Selasa, Disember 19, 2017
Maulid @ Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Ketika di PPUM tengahari 18 Disember 2017, kami berkongsi dimensi baru mengenai perspektif dan interaksi Rasululluh S.A.W. dengan anak muda di kalangan para sahabat yang berumur kurang 25 tahun,
1. Cinta Baginda S.A.W. untuk anak muda.
Contoh: Cintanya kepada Usamah bin Zaid, Sayyidina Hassan & Sayyidina Hussein, Zubair dan Anak-anak Ansar;
2. Perhatian Baginda S.A.W. terhadap anak muda.
Contoh: Baginda S.A.W. menerima jemputan jamuan makan daripada anak muda Abdullah bin Busr al-Mazini yang diutus oleh bapanya;
3. Baginda S.A.W. mengutamakan anak muda.
Contoh: Baginda S.A.W. mengangkat 'Attab bin Asid sebagai Gabenor Makkah ketika berusia dua puluhan;
4. Baginda S.A.W. percaya dan memberikan amanah kepada anak muda.
Contoh: Baginda S.A.W. memilih rumah seorang anak muda sebagai markaz dakwah terawal di Mekah iaitu al-Arqam bin Abi al-Arqam;
5. Anak muda diberikan kepercayaan menggalas tugas penuh berisiko.
Contoh: Sayyidina Ali bin Abi Talib mengenakan pakaian Nabi S.A.W. dan tidur perbaringan Baginda S.A.W. ketika malam hijrah di mana rumah tersebut dikepung kaum musyrikin;
6. Antusias Rasulullah S.A.W. untuk mendakwahi anak muda.
Contoh: Nabi S.A.W. menyantuni anak kecil Yahudi yang sakit yang selalu melayani Baginda S.A.W. lalu Baginda S.A.W. mengajaknya memeluk Islam. Si Ayah anak kecil Yahudi tersebut menyuruh anaknya mentaati Baginda S.A.W.
Begitulah santunan dan bimbingan Nabi S.A.W. kepada anak muda belia sehingga lahir gergasi gergasi dunia yang membawa keamanan.
Ayuh Jom Kerja Belia!
SUMBER: Kitab Syababus Sohabah oleh Sheikh Muhammad Abdullah Ad Duwaisy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan