Bangun-bangun pagi rasa macam sudah berada di Malaysia rupanya masid di UK! Petang Jumaat itu terus saya ke Manchester untuk menghadiri Program Rekreasi Ilmu (PRI) Grup Penjejak Tamadun Dunia selama dua hari. GPTD Eropah turut mengundang Sheikh Dr. Afifi al-Akiti felo daripada Pusat Islam University Oxford dan Brother Rachid mewakili Gabungan Muslim Perancis (CMF) sebagai panelis membicarakan isu ketamadunan dan situasi semasa umat Islam.
Hari terakhir, saya dan rakan-rakan sempat mengunjungi Theater of the Dream iaitu Stadium Old Trafford, Manchester United. Bagi saya tidaklah rasa bersungguh hendak melawat stadium tersebut kerana saya adalah penyokong daripada Stamford Bridge, London dan lawatan ini dibuat sehari selepas kekalahan MU kepada Chelsea (1-2). Namun apa yang disaksikan, manusia berpusu-pusu mengunjungi stadium tersebut kerana prestij dan kemashyurannya dan stadium ini menjadi daya tarikan pelancong yang amat unik dan menjana jutaan pound setahun. Apa yang saya dapat tahu juga rupanya MU adalah pasukan kampung manakala Manchester City (MC) adalah pasukan bandar. Hubungan MU dan MC adalah musuh tradisi yang sentiasa bersaing sesama sendiri 'sejibik' macam perseteruan sesama jiran seperti Newcastle United dan Sunderland dan lain-lain pasukan berstatus tetangga.
Bola sudah menjadi 'Tuhan' kepada orang Inggeris dan merupakan hiburan utama mereka pada hujung minggu. Saya dimaklumkan amat sukar untuk mendapatkan tiket melihat pasukan MU beraksi di Old Trafford kerana tiket sentiasa habis ditempah sepanjang tahun oleh penyokong fanatik MU.
Namun apa yang penting perjalanan saya seterusnya adalah pulang ke Malaysia untuk kajian dan bercuti!
1 ulasan:
salam bos.
sudah smp Mlysia kah?
smg sipermudahkan sgl urusan..maaf lama tak kirim berita,inshaAllah dlm proses mengorak langkah ke hadapan.
ud'uli..
Catat Ulasan