristiwa, kepada lokasinya di atas peta.

Kembara kami bermula, dengan penyiasatan tentang siapakah sebenarnya Tariq bin Ziyad. Seorang tokoh yang muncul dari misteri sejarah, melakar kejayaan luar biasa menguasai Semenanjung Iberia dalam jangka masa yang singkat, terfitnah bersama Musa bin Nusair lalu dipanggil mengadap Khalifah di Dimasyq, dan kemudian hilang dalam misteri sejarah yang matinya tidak bernesan, hidupnya tiada catatan. Prof. Kopanski mengemukakan teori bahawa Tariq bin Ziyad bukan Berber dari Afrika Utara, tidak juga Arab Mesir mahu pun Yaman dan Syam, beliau adalah Visigoth Jerman, dari penduduk Semenanjung Iberia yang kemudiannya menerima Islam di Afrika Utara, sama ada oleh dirinya sendiri, atau melalui bapanya yang berhijrah ke Afrika Utara.

Kembara kami diteruskan lagi dengan pelbagai catatan jatuh bangun, diserikan pula oleh gaya Prof Kopanski yang seperti pelakon teater. 3 jam kami di dalam kelas, seperti menonton filem Andalus yang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakonnya adalah Prof Kopanski. Hebat…

Minggu lalu kami berbahas tentang Andalus menurut perspektif Ibn Hazm al-Andalusi. Sungguh teruja, dan lucu dengan syair-syair Ibn Hazm yang jatuh hati dengan seorang hamba wanita milik jirannya. Syair itu dianalisa untuk melihat dunia yang berbeza, ketika Islam tinggi, ketika bangsa yang kulitnya berwarna lebih mulia dan berpendidikan, berbanding si kulit putih yang hina, kotor dan digambarkan oleh Ibn Fadlan sebagai berotak beku, mangsa cuaca sejuk yang menjumudkan wujud mereka.

Langkah kami sampai ke penghujungnya malam ini. Selama 4 jam kami di dalam kelas, Prof Kopanski membawakan catatan beliau pada manuskrip yang dikutip dari Maghribi, berkenaan dengan laporan pegawai polis yang menyiasat keadaan sisa-sisa umat Islam selepas pembunuhan Muslim besar-besaran dengan restu Pope pada tahun 1492. Penyiasatan itu merujuk kepada daerah Valencia yang ditawan oleh El Cid Campeador. Catatan itu membuatkan saya dan rakan-rakan tersepit antara lucu, geram, sedih dan terluka… semuanya untuk diteladani oleh mereka yang masih punya akal dan jiwa

Semua yang dilakukan di Valencia adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh Ataturk di Turki, dan kerajaan-kerajaan Eropah hari ini yang gementar dengan kehadiran 58 juta umat Islam di Eropah, pada statistik terkini.

Pada tahun 1516, diperkenalkan undang-undang yang melarang Muslimah menutup mukanya. Serban juga diharamkan, dan mereka yang melanggar peraturan ini akan dihukum menjadi hamba di ladang milik paderi. Pegawai polis itu juga geram dengan umat Islam yang enggan memakan babi, tidak minum arak dan khabarnya mandi setiap pagi Jumaat. Mereka telah menghancur binasakan Hamam kerana tidak mahu umat Islam mandi… biar kotor dan jijik seperti mereka. Anak-anak yang lahir diperiksa dan jika dikhatan, keluarganya akan dihukum.

Melucukan, laporan siasatan itu mengenal pasti orang Islam di Valencia enggan makan di meja, sebaliknya duduk di lantai! Undang-undang diperkenalkan pada tahun 1526 yang mengharamkan orang Islam memiliki kunci rumah. Pintu rumah setiap orang Islam mesti dibiarkan terbuka dan orang Kristian boleh menjenguk masuk sesuka hati, demi memastikan orang Islam tidak bersembahyang atau menyimpan bejana air untuk berwudhu’. Laporan itu juga mencela orang Islam kerana didapati mereka menamakan anak-anak mereka dengan dua nama. Secara rasmi, mungkin bernama Fredo tetapi di dalam rumah anak itu dipanggil Ahmad, Ali dan sebagainya. Orang Islam di Valencia juga didapati melanggar peraturan kerana memohon untuk bekerja pada hari Ahad dan Krismas!

Catatan ini telah membuktikan kepada kami bahawa walaupun penghapusan etnik telah mencapai kemuncaknya pada tahun 1492, umat Islam yang berbaki masih terus mempertahankan Islam mereka. Intifadhah pertama umat Islam berlaku pada tahun 1501 dan ia berterusan hingga 1570. Namun sedikit demi sedikit, generasi anak Muslim pasca 1492, telah kehilangan Islam mereka. Mereka masih tahu diri mereka Islam tetapi apabila mereka melarikan diri menyeberang laut ke pantai Afrika Utara di kawasan Tunisia, mereka telah dibunuh oleh umat Islam sendiri. Mereka disyaki sebagai pengintip Kristian, semata-mata kerana bahasa mereka yang rumit dan gagal membuktikan pengetahuan mereka tentang Solat!

Saya bangga dengan ketabahan umat Islam ketika itu. Ternyata, hampir semua buku tentang Sejarah Eropah yang ada di pasaran menyembunyikan sejarah Andalus kerana ia terlalu buruk, keji, jelek mengatasi binatang, pada imej kaum Kristian yang sangat hina pada masa itu. Pope hari ini sudah memohon maaf kepada Yahudi atas perlakuan kuasa Kristian kepada Yahudi ketika itu, tetapi hingga kini, beliau masih sombong untuk memohon maaf atas kematian umat Islam yang mencecah ratusan ribu malah jutaan orang. Kalau mati di medan perang, ia cerita lain. Tetapi ini adalah pembunuhan dan penyembelihan yang diarahkan oleh Pope kepada El Cid Campeador dan pemimpin Kristian sejagat.

Mana mungkin sejarah Andalus dapat disembunyikan. Ia bukan era 8 bulan atau 8 tahun, tetapi 800 tahun. 800 tahun yang tidak mungkin Eropah hari ini boleh berdiri tanpanya.

Sumber : http://saifulislam.com/?p=7

Antara Andalus dan Universiti Durham UK



William Drapper, seorang sarjana Inggeris yang terkenal tentang penulisan sejarah perkembangan intelektual di Eropah menyebut :

"Selama hampir lapan ratus tahun berada di bawah pemerintahan Islam, Andalus menjadi satu sumber tamadun kepada Eropah. Sebagai sebuah negara bertamadun tinggi, kemajuan yang dicapai oleh umat Islam Andalus dalam bidang seni, sastera dan sains, tiada bandingannya di benua Eropah. Para penuntut dari negara Perancis, Jerman dan England tertumpu ke sana untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang hanya terdapat di bandar-bandar Islam Andalus. Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi, biologi, sejarah, falsafah dan ilmu-ilmu hukum, hanya boleh dipelajari di Andalus..."

Namun hari ini kiblat ilmu sudah berpindah ke dunia barat khususnya dikuasai oleh orang bukan Islam. Satu kajian di UK mendapati orang Yahudi menguasai 95% ilmu, orang Kristian 65%, orang Buddha 35% dan orang Islam hanya 15% sedang ayat Iqra merupakan ayat terawal turun kepada kita!. Ramai pelajar di seluruh dunia tertumpu untuk menimba ilmu di negara Barat seperti UK, Perancis, Amerika Syarikat, Jerman dan lain-lain dan tidak terkecuali pelajar dari Malaysia. Saya juga tidak terkecuali. Saya diberi izin oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Durham, UK pada bulan September tahun ini (2009). Saya bakal mengambil Master dalam bidang Pengajian Ilmu Kemasyarakatan dan Belia selama setahun.

Bidang pengajian saya ini, amat jarang didapati di Malaysia kecuali di UPM. Ini mengambarkan bidang ini agak asing di Malaysia namun di UK ia telah 'advance' dan berkembang. Saya berazam untuk terus menggali ilmu ini dan memindahkannya ke Negara Islam Malaysia ini. Ia ibarat Hikmah yang hilang yang seharusnya kita membawa hikmah ini pulang ke pangkuan dunia Islam. Saya berharap Malaysia akan terus berkembang menjadi pusat ilmu dunia Islam yang bakal menjadi Andalus kedua. Almarhum Sheikh Muhammad al-Ghazali, tokoh pemikir Islam Mesir pernah menyifatkan Malaysia sebagai Andalus kedua. Malaysia berpotensi menjadi pusat Ilmu dunia!. Kita juga wajib berjihad mengembalikan kegemilangan ilmu dalam dunia Islam.

Saya amat tertarik untuk mengambil bidang ini memandangkan saya terlibat bekerja sepenuh masa sebagai aktivis mesyarakat, pekerja belia dan pendakwah global. Sampai masanya saya menjadi pekerja yang berilmu, berkelayakan dan profesional. InsyaAllah jika diizinkan Allah saya bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke tahap PhD dan menjadi "An Activist Profesor"!. Ungkapan ini saya sebut semasa temuduga biasiswa British Chevening di depan panel penemuduga di Kedutaan Britain di Kuala Lumpur pada Februari yang lepas.

Seperkara lagi yang menarik minat saya ialah untuk mengkaji perbandingan pergerakan belia antara UK dan Malaysia . Sebagai perbandingan awal, pergerakan belia di UK telah bermula seawal tahun 1844 manakala Malaysia seawal tahun 1957.

Saya amat berharap saya boleh terus menambahkan kesaktian bagi meneruskan perjuangan saya dalam dakwah, ilmu, belia dan masyarakat sekembalinya saya ke bumi Malaysia. Mari sama-sama kita pasti Malaysia menjadi Andalus kedua.

Selasa, Mac 31, 2009

Almarhum Ustaz Niamat Yusoff



Almarhum al-Fadhil Ustaz Niamat Yusoff sudah 5 tahun pergi meninggalkan kita. Bagi warga ABIM, nama beliau bukanlah asing bagi mereka bahkan merupakan antara tokoh agama ABIM yang amat terserlah ketokohannya. Beliau merupakan pengasas Maahad Tarbiah Islamiyah Derang (MTI) yang disegani. Saya membaca buku bertajuk Ulama Arkitek Kemanusiaan tulisan saudara Ismail Hisham yang memerikan ketokohan Almarhum Ustaz Niamat.

Apa yang menarik saya ialah 'Amanat Terakhir' beliau untuk pendokong ABIM yang diceritakan dalam buku tersebut. Almarhum Ustaz Niamat menyentuh mengenai Islam di Sepanyol! Berikut sedutan amanat beliau.."Kita lihat tamadun Andalus, dengan pencapaian yang sangat mengagumkan. Di mana di peringkat awalnya sebelum melalui kejatuhan, kemanusiaan masih dipertahankan. Kita ingin kembali kepada zaman itu dengan ilmuan kita yang sarat dengan ilmu pengetahuan moden. Kita memiliki pakar-pakar perubatan yang menjadi rujukan".

Almarhum menambah lagi, "Pada zaman Andalus, Osmaniah malah Tamadun Islam India dalam pelbagai dinasti dalam sejarah yang kita dapat melihat menikmati membaca dan menilai peninggalannya yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan".

Almarhum Ustaz Niamat juga menggagaskan, "Kita perlu jadi ulama dulu, baru jadi ahli sains! Itu sebabnya saya selalu mengulangi tokoh yang tidak dapat saya lupai Maulana Abbas al-Firnas al-Qurtubi. Di Cordoba, Sepanyol, beliau merupakan Pakar Syariah dan juga ahli perniagaan. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan ahli sufi yang sangat disegani. Beliau juga merupakan ahli sains yang melakukan penyelidikan di waktu malam selepas saja melakukan solat tahajjud.

Beliaulah orang yang mula-mula memunculkan teori penerbangan yang pertama yang telah pun dilakukan eksperimennya dengan terbang dengan sayap burung. Kemudian melakukan eksperimen kedua dengan terbang tanpa sayap. Tetapi selepas kajian itu dibuat, kejatuhan kerajaan Bani Umayyah bermula. Maka kejatuhan Sepanyol telah pun menyebabkan hak milik orang Islam dirampas. Penyembelihan besar-besaran berlaku selama enam bulan dan khazanah penyelidikan Abbas turut dirampas.."

Selasa, Mac 24, 2009

Buku : Melayu Perkasa



Di Seremban tadi saya terjumpa dan membeli buku Melayu Perkasa hasil garapan Naqib saya di UIA dulu iaitu Prof. Dr. Sidek Baba atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sidek. Di halaman 214 dalam buku yang baru terbit tersebut, beliau menulis seperti berikut :

"Wujud bukti yang jelas bagaimana puncak kepimpinan Islam di Sepanyol,orang Kristian dan Yahudi merasa terlindung di bawah kepimpinan Islam. Islam tidak hanya dilihat sebagai suatu agama tetapi digarap hasilnya sebagai sumber tamadun. Islam mendukung risalah alamiah yang tidak saja menjadikan Islam dan umatnya sejahtera tetapi dalam masa yang sama memberi erti tentang kemanusiaan itu senidri".

Sepanyol dan April Fool's Day



Bulan April bakal menjelma lagi. Namun umat Islam jarang hendak menggunakan bulan Islam sebagai rujukan utama mereka. Sebagai umat yang bangga dengan agamanya, kita harus membudayakan bulan Islam dalam setiap urusan harian kita.

Pabila datang bulan April, maka sambutan April Fool pasti akan datang bersama. Menurut saudara Mohd Sukki Othman, kolumnis Majalah Milenia Muslim, sambutan April Fool hanya membodohkan masyarakat kita sahaja bahkan sambutan itu adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam! Telah dikatakan bahawa sejarah April Fool merujuk kepada Tentera Kristian di Sepanyol yang berjaya menipu dan membunuh umat Islam secara beramai-ramai di Sepanyol, sehinggakan tarikh keramat itu dirayakan pada setiap tahun sebagai The April Fool's Day.

Hati-hatilah temanku!

Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Rindu Andalusia



Ketika saya berkunjung ke Pulau Pinang baru-baru ini untuk menyampaikan ceramah kesukarelaan, saya terjumpa dengan satu novel yang menarik hati saya. Ia berkaitan dengan Andalus dan bertajuk Rindu Andalusia nukilan Radwa Ashour. Sinopsisnya adalah seperti berikut :

Rindu Andalusia menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubah suai menjadi gereja dan Katedral.

Kalau ingin selamat minta sahaja dibaptis menjadi Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari Ahad di gereja.

Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup. Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadap? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik "misi suci" itu?

Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Dua buah buku lagi akan segera terbit.


Novel ini adalah terbitan Telaga Biru dan berharga RM 23.00. Manakala novelisnya adalah profesor sastera Inggeris di Universiti Ain Shams, Mesir. Beliau juga seorang novelis, cerpenis dan pengkritik sastera Afro-Amerika. Beliau mendapat Ph.D dari Universiti Massachusetts pada tahun 1975. Karya beliau yang telah terbit ialah: The Journey - Memoir seorang Mahasiswa Mesir di Amerika (1983), Warn Stone (1958), Khadija and Sawsan (1989), I saw the Date Palms - kumpulan cerpen, Apparitions - novel autobiografi (1998), Siraj (1992) dan The Granada Trilogy (2003)

Isnin, Mac 16, 2009

Seville Dalam Sorotan



Ketika kunjungan saya ke Sepanyol buat pertama kalinya pada 2006, saya tidak sempat menjejakkan kaki ke bumi Seville (dalam Bahasa Sepanyol disebut sebagai Seviyye). Begitu juga kunjungan kedua dengan misi rasmi 2008, masih tidak sempat menjengah Seville. Mungkin harapan dan cita-cita untuk misi ketiga ke sana yang dijangka akhir 2009, dapat diberikan keluasan dan peluang oleh Allah menjejaki Seville atau Ashibbiliyah (Bahasa Arab).

Ketika ini saya sedang menyiapkan tentatif trip Maghribi dan Sepanyol untuk dicadangkan kepada Union of Ngos of the Islamic World (UNIW) Malaysia dan Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH). Sudah dua kali saya dirujuk oleh beberapa pihak untuk mendapatkan khidmat saya untuk membawa mereka ke Sepanyol selain projek Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Satu ketika dahulu, Seville merupakan pusat terpenting untuk kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan kaum Moor Sepanyol. Seville dewasa ini menjadi ibunegeri bagi Andalusia. Seville secara tradisinya amat termashyur dengan elemen-elemen kehidupan, kesenian, kebudayaan, musik dan syair. Kesemua elemen tersebut berakar umbi dalam masyarakat Seville. Ia bertambah signifikan apabila kejatuhan Khilafah Cordoba pada 1031.

Dua pemerintah terkenal sebagai penyair ulung ialah al-Mutadid (1042-1068) dan anaknya al-Mu’tamid (1068-1091). Mereka berdua bukan sahaja hebat sebagai penyair bahkan menjadi payung yang menaungi galaksi artis, penyair dan ahli kraftangan. Ini bermakna mereka berdua bukan sahaja menjiwai seni bahkan menjadi menggalakkan tradisi ini mekar di lingkungan kuasa dan pengaruh mereka. Ini merupakan sikap positif pemerintah yang terpamer dalam dalam sejarah kegemilangan Tamadun Islam Sepanyol.

Seville yang saiz georafi lebih besar dari Cordoba mempunyai dua tarikan monumen utama iaitu La Giralda dan Alcazar yang mana jaraknya hanya ‘walking distance’ daripada tengah-tengah pusat bandar Seville. Selepas Andalusia diambil semula oleh pihak pemerintah Kristian, gaya seni bina Islam yang diistilahkan sebagai ‘Mudejar’ masih terus harum dan popular di kalangan pemerintah-pemerintah Kristian. Ini terbukti apabila mereka meminta dan mengupah ahli seni bina Islam untuk membina istana-istana mereka. Ini satu pengiktirafan yang tidak dapat diselindungi lagi.
Selepas 750 tahun bernaung di bawah cahaya pemerintahan Islam, Seville secara tragisnya jatuh di tangan Fernando III pada 1248 masihi berbanding Granada yang terus bertahan selama 250 tahun lagi sebelum kejatuhannya.

Pada hari ini menara La Giralda adalah satu-satunya komponen kepada Masjid Agung Almohad Seville yang masih kekal boleh dilihat sehingga kini. Menara tersebut dibuka untuk pelawat dan menyajikan pemandangan yang mengasyikkan di sekitar Seville. Selain menara, yang masih tinggal berbaki adalah halaman masjid yang dihiasi air pancut dan kolam. Ia diperindahkan lagi dengan pokok oren. Dewasa ini, bahagian gereja yang dimasukkan ke dalam bahagian Masjid mengambil masa selama 100 tahun untuk disiapkan bersama artifak agama Kristian, kerja-kerja seni berharga dan juga kubur Christopher Columbus, iaitu orang yang bertanggungjawab menemui benua Amerika. La Giralda juga memainkan peranan penting melatari suasana dalam novel karya Dan Brown iaitu "Digital Fortress”.

Alcazar atau dalam bahasa Arabnya al-Qasr (Istana), merupakan istana yang dibina dengan gaya Moorish yang diminati oleh pemerintah Kristian selepas Seville jatuh menggantikan istana yang asal. Walaupun Alcazar nampak elegen dan hebat, namun ianya selalu dikritik kerana ia kelihatan tidak asli kerana cuba meniru kehebatan seni bina Alhambra di Cordoba yang dianggap sebagai “Masterpiece of Moorish architecture”.

Selepas halaman Alcazar (courtyard) telah dibina dan diperindahkan semula, Pengarah Filem terkenal Ridley Scott telah menggunakan halaman yang telah diturap dengan batu tersebut untuk set penggambaran filem Kingdom of Heaven. Ketika penggambaran tersebut, halaman tersebut digunakan sebagai halaman istana untuk Raja Jerusalem.
Alcazar dikaitkan dengan pelbagai cerita menarik semenjak ianya menjadi kediaman pemerintah Islam pada kurun ke 11 dan yang paling menarik minat adalah kisah Al-Mutamid. Semasa era pemerintahan Islam berpecah yang digelar era Taifa, kerajaan Seville muncul sebagai kerjaan Islam yang berpengaruh di bawah Al-Mutamid yang subur dengan syair, seni, kebudayaan, sains dan kesusasteraan. Di sana terdapat beberapa cerita berkaitan dengan pengaruh syair dalam kehidupan Raja Taifa Moorish.
Antara lain yang disebutkan oleh Dr. Syed Amir Ali dalam artikel beliau seperti berikut:

“According to legend, Al-Mutamid’s favourite wife, Al-Rumaikiya, probably a Christian princess from the Northern Spain and an accomplished poet herself, once woke up in the morning and saw and unusual sight from her palace window in Cordoba, part of the kingdom of Seville at the time. The city was experiencing a rare snowfall and the slopes of the majestic Sierra Morina were covered with it, presenting a spectacular view. The sight delighted the princess, making her nostalgic about her native north where snow was a common occurrence. To please her, Al-Mutamid ordered countless almond trees to be planted on the plains and mountain slopes of Cordoba. At the end of the winter season every year, he could show his beloved wife the view of a countryside covered in a mantle of snow-white blossom, creating the illusion of a heavy snowfall.

Onslaughts from surrounding Christian kings made life difficult for Seville and its ruler. Al-Mutamid’s rule came to a tragic end. He was deposed and exiled by the Al-Murabitun ruler from North Africa, Yosuf-bin-Tashfin, whose help he had solicited against his Christian enemies. He ended his life in captivity in 1095 in Morocco. Some of his verses written in his cell in his last years portray his sense of despair and nostalgia for the bygone days:

“I was the ally of bounty and the lord of generosity
A friend of people?s souls and their spirits
Today, I am a captive in the throes of poverty”

Sekian, semoga Allah kabulkan hajat saya untuk bertemu Seville! Amiinn…

Selasa, Februari 10, 2009

Jemputan Daripada Pusat Islam Granada kepada Penulis



As salamu alaykum

Me complace invitarles a la Conferencia seguida de coloquio

LA CRISIS DEL SISTEMA FINANCIERO:
EL ISLAM ES LA ALTERNATIVA

Por Umar Farruq Gutiérrez,
Ingeniero de Telecomunicaciones,
Responsable de Zakat de la Comunidad Islámica en España.

Martes 10 de Febrero 2009
A las 19:30 h.

En la Sala de CONFERENCIAS de la
Mezquita Mayor de Granada

El sistema financiero está inmerso en una profunda crisis a nivel mundial.
A los casi mil millones de personas que ya sobrevivían padeciendo malnutrición
hay que añadir ahora otros cien millones mas como consecuencia de esta crisis.

En vez de salvar este sistema debemos prepararnos para implantar uno nuevo.
El nuevo sistema ha de basarse en tres grandes principios:

1. Eliminación de todas las prácticas de la usura.
2. Desvincular la moneda de la manipulación de los gobiernos.
3. Reducir los impuestos al pago anual del 2,5% sobre la riqueza acumulada.

Este nuevo sistema no sólo es posible sino que es la única alternativa real al modelo que se esta desmoronando.

Es el sistema por cuya implantación debemos luchar los casi 2000 millones de musulmanes del mundo,
ya que es el modelo económico que está de acuerdo con
el último mensaje revelado por el Creador al género humano.

Entrada libre.

Hajj Abdulhasib Castiñeira
Director
MEZQUITA MAYOR DE GRANADA
Apdo. 674, 18080 GRANADA
Tel: 958 20 25 26
Fax: 958 29 61 95
Web Site: www.mezquitadegranada.com

Hari Valentine , Ratu Isabella dan Sepanyol.



Seperti yang dijangka, kehadiran 14 Februari menimbulkan polemik di kalangan umat Islam khususnya remaja yang sedang dilamun cinta iaitu Hari Valentine. Pada hari tersebut, bagi orang yang ada kekasih akan bertukar-tukar bunga ros, mengenakan pakaian merah, mengaturkan makan malam di bawah cahaya lilin, berkirim ucapan sayang melalui sms dan banyak lagi aktiviti – aktiviti yang membejatkan iklim Islamiyyah. Namun sebagai umat Islam yang beriman dengan keindahan dan kesyumulan Islam sudah merasai memadai dan amat berpuas hati dengan apa yang telah disuruh dan ditegah dalam Islam. Mereka merasa mulia apa yang dibawa oleh ad-deen ini dan tidak perlu mengambil apa – apa yang di luar lingkungan agama apatah lagi ia bercanggah dengan agama.

Di Indonesia, Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI) telah mengharamkan Hari Valentine kerana mengenang pendeta dan mendukung maksiat. Namun ada suara ‘liberal’ yang berhujah apa salahnya Hari Valentine bagi orang yang mahu memperingatinya kerana intipatinya adalah kasih sayang, kenapa dipersulit?, bentak suara tersebut yang turut mengakui beliau tidak memperingati hari tersebut. Beliau turut mencoret peada permulaan bicara beliau dengan “It’s bad enough they have declared Christmas Greetings to fellow Christians haram, but now Valentine’s too?”. Ini jelas menggambarkan seolah-olah beliau ingin menyatakan bahawa dalam Islam ni, itu tak boleh ini tak boleh, liberal sikit! Sebab itulah beliau memuji Jaringan Islam Liberal (JIL) melalui pernyataan misi JIL iaitu ‘This is the kind of Islam that should replace the current sects in Indonesia, if Indonesia wants to keep existing, the way it was intended to”.

Islam tidak menghalang kasih sayang bahkan ia merupakan antara mesej utama kedatangan Islam, cuma persoalannya mengapa perlu kita ikut tradisi barat dengan mengiktiraf 14 Februari? Bukankah kita ada hari kekasih kita sendiri pada 12 Rabiulawwal dengan kelahiran Nabi sallallahualaihiwassalam? Kelahiran Baginda membawa rahmat dan kasih sayang ‘sejagat’. Namun sebahagian dari umat Islam beriya-iya dengan Hari Valentine dan melupakan Maulid Nabi!. Baginda telah meminta para sahabat menyebarkan salam di kalangan sesama mereka sebagai manifestasi penyebaran kasih sayang sejati dan menurut para ulama ianya juga manifestasi keamanan, ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan. Ini jelas dalam hadis riwayat Imam Muslim, “Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Dari segi sejarahnya, menurut Dr. Khadijah Mohd Hambali, Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Valentine di situ merujuk kepada Saint (St.) Valentino seorang paderi berpengaruh di zaman ratu Isabella. Menurut versi pertama, St. Valentino merupakan orang terpenting di sisi Ratu Isabella dalam usaha menumpaskan Kerajaan Islam Sepanyol yang telah bertapak selama 800 tahun membawa kemakmuran pada bumi Eropah. Sambungan pada versi kedua, lantaran daripada ‘jasa besar’ paderi itu, maka Ratu Isabella telah berkenan memenuhi hajat sang paderi ini. Namun apa yang mengejutkan Ratu dan rakyatnya apabila sang paderi yang bermazhab katolik menyatakan hasrat untuk mengahwini seorang gadis bermazhab protestan yang jelas tidak dibenarkan! Apatah lagi beliau seorang paderi yang dilarang untuk berkahwin. Ratu Isabella bertindak memenjara sang paderi namun sebagai mengenang jasa beliau, maka Ratu Isabella mengangkat 14 Februari sebagai hari mengenang jasa beliau. Justeru, untuk apa kita Umat Islam meraikan hari tersebut? Kita sudah pun ada alternatif dan hari kita sendiri.

Ratu Isabella ialah ratu yang bertanggungjawab mengembalikan pemerintahan Sepanyol kepada pemerintahan berpaksikan Kristian. Walaupun sempat melalui Gereja Agung Granada yang menempatkan makam ratu tersebut semasa kunjungan ke sana, saya tidak tergerak hati untuk masuk ke dalam menjengok makam beliau. Mungkin kerana sentimen kekesalan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh ratu tersebut terhadap umat Islam dan Yahudi apabila memaksa mereka menganut Kristian atau dihalau dari bumi Sepanyol. Ratu tersebut sanggup mengkhianati perjanjian dengan umat Islam agar membenarkan umat Islam hidup bebas selepas Sultan Muhammad Abu Abdillah, Sultan terakhir Kerajaan Islam Nasriyyah menyerahkan kuasa kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand.

Sumber dari wikipedia.com memperkenalkan Ratu Isabella atau Ratu Isabel seperti berikut, ‘Isabel I dari Kastilia (22 April 1451 – 26 November 1504) adalah Ratu Kastilia dan Leon. Ia menikahi Ferdinand, raja Aragon, pada 19 Oktober 1469. Pernikahan ini menandai bersatunya Takhta Kastilia dan Aragon, mengawali penyatuan Spanyol secara politis kelak oleh Carlos I dari Spanyol (juga Kaisar Romawi Suci), serta mengawali masa keemasan Sepanyol. Paus Aleksander VI memberikan gelar "Penguasa Katolik" (Spanyol: los Reyes Católicos) kepada Fernando dan Isabel, dan ia juga dikenal sebagai Isabel la Católica atau "Isabel sang Katolik". Kejadian-kejadian penting dalam masa pemerintahannya adalah diselesaikannya Reconquista dengan mengalahkan Sultan Granada Muhammad XII (Sultan Boabdil), penjelajahan Christopher Columbus, serta pengusiran umat Muslim dan Yahudi dari Sepanyol (lihat Inkuisisi Spanyol). Ketika peristiwa ini terjadi pada tahun 1492’.

Sudah jelas, umat Islam tidak boleh menyambut 14 Februari tersebut kerana ia berkait rapat dengan soal agama dan akidah. Umat Islam yang ada hati nurani yang suci takkan membenarkan dirinya bergembira dengan kejatuhan sebuah Kerajaan Islam yang menjadi permata berharga dan jantung Eropah yang sebenarnya membawa mesej kasih sayang kepada warna-warni kejayaan Eropah masa kini. Ayuh kita tumpukan pada Hari Kasih Sayang kita iaitu Maulid Nabi yang bakal tiba tidak lama lagi!

* Saya sedang membaca buku How to Talk to Anyone khusus bab How to Use Eyes to Make Someone Fall in Love with You.

Khamis, November 13, 2008

Berani Berubah : Belia Terarah



Dalam buku “History of Muslim Spain” oleh Sahibzada Masud ul Hassan Khan Sabri, beliau telah mengajak pembaca berfikir mengapa Andalus boleh jatuh selepas hampir 100 peratus penduduknya telah menganut Islam (almost a hundred per cent Muslim Country) dan Andalus menjadi sebuah negara maju (highly developed one). Beliau telah menggariskan 9 faktor kejatuhan Andalus. Sikap kita selaku insan yang telah menyaksikan keruntuhan Andalus dan mengetahui sebab kejatuhannya adalah kita harus membuat perubahan khususnya kita sebagai golongan belia.

‘Sekali bah sekali pantai berubah’ , begitulah bunyi pepatah Melayu yang amat sinonim dalam kehidupan kita. Pepatah ini menggambarkan fenomena ‘perubahan’ sentiasa berlaku dalam beberapa detik dan ketika dalam kehidupan kita.

Perubahan merupakan satu fenomena yang positif dan sentiasa ditagih khususnya bagi orang yang inginkan kebaikan dalam kehidupan. Setiap insan inginkan perubahan bahkan amat memerlukan perubahan demi kebaikan masing-masing. Tidak terkecuali para pemimpin pertubuhan belia amat memerlukan hembusan angin ‘perubahan’ demi memastikan pertubuhan belia dan peranannya terus releven dalam menjadi jurubicara belia dan masyarakat. Sesungguhnya perubahan itu bak kata bijak pandai adalah tanda kehidupan.

Apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak menggagaskan satu misi besar iaitu ‘Mengangkasakan Tamadun Bangsa’, para pemimpin belia harus menyambut misi ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Secara ringkas, misi ini adalah untuk melahirkan ‘Bangsa Angkasa’ atau ‘Space Nation’ yang sentiasa mempunyai impian tertinggi. Bangsa Angkasa mempunyai tamadun yang hebat. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan. Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa.

Misi ini secara tersiratnya mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersedia melakukan perubahan dalam pelbagai aspek kerana Malaysia sudah pun memasuki satu dimensi baru apabila Dato’ Dr. Sheikh Muszafar Shukor meneroka ruang jagat raya. Perubahan ini akhirnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara tapi kepada rakyat Malaysia.

Pemimpin belia khususnya di Negeri Sembilan ini, harus melihat misi ini sebagai satu misi yang besar. Sebagai pemimpin kepada warga belia, kita mempunyai tugasan berat untuk membawa perubahan kepada warga belia Negeri Sembilan. Dalam dunia globalisasi ini, yang lambat membuat perubahan atau anti kepada perubahan akan ketinggalan jauh ke belakang. Peranan kita secara jelasnya adalah membantu kerajaan untuk mempersiapkan diri sendiri dan seluruh warga belia agar bersedia menjadi ‘Bangsa Angkasa’ sebagaimana ciri-ciri yang telah disebutkan di atas.

Perubahan yang didambakan sudah tentu menyeluruh merangkumi aspek mental, emosi, fizikal dan sosial. Aspek ini diformulasikan oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina, wanita pertama Asia ke Kutub sebagai ‘MEPS’. Aspek seterusnya yang tidak kurang pentingnya adalah aspek spiritual. Ini bermakna MEPS + Spiritual. Sebagai tambahan, Datin Paduka Sharifah Mazlina merumuskan bahawa perubahan bermakna anjakan paradigma, keluar dari zon selesa atau ‘comfort zone’ dan memupuk semangat berani mencuba sesuatu yang baru.

Ciri-ciri belia angkasa atau ‘Space Youth’ yang diadaptasi daripada ‘Bangsa Angkasa’ iaitu 1.) memiliki impian tertinggi iaitu setinggi angkasa 2.) menggali sains dan teknologi 3.) memiliki pengetahuan dan kemahiran 4.) menguasai pelbagai bahasa 5.) mengukuhkan iman dan 6.) berbudaya cemerlang. Ciri-ciri inilah yang harus dihayati dan dihadamkan oleh setiap pemimpin belia agar ciri-ciri tersebut tersemai dan tersemat erat dalam hati sanubari masing-masing sebelum dipindahkan kepada belia bawahan yang dipimpin. Ini adalah kerana perubahan yang berkesan adalah dimulai sendiri terlebih dahulu oleh orang yang berada di atas kemudian secara automatik akan diikuti oleh orang bawahan.

Perubahan yang dicetuskan berdasarkan 6 ciri di atas harus dilakukan dengan penuh keazaman dan keihklasan. Keazaman dan keikhlasan tersebut akan tergambar melalui tingkah laku dan terjelma melalui program-program belia yang dikendalikan dari masa ke semasa.

6 ciri tersebut adalah berkaitan dengan personaliti belia manakala bentuk program yang dianjurkan juga harus menerima perubahan agar program-program anjuran belia terus mendapat sambutan dan paling penting dapat membentuk jatidiri yang sebenar. Bentuk program tersebut juga harus menarik dan menepati citarasa orang muda tanpa melanggar batasan agama. Selain itu juga harus bersifat holistik dan juga menepati apa yang telah disarankan oleh Prof. Dr. Samsudin A. Rahim, mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia iaitu penawaran program pembangunan belia mestilah pelbagai. Tambah beliau lagi, pembangunan belia haruslah memberi perhatian kepada tiga kategori program iaitu yang berorientasikan aktiviti fizikal, kemahiran dan pengetahuan.

Selain itu, perubahan yang dilakukan daripara segi bentuk program harus juga mengambil kira saranan khusus Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan dalam Majlis Perundingan Belia Negeri Sembilan baru-baru ini. Di dalam ucap utama mahlis tersebut Y.A.B Dato’ Seri Utama menyarankan agar pemimpin belia mengupayakan persatuan belia agar menjadi tonggak melahirkan pemimpin belia, memupuk nilai murni, jatidiri, semangat patriotisme dan integrasi kaum dan terakhir sekali mempertingkatkan program keusahawanan dan kemahiran.

Segala formula dan saranan di atas menuntut agar pemimpin belia berani melakukan perubahan segera agar terus releven dalam menjadikan belia Negeri Sembilan terarah.

Selasa, Oktober 28, 2008

Isra’ Mi’raj Dalam Sorotan : Masjid Aqsa @ Masjid Cordova



Dua tiga bulan sudah, bumi Rembau diberkati dengan kehadiran ulama dari Jordan sempena sambutan Isra’ dan Mi’raj pada kali ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Sheikh Dr. Mohammad Hisyam Sultan, mantan Naib Presiden Jaamiah (Universiti) Ali Bait, Jordan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kupasan beliau mengenai tanggungjawab kita bersama membebaskan bumi Masjid Aqsa yang diberkati Allah. Apabila Sheikh Mohammad Hisyam menyebut tentang perkara di atas saya lantas teringat Masjid Agung Cordoba yang juga sudah ditukar menjadi Mezquiete Cathederal de Cordova atau lebih tepat ditukar menjadi Gereja Besar Cordova.

Apabila Sheikh menyeru pemuda-pemuda Islam Rembau untuk bangkit membebaskan Masjid Aqsa saya juga berpandangan agar Masjid Agung Cordoba juga sewajibnya juga dibebaskan dari cengkaman bukan Islam kerana ia juga milik umat Islam Sepanyol. Pandangan ini juga saya pertegaskan ketika saya menjadi panelis undangan dalam Ceramah Isu Palestin di Kolej Dar al –Hikmah Kajang.

Namun apabila Sheikh menyatakan ” Jika umat Islam berjaya kuasai Palestin dari Yahudi, bermakna umat Islam akan berjaya menjaga seluruh negara umat Islam”. Ini juga pada pengamatan saya, Masjid Agung Cordova juga akan dibebaskan jika umat Islam menguasai semula Masjid Aqsa dan Palestin.” Tambah Sheikh lagi yang merupakan kelahiran Palestin, “Sekarang ini Palestin di bawah cengkaman Yahudi dan Yahudi berhasrat untuk menguasai seluruh negara Palestin.

Peristiwa Isra’ Mi’raj juga menyaksikan Nabi Sallallahualaihi wasallam Israi dari Masjid Haram di Mekah ke Masjid Aqsa di Palestin. Ulama menyatakan hikmah mengapa Nabi Sallallahualaihi wasallam tidak terus Mi’raj ke langit adalah kerana supaya umat Islam memberikan perhatian penting kepada Masjid Aqsa, apatah lagi sekarang ini Masjid tersebut dibelenggu pakatan musuh. Dalam keadaan Nabi Sallallahualaihi wasallam singgah ke Masjid Aqsa itupun sebahagian umat Islam masih lalai dan leka serta tidak mengambil berat nasib Masjid Aqsa, apatah lagi jika sebaliknya.

Sheikh juga menyebutkan beberapa fakta segar dan menarik berkenaan Palestin. Antara lain beliau menyatakan ketika berlakunya Isra’, Palestin tidak dihuni oleh kaum Yahudi. Semasa penyerahan kunci kota Baitul Maqdis kepada Saidina Umar al-Khattab, ketua paderi Kristian mensyaratkan agar tidak dibawa masuk Yahudi ke dalam kota tersebut kerana mereka merupakan golongan ahli fasad (kerosakan).

Demikian sedikit catatan ringkas. Saya berkesimpulan bahawa tugasan kita sebagai belia Islam adalah berat selain membebaskan Masjid Aqsa kita juga bertanggungjawab membebaskan Masjid Cordova. Namun kata kuncinya ada pada Masjid Aqsa!

Isnin, September 29, 2008

Penduduk Muslim Makin Ramai di Sepanyol

MADRID: Beribu-ribu rakyat Sepanyol terutama golongan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi mengaku memeluk Islam kerana menemui ketenangan dan kedamaian dalam agama suci itu.

"Penduduk Sepanyol yang memeluk Islam mencatatkan peningkatan di sebalik kempen jahat media Barat," kata Ketua Persatuan Islam Catalonia, Abdul-Nour Brado.

Anggaran menunjukkan antara 3,000 hingga 4,000 penduduk wilayah autonomi Catalonia di Sepanyol memeluk Islam sejak kebelakangan ini tetapi Brado percaya bilangan mungkin lebih tinggi daripada itu. Laporan media tempatan menunjukkan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi membentuk sebahagian besar saudara baru di Sepanyol. Penduduk Catalonia memeluk Islam buat kali pertama pada 1960-an dan ia cuma sebilangan kecil.

Kini beribu-ribu penduduk wilayah berkenaan dipercayai sudah memeluk Islam. Catalonia meliputi kawasan 31,950 kilometer persegi dengan penduduk rasmi berjumlah 6.3 juta dan ibu negerinya, Barcelona. – Agensi

*Dipetik dari Berita Harian - 30 Ramadhan 1429 H / 30 September 2008

AN ISLAMIC HISTORY OF EUROPE



Sejarah kegemilangan Andalus terus dikaji sehingga ke hari ini. Ini adalah kekaguman pencinta dan pengkajinya kepada keagungan 800 tahun pemerintahan kerajaan Islam di sana. Saya berkesempatan menonton dokumentari yanag amat baik yang bertajuk 'AN ISLAMIC HISTORY OF EUROPE' . Sinopsisnya adalah seperti berikut:-

In this 90-minute documentary, now showing in three 30-minute episodes, Rageh Omaar uncovers the hidden story of Europe's Islamic past and looks back to a golden age when European civilisation was enriched by Islamic learning.

Rageh travels across medieval Muslim Europe to reveal the vibrant civilisation that Muslims brought to the West. This evocative film brings to life a time when emirs and caliphs dominated Spain and Sicily and Islamic scholarship swept into the major cities of Europe. His journey reveals the debt owed to Islam for its vital contribution to the European Renaissance.


Setelah menonton dokumentari ini, saya dapati ianya amat menarik dan menambah ilmu saya berkaitan kajian saya berkenaan Andalus. Antara perkara yang dapat saya petik daripada dokumentari tersebut adalah seperti berikut:

"Islam meninggalkan kekaguman yang mendalam terhadap kesan yang telah ditinggalkannya di Sepanyol dan Sicily, Itali. Islam berjaya membuka kota Sepanyol setelah 5 tahun perjuangan berterusan membebaskan daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Islam berjaya bertahan selama hampir 800 tahun di Sepanyol dan selama 200 tahun di Sicily.

Perasaan dendam Kristian tidak dapat dibendung lagi oleh segelintir umat Islam yang tamakkan kuasa dan dunia yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kedaulatan Islam di Sepanyol. Bukanlah kerana Kristian terlalu kuat tetapi adalah disebabkan umat Islam yang lemah dan diresapi penyakit wahan (cintakan dunia).

Oleh kerana perpaduan dan solidariti yang padu dari dua kerajaan Kristian di bahagian utara Andalus menyebabkan kekuasaan Islam semakin lemah. Tahun 1469 masihi menyaksikan perkahwinan dua pemerintah daripada dua kerajaan Kristian iaitu Aragon dan Qhistalah (Castille). Ratu Isabella dan Raja Ferdinand telah memadu kasih seterusnya membentuk pakatan yang kuat demi semata-mata untuk menggempur kubu kuat Islam di Andalus.

Penggabungan ini membawa kepada kejatuhan permata terakhir Islam di Granada pada 1492 masihi. Raja Abu Abdillah, pemerintah terakhir kesultanan Nasriyyah menyerah kalah seperti seorang perempuan kerana gagal mempertahankan kerajaannya seperti seorang lelaki! Raja Abu Abdillah mengangkat bendera putih setelah kebuluran dikepung selama 18 bulan oleh 80 000 tentera Isabella dan Ferdinand.

Raja Abu Abdillah bersetuju menyerahkan kedaulatan kerajaan Islam dengan syarat umat Islam dibenarkan untuk menganut agama Islam dengan bebas. Namun apa yang terjadi 4 bulan selepas perjanjian, umat Yahudi antara terawal yang diusir oleh pemerintah Kristian dan diikuti pada 1502 masihi, Ferdinand telah membaptis umat Islam secara paksa. Umat Islam yang sayangkan mahkota keIslaman mereka lari bertempiaran menyelamatkan aqidah ke banjaran Sierra Nevada.

Itulah kesudahan tragik yang akhirnya umat Islam terusir dan terpinggir sepenuhnya ke Afrika Utara.

Selasa, September 09, 2008

Tun Dr. M dan Andalus



Tun Dr. Mahathir pernah menulis buku 'Menghadapi Cabaran' pada tahun 1976. Di dalam mukasurat 35, beliau menyebut tentang The Renaissance yang menandakan permulaan era moden Eropah adalah penyerapan daripada peradaban Islam di Sepanyol dan Asia Minor. Tun juga menyebut sebagai berikut :

"Apabila orang Islam sampai ke Sepanyol di Eropah Barat, seluruh Semenanjung Iberia terus menempuh zaman yang gilang gemilang. Cordova di bawah perintah Abdul Rahman ketiga menjadi lebih besar dan lebih maju dari sekarang. Terdapat di kota ini lebih daripada 600 masjid, berpuluh hospital, sekolah dan khutub khanah. Orang-orang Islam mengajar orang Kristian Eropah bukan sahaja cara menenun kain dan membuat air wangi, tetapi pelajaran Hisab tinggi yang dicipta oleh Islam sendiri. Kebolehan menulis dan membaca terdapat di kalangan petani sama seperti orang yang berada".

Demikian sedikit sedutan dari buku Tun Dr.M yang bertajuk 'Menghadapi Cabaran'.

Selasa, September 02, 2008

Sepanyol dan Ramadhan



Bulan Ramadhan tidak menandakan bahawa umat Islam itu lemah tetapi Ramadhan merupakan bulan yang memberikan kekuatan luar biasa kepada orang berpuasa. Bukti dalam bidang keilmuan, Imam Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir al-Tabari yang mencapai maqam Mujtahid Mutlak, beliau diriwayatkan di bulan selain Ramadhan akan mengadakan pengajian 12 silibus pada waktu siang dan 12 silibus lagi pada waktu malam. Namun bila Ramadhan menjelang, Imam Tabari akan menggandakan pengajian beliau berbanding bulan selain Ramadhan. Lihat betapa gigihnya ulama terdahulu menuntut ilmu lebih-lebih lagi dalam bulan puasa. Tidak hairan kegigihan Imam Tabari ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai Mujtahid Mutlak setanding Imam Shafie r.h. untuk mengasaskan mazhab baru. Namun begitu, Imam Tabari yang terkenal dengan Tarikh Tabari dan Kitab Tafsir Tabari memilih untuk bersama mazhab Shafie.

Dalam gemerlapan kehadiran Ramadhan juga telah termaktub keperkasaan umat Islam, apabila 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah, tentera Islam dibawah qiyadah (kepimpinan) Komander Tariq bin Ziyad dihantar untuk membuka kota Andalus. Ekspedisi dakwah ini akhirnya menyebabkan dengan izin Allah Taala, Islam berjaya menyinari bumi Andalus dengan cahaya keimanan selama lebih 8 abad.

Pada hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah juga membuktikan kegagahan umat Islam apabila tentera Islam di bawah arahan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin berjaya mengalahkan 80 000 tentera Kristian di bawah kendalian Alfonso ke-5. Kemenangan ini membolehkan Islam terus bertahan di bawah Dinasti Murabit dari 1090 sehingga 1147 Masihi.



Perutusan Kemerdekaan dan Ramadhan




Perutusan Kemerdekaan dan Ramadhan :

Kemerdekaan pada tahun menjadi terlalu bermakna bagi umat Islam kerana ia datang sehari sebelum kehadiran bulan Ramadhan.

Seperti yang saya ungkapkan baru-baru ini di UITM Jengka ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Kemerdekaan dari Perspektif Islam’ di hadapan lebih 300 pelajar bahawa, kemerdekaan yang haqiqi adalah kemerdekaan dari sudut aqidah. Iaitu berjaya membebaskan diri dari sebarang unsur syirik dan mengukuhkan keyakinan kepada mentauhidkan Allah yang Maha Esa. Kita harus berasa bahagia jika kita berjaya memahami erti kemerdekaan yang sebenar seperti yang diungkapkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Mantan Presiden ABIM dalam makalah beliau, “Islam dan Jiwa Merdeka” sebagai “..bahagialah suatu bangsa yang benar-benar memahami erti kemerdekaan.”

Saya juga rasa berbahagia kerana dengan izin Allah berjaya menyampaikan mesej sebenar kemerdekaan kepada peserta pada malam tersebut berdasarkan maklum balas sistem pesanan ringkas (sms) yang saya terima daripada saudari Ain (Pelajar UITM Jengka) berbunyi “Pd pndpt sy, crmah tu sgt mnarik. Isu smasa yg dbncgkn dpt dlontarkn dgn kreatif. Erti kmrdekaan yg dbncngkn myedrkn sy, bhw rmaja skrg ni da kurg mghyti erti kmrdekaan mnurut islam. Rmi da trjajah dn pmkirn dn ideologi brt...”. Begitulah bunyi ayat sms tersebut.

Begitulah saya memulakan ceramah saya dengan ungkapan keramat sahabat Rasulullah sallallahualaihi wasallam ketika bersemuka Panglima Rom, Rustum :

“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agamaNya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan (menerimanya), kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah.”

Ungkapan di atas dijadikan asas perbincangan saya dan ia jelas menggambarkan erti kemerdekaan sebenarnya dari sudut Islam seperti saya telah jelaskan di atas.

Juga saya menitipkan bahawa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bebas dan dalilnya seperti kata Saidina Umar al-Khattab ketika menegur perilaku Gabenor Mesir dan anaknya, ”Bilakah masa kamu memperhambakan manusia sedangkan
mereka lahir dalam keadaan merdeka!”. Begitu juga kata-kata John Locke, “All mankind... being all equal and independent, no one ought to harm another in his life, health, liberty or possessions”. Islam telah lama menjamin dan memelihara persoalan hak kemerdekaan atau kebebasan individu dan kumpulan seperti yang dibahaskan panjang lebar oleh Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaily (Ulama terkemuka Syria) dalam kitabnya “Haqqul al-Hurriyah fi al-Alam”. Persoalannya adalah, sejauh mana kita berjaya memastikan setiap daripada diri kita terus menerus merdeka dalam erti kata sebenar menurut kacamata Islam?

Kita harus terus menerus memastikan diri kita bebas dari penjajahan dari pelbagai bentuk seperti fizikal, rohani, minda, sosial dan emosi. Secara fizikalnya, kita mungkin sudah terlepas daripada cengkaman penjajahan barat dan Jepun selama 446 tahun, namun yang dikhuatiri adalah minda kita masih terjajah. Inilah yang dikhuatiri oleh penyair Mesir, Muhammad al-Wafa, “Telah keluar Inggeris berkulit merah namun masih berbaki Inggeris berkulit sawa matang!”.

Pastikan kemerdekaan negara yang kita kecapi sekarang adalah kemerdekaan lahiriah dan batiniah serentak seperti yang didefinisikan oleh Tan Sri Ahmad Sarji, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam memberikan makna sebenar kemerdekaan.

Kita juga harus menghindari penyakit yang disifatkan oleh Malek Ben Nabi, Tokoh Pemikir Ulung Islam Algeria sebagai ’colonizability’ yang merupakan warisan pemikiran kolonial. Penyakit ini amat berbahaya untuk umat, di mana umat yang terkena jangkitan ini akan membiarkan diri mereka dijajah oleh barat, merelakan diri mereka dijajah bahkan lebih teruk lagi adalah bangga dijajah sedemikian rupa. Justeru penyakit ini, harus dihapuskan dengan satu pukulan maut menggunakan ubat Aqidah Islam yang Salimah.

Bulan Ramadhan ini, amat sinonim dengan erti kemerdekaan khususnya membebaskan diri daripada dijajah oleh hawa nafsu sendiri yang merupakan musuh dalam selimut yang amat berbahaya. Ramadhan adalah madrasah berkesan menghasilkan silibus yang praktikal untuk menundukkan hawa nafsu dan menjadikan ia lebih ringan. Secara teori dan amalannya, apabila nafsu menjadi ringan selepas berpuasa, maka secara automatik ianya akan senang untuk naik ke atas sebagai satu simbolik maqam kita akan dinaikkan di sisi Allah. Jadikan puasa kali ini sabagai satu senjata ampuh untuk menjinakkan hawa nafsu kerana nafsu takut kepada tiga perkara seperti kata ulama iaitu yang pertama; malam (dengan berqiamullaill), yang kedua; mati dan yang terakhir adalah lapar (dengan berpuasa).

Perbicaraan kemerdekaan dan Ramadhan telah saya lanjutkan di Universiti Multimedia Melaka selang dua hari selepas majlis syarahan di UITM Jengka. Di situ saya lanjutkan tentang kelebihan dan hikmah puasa menurut kaca mata Islam dan Sains seperti yang dibahaskan oleh Sheikh Majid az-Zindani, seorang ahli farmasi dan ulama Yaman. InsyaAllah kita akan bahaskan di kesempatan lain InsyaAllah. Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 51 dan Tahniah dengan kedatangan Ramadhan!.

Sabtu, Ogos 30, 2008

Belgium : Ibu Kota Eropah






Belgium merupakan ibu kota Eropah. Di situlah ditempatkan Parlimen Eropah yang melambangkan negara-negara Eropah bersatu di bawah satu blok politik dan ekonomi yang amat kuat. Walaupun dulu, mereka merupakan gugusan negara-negara yang sering bertelingkah dan berperang sesama sendiri, namun mereka berjaya membuktikan bahawa mereka boleh bersatu di bawah satu payung yang dinamakan Kesatuan Eropah atau EU (http://www.eurunion.org/).

Ogos 2007, saya tidak melepaskan peluang melawat dan bergambar di sekitar Parlimen Eropah di Brussel, Belgium. Saya ke sana atas urusan rasmi bertemu dan bersilaturrahmi dengan dengan FEMYSO atau nama panjangnya Forum of European Muslim Youth and Students Organizations (http://www.femyso.net/). Di bawah ini diturunkan berkenaan dengan artikel Islam in Belgium yang saya perolehi dari Sister Malika Hamidi iaitu sahabat saya yang juga merupakan aktivis wanita muslimah FEMYSO.

Demographics

The emergence of the Muslim population in Belgium has similar roots as in the Netherlands and Germany. The main waves of immigrants from Muslim countries began in the early 1960s when migration agreements were signed with Morocco and Turkey and then at the end of the 1960s with Algeria and Tunisia. In contrast with the Netherlands, Belgium had no relations with the Muslim world during the colonial period. In 1974 Belgium imposed strict conditions on the entry of foreign labor but remained one of the most liberal countries in Europe for family reunion policy.

The number of Muslims in Belgium is estimated at around 400,000, which is about 4 percent of the total population of the country. As in the other countries of the EU the Muslim population in Belgium is very young. Almost 35 percent of the Turks and Moroccans, the largest Muslim groups in the country, are below 18 years old, compared with 18 percent of the native Belgians. As a result of the age and spatial distribution, very high proportions of the youth in certain areas are Muslim. One quarter of Brusselians under 20 years are of ’Muslim origin’, and in 2002 in the region of Brussels the most popular names given to babies were Mohammed and Sarah (Bousetta 2003:8).

In the country’s multicultural Muslim community the largest groups are made up of Moroccans (125,000) and Turks (70,000) with smaller numbers from Algeria (8,500), Tunisia (4,000) Bosnia-Herzegovina, Pakistan, Lebanon, Iran, Syria and Egypt. According to Marechal, 113,842 people from the ’Muslim countries’ had acquired Belgium citizenship between 1985 and 1997.

The spatial distribution of Muslims across Belgium reflects the nature of the process of their immigration. The greatest concentration is in Brussels with many of the rest in the industrial areas of the French-speaking south. The Brussels conurbation is home for more than 50 percent of the Moroccans. They can be also found in Antwerp, Liege, Hainaut, in the region of Charleroi and in Limburg. Half of the Turks have settled in Flanders, especially Antwerp, Ghent and Limburg. They live also in certain districts of Brussels (ex. Schaerbeek, Saint-Josse) and in the Walloon area of Belgium in the region of Hainaut and Liege (Bousetta 2003:8).

Labor Market

Although there are no statistics for Muslim employment levels, according to the OECD, the foreign-born have unemployment rates more than twice that of indigenous Belgians.

Housing

ALARM (Action pour Le logement accessible aux réfugiés à Molenbeek) ran a survey on housing showing substantial bias against asylum seekers in searching for housing. 40% of North Africans reported being victims of housing discrimination (ECRI Report on Belgium, 2003).

Education

The OECD collects data on education from various statistical agencies within the country, the majority of which comes from census data from the year 2000. The OECD classifies educational achievement using the International Standard Classification of Education (ISCED): ISCED 0/1/2: Less than upper secondary; ISCED 3/4: Upper secondary and post-secondary non-tertiary; ISCED 5A: "Academic" tertiary; ISCED 5B: "Vocational" tertiary; ISCED 6: Advanced research programs. 0-2 are considered low, 3-4 as medium, and 5 and above are considered high. This data is not reported by religion, but does have country of origin as reported by the respondent. It is thus possible to construct an approximate picture of the educational achievement of the population in the country with ancestry from predominately Muslim countries. One significant problem is that some countries, such as India and Nigeria, have large Muslim populations but the immigrant population cannot be readily classified as predominately Muslim or non-Muslim. As such, the educational data is split by predominately Muslim origin, predominately non-Muslim origin, and a separate category for those whom classification would not seem justified. Proportions are for all reported data, individuals with no reported ancestry or education are excluded.

High Medium Low
Muslim 12% 23% 65%
Non-Muslim 23% 30% 47%
Indeterminate 43% 31% 26%




State and Church

Although there is religious freedom in Belgium, the state formally recognizes seven religions; Roman Catholicism, Protestantism, Judaism, Anglicanism, Islam, and Orthodox Christianity. Secular humanist groups serve as a seventh recognized "religion" and their organizing body, the Central Council of Non-Religious Philosophical Communities of Belgium, receives funds and benefits similar to those of the six other recognized religions.

Recognized religions provide teachers at government expense for religious instruction in schools. The state pays the salaries, retirement, for clergy and subsidizes the construction and renovation of church buildings. Positions of clerics are allocated by royal decree, but there are no training requirements. Although there are exceptions, in general the state has tried to ensure that new imams come from the Belgian population. In Flanders, foreign clergy are required to take part in the Inburgeringstrajet, a state integration curriculum.

Subsidies are received at the federal, regional and municipal levels. The ecclesiastical administrations of recognized religions have legal rights and obligations, and the municipality in which they are located must pay any debts that they incur. According to an independent academic review, government at all levels spent $523 million (23 billion Belgian francs) on subsidies for recognized religions in 2000 (3.5 percent of this funds went to Muslims). For many years Muslims did not receive their share of these funds because there was no representative institution to negotiate with the state. In part due to this problem, Belgium facilitated the creation of an Islamic organization intended to represent the needs and interests of the Muslim population in Belgium. In 2001, the Muslim Executive Council applied for the first time for subsidies and in 2002, the government recognized 75 mosques and began paying salaries to imams assigned to these mosques (Religious Freedom Report 2002). However, conflicts between the Muslim Executive and the state have led to problems distributing the money for mosques and imams (US State Dept., 2004).

In January 2005, the administration of the Flemish region mandated that mosques will be required to meet certain conditions for public funding. Outside of Arabic rituals, Dutch should be used, there must be tolerance for women and homosexuals and no preaching of extremist ideas. This applies only to Islam. The Wallonian regional administration announced that mosques will be subject to the same rules as other religions, and the matter is still under consideration by the government of Brussels. (IHF)

Muslims in Legislatures

After the elections of 2003, six Muslims served in the national parliament; Fauzaya Talhaoui, Dalila Douifi, Nahima Lanjri, Fatma Pehlivan, Meryem Kacar and Talbia Belhouari. Said El Khadraoui serves in the European Parliament.

