Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Ahad, Februari 05, 2012

Kempen ‘Save Syria’ ABIM Diteruskan

Kempen ‘Save Syria’ diteruskan lagi dengan para sukarelawan Save Syria ABIM mengadakan ‘flashmob’ di depan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas Solat Jumaat 3 Februari / 10 Rabiulawwal. Tujuan ‘flashmob’ ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat awam khususnya warga UIA tentang pergolakan dan keganasan yang berlaku di Syria terhadap orang awam dan puak penentang regim Basar Assad. Selain itu ia bertujuan untuk mendesak pihak regim untuk menghentikan keganasan terhadap rakyatnya sendiri.

‘Flashmob’ kaedah pendekatan bagi menarik perhatian orang awam di mana sekumpulan sukarelawan berkumpul secara tiba-tiba dan melakonkan tanpa suara memaparkan penindasan rakyat Syria selama 10 minit menggunakan alat-alat bantuan dan kemudian bersurai. Flashmob digunakan untuk tujuan mengekpsresi sesuatu mesej, hiburan, satira dan artistik. 



ABIM akan meneruskan kempen ini bagi memastikan rakyat Syria akhirnya mencapai kemuliaan (dignity) dan kebebasan (freedom). Kempen Save Syria dijangka akan terus dilancarkan di peringkat negeri-negeri bagi meratakan kempen kesedaran ke seluruh pelusuk Malaysia. Masyarakat awam digesa menyokong kempen ini dengan menekan butang ‘like’ di http://www.facebook.com/savesyriamy

ABIM juga akan meneruskan usaha-usaha advokasi dengan cuba mengangkat isu ini agar menjadi isu nasional dan antarabangsa dengan mengatur pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan Presiden Perdana Global Peace Foundation. ABIM juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Mohd Zaidi Aziz bagi memperkuatkan kempen di segenap lapisan pergerakan belia negara.

JUFITRI JOHA
Naib Presiden Antarabangsa 
ABIM

Tiada ulasan: