Majalah I Luv Islam 4-10 Februari 2011 / 2-8 Rabiulawal 1432 H
Durham, kata mana tu? Begitulah pertanyaan kawan-kawan apabila saya nyatakan bahawa saya akan menyambung pelajaran ke Universiti Durham. Mungkin Durham tidak tersenarai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan namanya begitu asing dan pelik di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin juga tidak ramai pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Universiti Durham ini.
Durham, kata mana tu? Begitulah pertanyaan kawan-kawan apabila saya nyatakan bahawa saya akan menyambung pelajaran ke Universiti Durham. Mungkin Durham tidak tersenarai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menyebabkan namanya begitu asing dan pelik di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin juga tidak ramai pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Universiti Durham ini.
Apa yang menguatkan lagi hati saya untuk mengembara dalam tempoh yang agak lama untuk menimba ilmu ke bumi UK adalah kerana inginkan pendedahan belajar di negara asing dan merasai bagaimana mereka terkehadapan dalam bidang keilmuan.
Durham merupakan sebuah kawasan orang putih terletak di utara England berjiran dengan Newcastle, Middlesborough dan Sunderland. Jika menaiki keretapi dari London memakan masa hampir 3 jam. Durham merupakan tempat kelahiran dan bertapaknya beberapa tokoh-tokoh ternama di UK seperti Tony Blair, Rowan Atkinson atau Mr Bean dan Anne Wood iaitu Penerbit Teletubbies. Durham juga amat terkenal dengan Katederal dan Istana Durham yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Di sinilah jugalah dikatakan tempat perbincangan dan pelancaran Perang Salib yang membawa implikasi besar kepada dunia barat dan Islam.
Perjuangan menyambung ilmu selama setahun di peringkat sarjana dirasakan amat mencabar bagi saya, manakan tidak kerana terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak di Malaysia demi mengejar cita-cita untuk menimba ilmu dan membawa pulang sebanyak mungkin ‘hikmah’ yang disifatkan oleh Baginda sallallahualaihiwasallam sebagai barangan orang mukmin yang hilang. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan dan kredit penghargaan saya dedikasikan khas buat ibubapa dan isteri yang sentiasa mendokong perjuangan panjang ini. Perjuangan dan pengorbanan ini juga mengingatkan saya kepada ungkapan Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, mantan Presiden ABIM ke-3 ketika memerikan konsep anak jantan di alam Melayu sebagai “Anak Jantan mati di gelanggang, tidurnya di puncak gelombang dan makannya di tebing yang panjang”. Seorang penuntut ilmu adalah seorang anak jantan yang bermujahadah menyelam dalam lautan samudera ilmu Allah yang tidak bertepi.
Universiti Durham merupakan destinasi pilihan saya kerana bersesuaian dengan kursus master yang saya ambil iaitu Community and Youth Work di mana Universiti ini terkenal dengan pensyarahnya yang berdedikasi dan berautoriti dalam bidang pengajian kerja belia dan komuniti di UK. “Tak dapat masuk Oxford dan Cambridge pun takpe, cukup dengan Durham yang merupakan Universiti ketiga tertua di England dan tersenarai sebagai A World Top 100 University” , fikir saya sendirian ketika mula-mula melangkah masuk ke bumi Durham.
Universiti Durham mempunyai ramai pelajar Malaysia pasca siswazah PhD yang mengambil bidang Perbankan Islam kerana seperti pengajian Kerja Belia dan Komuniti, bidang ini dibarisi oleh pensyarah yang berkaliber dan berautoriti. Kerinduan saya terubat serba seidkit dengan keramahan dan keprihatinan lebih 30 keluarga Malaysia yang menuntut ilmu di Universiti Durham. Setelah 3 bulan menamatkan pengajian di sana, Durham masih kekal dalam ingatan sebagai tempat dan titik penghijrahan penting saya untuk melakukan transformasi yang lebih besar maknanya dalam perjuangan ilmu, belia dan umat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan