Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, Mei 17, 2017



PERUTUSAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2017

1) 15 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi belia di Malaysia kerana sumbangan dan pengorbanan mereka membangun belia dan Negara diraikan dan diiktiraf oleh Kerajaan dan Negara.
.

2) Hari Belia mengingatkan para belia betapa besarnya peranan mereka di barisan hadapan untuk membangunkan diri dan masyarakat serta menjauhkan diri daripada anasir anasir jahat dan merosakkan.
.

3) Belia merupakan aset atau unsur yang paling penting dalam sesebuah Negara yang harus digilap dan bukan disekat.
.

4) Rasulullah merupakan pendidik belia yang terbaik yang bukan hanya menyayangi belia tetapi menghakupayakan (empower) belia dengan memberikan peranan penting kepada belia dalam urusan Negara dan seharian.
.

5) Justeru masyarakat harus terus memberikan perhatian mendidik dan membimbing belia untuk menyerlahkan potensi mereka dengan mempraktiskan "enabling - ensuring - empowering" bagi mempersiapkan mereka berhadapan dengan cabaran masa depan yang mencabar dan ekstrem.
.

6) Di kesempatan ini saya sukacita memperingatkan di kala belia Malaysia bergembira hari kebesaran belia ini, jangan kita lupa 15 Mei merupakan hari malapetaka bagi belia dan rakyat Palestin di mana tanahair mereka dijajah oleh Zionis 69 tahun yang lepas. Kesedihan mereka menjadi berganda apabila terpaksa menjadi pelarian kali kedua selepas khemah perlindungan tidak lagi selamat selepas perang meletus di Syria semenjak 2011.
.

7) Oleh itu belia boleh kekalkan terus keamanan dengan mensyukuri nikmat ini melalui keterlibatan dalam arena bantuan kemanusiaan dan advokasi keamanan di semua lapisan masyarakat.
.

8) Selamat menyambut Hari Belia Negara, belia cerminan masa hadapan Negara.
.

JUFITRI JOHA
Pengerusi MLLFS &
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia

Tiada ulasan: