Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, Oktober 11, 2012

Saya dan USS George Washington

Isnin lepas saya memenuhi undangan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia dan RDML John R. Haley, Komander Carrier Strike Group Five ke program resepsi kapal USS George Washington (CVN 73) di Cruise Centre, Pelabuhan Klang. Kehadiran saya sekadar ingin melihat kemasyhuran Kapal perang yang berkuasa nuklear ini dan sekurang-kurangnya saya dapat menilai secara kasar kecanggihan teknologi militari Amerika Syarikat. Tidaklah terlalu mengkagumkan kerana saya lihat peralatannya termasuk jet-jet nampak using. USS George Washington umpama sebuah pulau terapung di tengah-tengah lautan dengan ‘penduduknya’ berjumlah 5000 anak kapal. Saya berminat mengetahui kehidupan mereka dalam ‘pulau’ ini namun bukan mudah nak mengetahui rahsia kehidupan di sebalik tabir yang penuh suka duka saya percaya. USS George Washington hadir dalam kerangka untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala negara itu dengan Malaysia. Kapal tersebut memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 yang disifatkan sebagai pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. Kehadirannya turut membuat kerja-kerja komuniti sepanjang persinggahan di Malaysia. Kapal yang berpengakalan di Yokosuka Jepun ini turut menjalankan bantuan kemanusiaan ketika berlaku tsunami di Jepun tempoh hari.
Kehadiran kapal ini mengundang kontroversi di kalangan rakyat Malaysia kerana memandangkan Amerika amat sinonim dengan isu hagemoni dan peperangan di Afghanistan dan Iraq. Cuma persoalan sama ada USS George Washington harus dibenarkan berlabuh, apa alasan untuk menolak kehadiran kapal ini sama ada atas alasan rekod trek yang buruk dalam peperangan atau atas alasan alam sekitar kerana ia menggunakan kuasa nuclear. Jika kapal Israel berlabuh sudah jelas kita harus sama-sama menolaknya kerana ianya negara kafir harbi, tapi bagaimana kapal Amerika ini? Namun sayangnya saya tertinggal kamera.

Tiada ulasan: