Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu terakhir saya berada di detached youth work project iaitu dengan North Benwell Youth Project (NBYP). Setelah menjalankan final assessement bersama Pegawai Pembangunan Kerja Lapangan Universiti Durham.
Banyak pengalaman berharga yang diperolehi apabila bekerja dan bercampur gaul dengan remaja jalanan yang dihimpiti dengan pelbagai masalah dan berada di dalam kawasan ke-37 'termundur' di England. Masalah-masalah seperti tiada perkerjaan, jenayah, keganasan rumahtangga, ketagihan alkohol dan dadah menjadi perkara biasa di sini.
Saya juga berhadapan kes seorang remaja perempuan yang hendak menukar jantina kepada lelaki. Setelah berbincang dengan tutor fieldwork saya, sikap sebagai seorang pekerja belia di barat ialah membantu remaja perempuan itu menukar jantina. Sebagai pekerja belia tiada hak untuk menghalang dia untuk menukar jantina kerana ia adalah hak asasi di barat dan dibenarkan di sisi undang-undang. Inilah masalah apabila etika profesional yang tidak didasarkan kepada agama. Ia bermakna professional ethic without God!.
Itulah hakikat kehancuran barat khususnya di UK seperti mana yang disifatkan oleh Butler dalam tulisannya iaitu The Rotten Britain!
Rayuan untuk Syria
Jumaat, Mac 05, 2010
Fieldwork Berakhir!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tahniah kerana ianya sudah berakhir. Selain dari melengkapkan course, pastinya pengalaman itu sebenarnya jauh lebih berharga.
Setuju dengan statement yang terakhir sebelum perenggan berakhir. Kami baru sahaja membincangkan tentang human right dalam kelas Third World. dan kesimpulan yg kami buat ialah Human rights that propogated by Western is definately departed from the Islamic prespective as what has been teached in Al-Quran dan Sunnah. Dan secara peribadi saya berpendapat , malanngnya jika Malaysia pun mahu seperti barat menjuarai isu-isu hak manusia dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya..Lihat sahaja contoh yang diberikan itu...bukankah banyak memberi implikasi negatif.
Catat Ulasan