Rayuan untuk Syria
Jumaat, November 09, 2012
Hidayah Islam di Padang Pasir Las Vegas
Kesempatan bertemu Khalid Khan, Presiden Islamic Society of Nevada di Las Vegas adalah satu perkara yang mengujakan. Tidak disangka di tengah-tengah kota padang pasir yang dipenuhi maksiat dan pusat perjudian terkemuka dunia sinar Islam berkembang dengan baik di sini.
Khalid Khan berhijrah ke Amerika Syarikat semenjak 1973 dengan niat permulaannya sebagai pelajar sarjana muda tapi akhirnya memutuskan untuk menjadi warganegara Amerika. Semenjak itu Islam berkembang sedikit demi sedikit sehingga tahun 1993, masjid pertama berjaya dibina dan sehingga kini Las Vegas mempunyai 4 masjid yang berperanan penting.
Islam mendapat tempat di hati etnik Hispanik (Amerika Latin) dan 'African American' khususnya yang berada dalam penjara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan