Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Mei 10, 2011

'From Peacekeeping to Peacemaking'


Sedikit perkongsian Public Lecture : Dr.Mario Nabilo ( State Secretary for Political Affairs, Ministry Foreign Affairs and European Integration, Republic of Croatia) ; From Peacekeeping to Peacemaking, A Story of Transformation in the Former Yugoslavia :

a.) Dr. Mario menekankan 6 pelajaran (6 lessons) dari Perang Balkan, antara lain Perang Balkan merupakan self inflicted war which is dangerous because came from inner complexity.  Beliau turut menyeru agar agensi-agensi PBB bertindak lebih berkesan dalam menangani konflik antarabangsa seperti perang dan bencana. Selain itu, beliau menyatakan bahawa masyarakat dunia gagal memberikan reaksi terbaik dalam menangani konflik-konflik yang berlaku khususnya di Congo dan wilayah-wilayah Afrika yang lain

b.) Talk dihadiri beberapa Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Asing. Saya sempat bertanya soalan antara lain soalan saya ialah 1.) Apakah nasihat Dr. Mario kepada generasi muda supaya konflik di Balkan tidak berlaku di Malaysia; 2.) Mengapa Bosnia mempunyai tiga Presiden dari tiga Etnik? Mengapa Etnika Croat dan Serb masih mahu memegang jawatan Presiden Bosnia sedangkan mereka mempunyai negara mereka sendiri iaitu Croatia dan Serbia?; 3.) Adakah harus Serbia mengiktiraf kemerdekaan Kosova dan sejauh mana kesannya kepada kestabilan rantau Balkan?

Jawapan menarik beliau untuk jawapan soalan pertama saya ialah 'pemimpin politik jangan mengeksploitasi isu-isu sensitif yang lepas dan cuba mengheret generasi muda terlibat sama dalam isu-isu tersebut.

c.) Beberapa soalan saya mendapat perhatian dari tiga orang duta sekurang-kurangnya iaitu Duta Croatia, Duta Mexico dan Duta Bosnia. Duta Bosnia Ensar Eminovic mengajak datang ke pejabat beliau dan berbincang lanjut tentang Bosnia. Alhamdulillah sudah soalan-soalan yang saya ajukan adalah ilhamnya datang dari Allah Tuhan sekalian Alam seperti kata-kata Nabi Sulaiman "Haza min fadli rabbi..." Antara sebab saya berminat menyertai ABIM kerana ABIM banyak mendedahkan dan memberikan saya ruang dalam menyelami isu-isu antarabangsa yang amat menarik.


Terima kasih,

Catatan Hujung :
JUFITRI JOHA
Exco Hubungan Antarabangsa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tiada ulasan: