Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Mac 30, 2010

Dif-dif Kehormat

Duduk di perantauan ini memang kerap dikunjungi tetamu-tetamu luar daripada Malaysia. Jika di Malaysia amat sukar untuk mendapatkan peluang sebegini tambah lagi jika pelajar Malaysia yang belajar di London bertambah kerap la menerima tetamu Malaysia. Cuma di Durham sebab kawasan utara jadi sukar untuk tetamu-tetamu yang singgah di UK untuk naik ke utara dan biasanya mereka berlegar di sekitar London sahaja kecuali mereka yang rajin berjalan, membuat pertunjukan jalan (roadshow) atau mempunyai urusan-urusan penting.

Baru-baru ni Dato’ Seri Nizar, Ahli Parlimen Bukit Gantang turun untuk pertunjukan jalan menerangkan kemelut terkini isu Perak di seluruh UK termasuk di Newcastle. Sebelum ini, Dato' Seri Zambry pun ada datang London tapi tak sampai menjengah ke utara. Saya pun pergilah mendengar perkembangan terkini sambil saya dan rakan-rakan terfikir Dato’ Seri Nizar tak pegi Parlimen ke? Bagaimana dengan kawasan DUN Pasir Panjang dan Parlimen? Dato’ Seri dimaklumi sibuk dengan pelbagai program, ceramah dan lain-lain, bila masa menjengok rakyat. Mungkin keberkatan masa yang Allah berikan pada beliau, hanya Allah yang Maha Tahu. Bukan senang nak jadi orang politik, harus bertenaga, swadaya tinggi dan cerdik. Saya lihat Dato’ Seri ada masa hadapan yang cerah dalam persada politik tanahair.

Semasa pertemuan dengan beliau baru-baru ini saya sengaja menduga (dengan ikhlas) beliau dengan bertanyakan soalan, “Dato’ Seri, dalam PAS mengamalkan kepimpinan Ulama, bagi hemat saya kepimpinan solih lebih sesuai kerana jika tokoh-tokoh profesional dalam PAS yang berpotensi boleh sekadar mendaki tangga Naib Presiden dalam hirerki kepimpinan PAS kerana jawatan no. 1 dan no. 2 mesti dipegang oleh ulama atau lebih tepat berkelulusan agama!. Saya rasa PAS sudah cukup dengan adanya Pimpinan Rohani (Mursyidul Am) , Syura dan Dewan Ulama untuk memandu kepemimpinan PAS.”

“Ulama dalam ertikata sebenar adalah luas, tidak semestinya yang berkelulusan Agama sahaja, Ulama sesiapa sahaja yang takutkan Allah, kita perlu betulkan persepsi masyarakat bahawa Ulama tidak semestinya golongan agamawan sahaja”, celah Ustaz Fakhrul, Exco Pemuda PAS Perak yang turut serta dalam rombongan Dato’ Seri dan berdialog dengan kami.

“Namun itu tidak berlaku secara praktikalnya dalam PAS! Kerana Dato’ Husam kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mainan isu ulama – profesional”, celah saya pula.

Dato' Seri hanya menambah ringkas dan menekankan ayat al-Quran dalam Surah Fathir, ayat 28 "Sesungguhnya yang hanya takutkan Allah itu hanyalah hambaNya di kalangan Ulama (yang berilmu)". Saya faham sukar untuk menjawab soalan itu kerana ianya melibatkan dasar PAS.

Takpelah kita beralih pula pada satu lagi tetamu istimewa iaitu Krew Jejak Rasul. Selepas mereka membuat penggambaran di Masjid Durham, saya sempat menemani Ustaz Maszlee menghantar mereka pulang ke penginapan di Newcastle. Sampai di penginapan mereka, saya sempat berbual dan minum teh sambil berkongsi pengalaman penggambaran Jejak Rasul yang bertemakan Bani Israel. Mereka menjejaki Yahudi di bumi UK ini termasuk bertemu kelompok Ortodoks Yahudi yang anti Zionis iaitu Naturei Karta (www.nkusa.org) dan juga penggambaran di Muzium Yahudi di Manchester (http://www.manchesterjewishmuseum.com/).

Kali ini krew jejak rasul hanya bertiga sambil dipandu oleh Ustaz Maszlee kerana kekurangan belanjawan katanya. Biasanya sebelum ini, sekali keluar 8 krew. Pengantaranya ialah saudara Mohd Fasil yang bila bersembang rupanya satu ‘batch’ SMAP Labu dengan Dr. Farid Shahran, mantan Timbalan Presiden ABIM. Antara benda yang disampaikan oleh saudara Fasil kepada saya sebagai orang media ialah beliau dah tak rasa kehadiran ABIM di waktu ini! Satu tugasan yang harus dirungkaikan seterusnya oleh pimpinan ABIM…..Beliau turut berkongsi pengalaman menarik di Libya ketika membuat penggambaran di sana yang memaparkan sikap sebenar orang Arab di sana.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yes you are talented