Muslim Organizations

Although Islam has been recognized since 1974, until recently there was no overarching representative organization, due to a lack of agreement between various ethnic and sectarian groups in the society on a common leadership. The state’s desire to avoid having any ’fundamentalists’ in the assembly made the situation even more complicated. The Islamic Center of Brussels, financed by Saudi Arabia, used to play the role of interlocutor to the state. However this has changed with the establishment of a Muslim Executive modeled after the French government’s approach. This committee was to be selected in a mostly democratic fashion to represent the ethnic and religious breakdown of Muslims in Belgium. However, the state screened candidates for ideological extremism, thereby seriously eroding the legitimacy of the council (Cesari, 2004). Candidates were also required to speak fluently the language of the region they were representing. Although there were protests from the existing executive body and almost all of the Muslim organizations, the Minister of Justice decided to organize new elections for the general assembly on March 13, 2005. Despite the fact that the majority of Muslims in Belgium are of Moroccan heritage, Turkish leaders won most of the seats.

The EMB - l’Executif des Musulmans de Belgique - is responsible for administrative managing of the Muslim worship in Belgium and is intended to play the role of a mediator between the state and Muslim communities. Its responsibilities range from providing religious education at schools and educational training for imams to appointment of Muslims chaplaincies in hospitals and prisons. The EMB has been receiving state subsidies since 2001. In 2002 the State supported the organisation with 420 000 Euros, while the Catholic Church was given 350 million Euros.

With the formation of the EMB, The Islamic Cultural Center of Belgium, which had been de facto representative of Muslims in Belgium, lost its formerly central role. Its board of trustees is chaired by the ambassador of Saudi Arabia. The land for the Center was handed over to King Faisal in 1967 as a gift in exchange for donations he has made. The center was build with the financial support of the Muslim World League.

The Arab European League aims to defend the civil rights of Arabs in Europe and has attracted a following of thousands of jobless, frustrated young immigrants. The leader Abou Jahjah, a charismatic debater with MA in international politics and fluency in 4 languages, is often portrayed by the media as Belgium’s Malcolm X. Along with a leftist party, the organization established the party ’Resist’ to run in the elections in 2003, but was relatively unsuccessful. However, Abou Jahjah has already announced the creation of a new political party, Muslim Democratic Party. The AEL now has growing branches in France and the Netherlands.

Similar to the AEL is the MJM (Mouvement des Jeunes Musulmans) which also established a political party. The Parti de la Citoyennete et de la Prosperite did surprisingly well in the local elections in Brussels in May 2003, winning more than 8,000 votes and making it a potential contender for seats.




Islamic Education

Public school students under 17 must choose between religious instruction in recognized religions and non-denominational ethics classes. For older students, these classes are voluntary. The Muslim community has the right to provide teachers at government expense for religious instruction. Since at least 1975, some students have been able to receive instruction in Islam. Presently, teachers are appointed by the state after recommendation of the Muslim Executive. The curriculum is developed by officials proposed by the Executive and then subject to approval by the state. Religious communities have the right to establish private schools that can receive state funding. There is currently one private Muslim school that is supported by the state. (IHF)

There is currently a plan underway for training of imams which would establish an Institute of Islamic Studies with the assistance of faculties from various educational institutions. As well, the League of Imams put forward a plan for continuing in-service training which would incorporate learning in the local language.

Security, Immigration and Anti-Terrorism Issues

In Belgium, the 1981 Law on the Suppression of Racist Acts, plus anti-Discrimination Law 2003 criminalizes the public or witnessed incitement to discrimination, hate or violence against a person, a group of people (community) or its members, incitement to segregation on the basis of race, making one’s intent to discriminate on the basis of race or to segregate or to commit violence on the basis of race, color of skin, ethnicity or nationality (ECRI Report on Belgium, 2003).

In 2000 a new nationality law came into force which further liberalizes the right to Belgium citizenship. Under this law, all those born in Belgium, having at least one Belgian parent, or residing in the country for at least seven years, may become citizens. This can be done by registering in the community. Those in the country for over three years must fulfill language and cultural requirements to qualify for citizenship.

Belgium’s new law on anti-terrorism took effect in December 2003 to immediate concern from lawyers and civil rights groups. The primary concern was the vague definition of terrorism, which was also commented on by the UN Human Rights Committee (Human Rights Without Frontiers, 2004).




Bias and Discrimination

In Belgium, various anti-Muslim incidents have continued over the past few years. In 2002 the apparently racist murder of a Moroccan man led to several days of rioting in Antwerp. Controversially, the leader of an Arabic group was blamed for the incident by the government.1 The number of complaints about racism has increased over the last years, many having to do with employment problems (Center for Equal Opportunity and Opposition to Racism, 2003). In recent years and especially after the September 11th terrorist attacks, there were several cases reported of women and girls wearing traditional dress or headscarves being publicly insulted.

Those of foreign origin in Belgium are reportedly subjected to discrimination in employment, in housing, in access to public services and in contacts with police. The Center for Equal Opportunity and Opposition to Racism, an independent government body, received about 2,500 complaints about racist discrimination in 2003. The majority of cases were seen as stemming from racial and ethnic rather than religious motivation. Continuing reports suggest police misconduct, including offensive language, arbitrary identity checks, and violence may be relatively common. (IHF)

Islamic Practice

In January 2001, the Court of Cassation, the nation’s highest court, ruled that municipal authorities could not deny an identification card to a woman wearing a headscarf. (Religious Freedom Report 2002) However, headscarves and other traditional Muslim dress have been banned at the local level in most of the schools in Belgium (IHF,2005). In the political arena, two senators introduced a law against headscarves but were unable to garner enough support in parliament for passage (Human Rights Without Frontiers, 2004). In an important symbolic move, the King of Belgium lent his support to an employer who had received death threats for defending a Muslim woman wearing the hijab.

According to a 2003 study commissioned by the King Baudouin Foundation there are 328 mosques in Belgium. 162 are in the Flemish region, 89 in Wallonia and 77 in Brussels. Most are organized by ethnicity. Only a few are classical mosques with domes and minarets, but an increasing have adequate facilities. (IHF) Most Turkish imams are from the Diyanet, while the North African imams tend to be from more rural backgrounds and not to have formal training. Imams can be punished for making statements attacking the state.

Halal slaughter is not subject to legislative restriction in Belgium.

Public Perception of Islam

According to the 2000 Eurobarometer survey, 25% of Belgians show intolerant attitudes, above the EU average of 14% (ECRI Report on Belgium, 2003).

Media Coverage and Intellectual Discourse

The Muslim Executive suggests that the mainstream media have generally had a balanced approach when reporting on violence committed in the name of Islam, and that care has been taken to distinguish between extremist and moderate Muslims. However, a certain sensationalism in the media tends to emphasize violence and extremism, at the potential cost of misrepresenting the more general trend of Muslim integration into Belgian society. (IHF)

Political Discourse

The European Commission against Racism and Intolerance (ECRI) has expressed concern about the racism becoming more common in Belgian politics. The Flemish separatist party Vlaams Blok (“Flemish Bloc”) has depicted immigration as a threat to “the Flemish people and culture”. While speaking of the danger of religious fundamentalism, it has also protested the growing number of mosques and state funding for Muslim organizations. With the slogan, “our people first,” Vlaams Blok won 12% of the votes in the 2003 elections to the federal parliament, and received 24% of the votes in the 2004 elections to the parliament of the Flemish region. Vlaams Blok controls between a quarter and a third of the municipal council seats in a number of major cities in the Flemish region, including Antwerp. Although other political parties have not cooperated with Vlaams Blok, its popularity has forced other parties to adopt tougher positions on immigration and related issues. In 2004, the Court of Cassation upheld a lower court ruling that found Vlaams Blok guilty of violating anti-racist legislation by regularly depicting foreigners as “criminals” and by “permanently inciting” racism. Because of this Vlaams Blok lost state funding and members could not continue to work for the party. However, only a few days later, the leadership established a new party called Vlaams Belang (“Flemish Interest”). (IHF) This party seems to be gaining popularity rapidly, and is the strongest party in the Flemish region.

Recent Legislation on Islam

Several Belgian municipalities have used municipal by-laws on face-covering clothing to ban public wearing of the niqab and burqa. The town of Maaseik was the first to implement a ban. In late 2004, Marino Keulen, Flemish-Liberal interior minister in the Flemish government, created a standard prohibition for burqas, and sent it to all 308 municipalities in Flanders. The regulation states that people on the public street and in public buildings must be identifiable at all times, "to protect the social order, which allows a harmonious process of human activities". It prohibits covering the forehead, the cheeks, the eyes, the ears, the nose and the chin. Carnival masks, Sinterklaas, and Father Christmas are exempt from this prohibition.


Isnin, Ogos 25, 2008

Padang






Padang adalah destinasi popular di Sumatera, Indonesia. Sebagai ibukota kepada Sumatera Barat, Padang terkenal dengan masyarakat Minangkabau yang amat komited dengan agama. International Youth Conference, Cultural Exchange and Camp (IYCCC) 2008 anjuran Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) telah memilih Padang sebagai destinasi untuk siri keduanya.

Saya hadir ke Padang selama 3 hari mengendalikan sesi persidangan IYCCC atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung MBNNS dan Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Sememangnya GPTD sudah membantu menjayakan IYCCC sejak siri pertama di Port Dickson pada tahun 2007. IYCCC berjaya menarik 7 negara peserta dari Yaman, Filipina, India, Pakistan, Kemboja, Malaysia dan Indonesia selaku tuan rumah. IYCCC kali ini cuba menyelami adat budaya Minang dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan belia. IYCCC diakhiri dengan persembahan Grand Finale Sumbar Talenta (Akademi Fantasia Sumatera Barat) yang sudah tentu serba sedikit dipengaruhi oleh American Idols yang merosakkan jatidiri belia di sana.

Namun apa yang lebih menarik minat saya ialah kelahiran Tokoh Ulama Nusantara di Padang iaitu Sheikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani. Sheikh Yasin lahir dan dibesarkan di Mekah pada 1335 Hijrah. Sheikh Yasin belajar daripada guru-guru terkenal di Mekah yang juga amat mesra meniti di bibir penulis seperti Sheikh Alawi Abbas al-Maliki, Sheikh Hasan Mashat dan ulama-ualam besar di Hijaz.

Antara anak murid beliau yang saya kenali adalah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, Sheikh Muhammad Saed Mamduh (Pakar Hadis) dan Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Menurut guru saya, Sheikh Yasin amat mashyur digelar dengan 'Musnid Dunya' yang meriwayatkan hadis musalsal dan saya amat bertuah kerana sanad saya bersambung dengan Sheikh Yasin yang amat dikasihi. Semoga Allah merahmati Sheikh Yasin yang banyak menabur jasa dalam bidang keilmuwan dan mengharumkan rantau Nusantara dengan ketokohan beliau.



Ahad, Ogos 03, 2008

Jejak Melayu - Di Bumi Arab Saudi



Sedutan artikel Jufitri Joha di Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 27 Mei 2005 (Jumaat):

DI DALAM buku The Malays in The Middle East terbitan University of Malaya Press, Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Dr. Md Sidin Ahmad Ishak menyebut, bahawa orang Melayu sudah mula mengembara ke tanah Hijaz (Mekah dan Madinah) tidak lama selepas mereka memeluk Islam, iaitu apabila Islam memasuki Tanah Melayu. Terdapat dua tujuan utama mereka berada di Tanah Suci, iaitu menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji dan menuntut ilmu daripada ulama terkemuka di sana.

Kemungkinan daripada dua sebab inilah terdapat beberapa kelompok Melayu yang jatuh hati untuk terus berada lama di Tanah Haram. Mereka mengambil keputusan menetap di sana kerana cinta mereka kepada bumi yang diberkati ini. Apabila mereka membulatkan tekad bermastautin di sana, berkembanglah baka dan zuriat mereka hingga ada yang berkahwin dengan orang-orang Arab. Sehingga kini, bayi-bayi yang lahir di kalangan masyarakat Melayu di sana sudah menjangkau ke generasi keempat.

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) atas jemputan Abdul Rahim Abdullah, anak Melayu kelahiran Mekah, terbang ke bumi Arab Saudi pada 15-25 Mei 2005. Jemputan beliau kepada GPTD adalah dalam misi menjejaki masyarakat Melayu melalui Kajian Sosio Budaya Masyarakat Melayu di Mekah dan Madinah
Kajian ini mendapat sokongan padu daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Usamah Mat dan Ummul Qura League, pelajar-pelajar Melayu Mekah yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta penduduk Melayu setempat.

Bermastautin

Ia berjaya dilaksanakan ke atas 52 individu Melayu, meliputi orang Melayu yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Pattani. Mereka mendiami kawasan di Mekah seperti Hutaibah, Jabal Ajyad, Nuzhah, Ka'kiah, Syisha dan Syari' Sittin. Manakala di Madinah, hanya terdapat tiga keluarga Melayu yang bermastautin di sana. Terdapat juga beberapa keluarga Melayu di Jeddah, tetapi kami tidak sempat menjejaki mereka kerana kesuntukan masa. Kebanyakan mereka masih mengekalkan taraf kewarganegaraan sebagai warganegara Malaysia dan Thailand. Kaedah kajian kami meliputi temuramah, edaran borang kaji selidik, menghadiri kuliah agama yang disampaikan oleh guru Melayu di Masjidil Haram iaitu Sheikh Muhammad Mandili, homestay, ziarah ukhuwah dari rumah ke rumah dan memenuhi jemputan jamuan dan kenduri.

Di antara perkara-perkara menarik daripada hasil kajian adalah, kebanyakan responden tidak mempu-nyai pekerjaan tetap. Bagi yang bekerja tetap, mereka banyak bekerja sebagai Mutawwif (pemandu dan pembimbing untuk haji dan umrah) dan pemandu am. Selain itu, bagi responden yang memegang status penduduk tetap (PR), kebanyakan mereka masih tinggi pengetahuan tentang negara asal kerana ada yang setiap tahun pasti tidak melepaskan peluang pulang ke tanah air, menziarahi saudara-mara dan sahabat handai. Ada yang masih berbangga dengan Malaysia dan terus memastikan jati diri Melayu itu kekal pada diri mereka dan anak-anak mereka.

Keberkatan

Namun, terdetik juga kesedihan di hati kami apabila melihat ramai anak muda Melayu di sana yang sudah tidak fasih berbahasa Melayu, bahkan paling menyedihkan ada yang telah kehilangan arah tuju hidup, walaupun mereka bernaung di bawah keberkatan Tanah Suci dan Kaabah! Seperkara lagi yang menarik hati kami adalah, apabila diajukan pertanyaan sama ada mereka ingin pulang ke tanah air atau terus menetap di situ, maka majoriti menjawab, ``Ya''. Manakala sebahagian lagi menjawab ``Tidak'' dan ``Tidak tahu!''. Hasil kajian tersebut, kami bentangkannya dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Konsul Malaysia di Jeddah, Abdul Aziz Shahar. Mesyuarat yang diadakan di Konsulat Malaysia di Jeddah ini, turut dihadiri wakil ABIM Mekah, Abdul Rahim Abdullah; Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Raimi Abdul Rahim; wakil Malaysia Airlines System (MAS), wakil Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), pemuda-pemuda Melayu Mekah dan 10 orang ahli GPTD sendiri.

Mesyuarat tersebut berjaya mencapai kata sepakat untuk menghidupkan kembali Kelab Melayu Jeddah yang hampir berkubur, dan seramai lima anak muda Melayu yang menetap di Mekah dan Madinah telah dilantik bagi melaksanakan agenda pembangunan masyarakat Melayu di Arab Saudi. Agenda-agenda tersebut akan dirumus berdasarkan hasil kajian yang kami lakukan. Peluang mengembara ke bumi Rasulullah s.a.w. yang tercinta ini, kami sempat melakukan umrah, menziarahi makam Rasulullah s.a.w., Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah dan Madinah. Selain itu, kami membuat kunjungan ukhuwah dan mahabbah kepada pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah yang bernaung di bawah Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM), melawat Bank Pembangunan Islam di Jeddah, menghadiri majlis promosi pelancongan Malaysia dan majlis promosi penggambaran drama Cinta Madinah terbitan RTM dan Anugerah Media Network.

Sesungguhnya misi GPTD ke Arab Saudi ini banyak memberikan pengalaman berharga kepada kami, di antaranya memahami tabiat dan perangai orang-orang Arab.



Rabu, Julai 30, 2008

Pengerusi GPTD Di Sana Sini 3





Pengalaman yang saya timba semasa Eksplorasi Sepanyol-Amerika Latin pada tahun 2005 menyebabkan saya terus bertekad untuk bekerja keras menyebarkan Rahmat Allah atau dalam kata lain berdakwah menyebarkan kesedaran beragama dan berbangga dengan Islam.

Sudah tentu Eksplorasi Sepanyol tersebut bertujuan melihat keagungan peninggalan Tamadun Islam. Selain itu ia bertujuan mempelajari sejarah jatuh bangun sesebuah tamadun dengan memfokuskan faktor-faktor kejatuhan. Ia dihayati dalam konteks belia agar faktor-faktor kejatuhan tersebut tidak diulangi oleh belia di Malaysia. Benarlah seperti kata-kata George Santayana dalam The Life of Reason, “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.” Inilah yang membuat saya harus terus berjuang membuka kelopak mata setiap belia dan remaja berkenaan hal ini.

Melalui experiential learning ini, saya berusaha untuk berkongsi berkenaan perkara ini kepada para belia dan remaja di Malaysia melalui pendekatan dan penyampaian yang menarik kerana subjek Sejarah dan Ketamadunan ini semakin terhakis minat belia dan remaja terhadap dua subjek ini. Sedangkan ianya satu madah yang amat bernilai untuk panduan belia dan remaja. Semoga pendekatan baru dalam mendekatkan belia dan remaja kepada Sejarah dan Ketamadunan ini mampu membuatkan mereka belajar sesuatu yang berharga daripadanya seperti kata George Bernard Shaw, “Hegel was right when he said that we learn from history that man can never learn anything from history.”

Ini juga merupakan seruan terpenting Al-Quran mengajak kita untuk mengembara dan mengambil pengajaran daripada peninggalan sejarah seperti termaktub dalam Surah An Nahl ayat 36 : “..Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. Bagi pemerhatian saya, Al-Quran sudah memberikan satu indikasi jelas agar pembelajaran sejarah melalui experiential learning adalah pendekatan berkesan dan menarik dalam menyelami pengajaran sejarah.

Saya juga amat tertarik apabila membaca buku “Blame It On The Rain” karya Laura Lee. Beliau berjaya menyajikan pembelajaran sejarah kepada pembaca dalam bentuk pendekatan yang amat menarik apabila mengaitkan faktor cuaca dalam merubah sejarah dunia. Pendekatan ini harus diambil oleh penulis-penulis sejarah lain dalam menyajikan karya-karya sejarah mereka agar mesra belia-remaja.

Bertitik tolak dari kesedaran tersebut saya memaksimakan tenaga dan usaha untuk menerima sebarang undangan ceramah agar mesej faktor-faktor kejatuhan sesebuah tamadun tidak tampak kelihatan benih-benihnya dalam budaya hidup belia dan remaja. Justeru seminggu dua ini saya telah menjelajah ke pelosok daerah dengan rendah diri memenuhi undangan atas pelbagai pihak bagi memberi pengisian kepada belia. Terbaru saya telah mengisi program motivasi pelajar SPM dan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota Perak. Selain itu menjadi panelis Forum Isu Murtad di UITM Jengka, mengisi slot ceramah “Manusia Sebagai Khalifah Allah” di depan pelajar-pelajar Giat Mara Negeri Sembilan, menyampaikan kuliah Maghrib untuk pelajar terpilih Sekolah Menengah Dato’ Shamsuddin Rantau dan mengisi slot halatuju dalam latihan fasilitator Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Semua ini dengan satu mesej yang jelas seperti yang telah dinyatakan dalam pernyataan misi (mission statement) di atas.