Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Ahad, Jun 08, 2014

Sepetang Bersama Sheikh Dato' Dr. Afifi al-Akiti



Saya mengenali susuk ilmuwan muda ini ketika diperkenalkan oleh saudara Azril Amin, Mantan Naib Presiden ABIM sekitar awal 2000. Tambah mendekati ilmuwan ini ketika saya berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Oxford, United Kingdom sekitar 2005 ketika diperkenalkan secara rasmi oleh Presiden Melayu United Kingdom iaitu Tuan Hamidi Abdul Rahman. Beliau yang saya maksudkan ialah Sheikh Dato' Dr. Afifi al-Akiti, tenaga pengajar Melayu pertama seumpamanya yang mengajar di Universiti Oxford. Butiran ringkas mengenai beliau boleh diakses di http://www.orinst.ox.ac.uk/staff/iw/aal-akiti.html

Hari ini 8 Jun 2014 / 10 Syaaban 1435 H saya dapat bersemuka semula dengan Sheikh Dr. Afifi selepas jadual padat beliau menghadiri pengebumian Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah dan mengisi program Bank Negara sejurus sebelum pulang semula ke UK. Sambil minum petang kami berbincang ringkas bersama sahabat saya yang turut bersama saudara Anwar Ismail berkenaan perkembangan ilmu, ABIM dan cabaran-cabaran semasa umat. Turut berbincang berkenaan inisiatif penubuhan Akademi Intelektual Muda (AIMs) bagi mempersiapkan generasi muda dengan soal keilmuan dalam mendepani tantangan semasa. Dalam masa yang sama, kepakaran dan skil Dr Afifi dalam berdialog dan 'engage' dengan pelbagai grup pemikiran penting untuk diperturunkan kepada pimpinan belia Islam bagi berdepan dengan kerancuan pemikiran yang menyongsang dan menyesatkan.

Beliau turut mengesahkan bahawa 'engagement' ABIM dengan Dr. Jasser Auda baru-baru ini juga merupakan satu usaha yang baik dalam menjadikan tokoh cendekiawan Islam sebagai rujukan untuk memandu aktivis belia Islam dalam memperjuangkan kebangkitan Islam sambil menyarankan agar ABIM mendekati tokoh ulama Morocco iaitu Sheikh Dr. Ahmad Abbadi. http://www.ccdh.org.ma/an/advisory-coucil-human-rights-members/mr-ahmed-abbadi

Tiada ulasan: