Rayuan untuk Syria
Isnin, Oktober 28, 2013
Kebangkitan Islam: Cabaran, Prospek dan Masa Depan
Oleh: JUFITRI JOHA
Naib Presiden ABIM
Majalah Al Islam November 2013
Selepas zaman kegemilangan Islam pimpinan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam, kebangkitan Islam mengalami pasang surut. Setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 1924 di Turki, Islam mengalami zaman gerhana sehinggalah berlakunya ‘Arab Spring’ yang menggegarkan dunia Arab pada awal 2011.
Selepas Revolusi Jasmin di Tunisia tercetus sebagai pemangkin kebangkitan rakyat Arab, kebangkitan Islam mula sirna namun ia melalui jalan yang terlalu berliku. Mengambil contoh kebangkitan Islam yang berlaku di Mesir melalui Freedom Justice Party (FJP) yang ditunjangi Ikhwanul Muslimin merintis jalan yang sukar dan berliku selepas Dr. Morsi digulingkan pada Jun lepas. Antara punca kejatuhan Morsi menurut Profesor Muhammad Abu Bakar dari Universiti Malaya ialah, pihak musuh Barat bimbang jika Morsi dibiarkan wewenang terus memerintah kemungkinan peratusan kemenangan Morsi dan FJP pada pilihanraya akan datang meningkat sebagaimana Parti AK di Turki yang juga mempunyai citra dan wahana Islam.Sebab yang kedua menurut beliau ialah, jika Morsi dan FJP berjaya memerintah dengan baik tanpa gangguan maka, pengaruh kejayaan dan kebangkitan ini akan menjadi contoh dan memberikan inspirasi kepada 56 negara dunia Islam yang lain khususnya akan memberikan kesan langsung kepada Negara Teluk yang diperintah secara monarki.
Justeru, mudah difahami bahawa sebuah kebangkitan yang didasari citra dan wahana Islam tidak akan diberikan laluan mudah kerana ketakutan yang tidak berasas dan didasari kepada sejarah kebencian yang panjang. Sering kali, pejuang-pejuang kebangkitan Islam dilabel dengan pelbagai label yang bertujuan jahat untuk memberikan imej negatif bagi menghalang arus kebangkitan. Mereka dilabel sebagai Islamis, fundamentalis, ekstremis, ‘Islam Politik’, Muslim radikal dan lain-lain.
Kebangkitan Islam sebenarnya membawa misi dan agenda positif. Kebangkitan Islam sinonim dengan terma-terma seperti ‘tajdid’, ‘islah’, ‘reform’, ‘sahwah’, ‘nahdah’, ‘awakening’, ‘thawrah’ dan ‘renewal’. Istilah istilah ini mengambil ruh semangat pembaharuan yang menjadi misi utama kedatangan Islam kepada umat manusia. Kebangkitan Islam mempunyai misi dan visi quranik yang amat jelas untuk memperbaharui iman manusia; memerangi kezaliman; dan membebaskan manusia daripada kejahilan dan kesyirikan. Aktivis kebangkitan Islam menyeru umat Islam agar kembali menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah; mengembalikan keadilan, kesaksamaan, dan kemulian insan; dan mengintepretasikan Islam agar sentiasa segar dan sesuai dengan semangat zaman (zeitgeist) dan masyarakat setempat.
Di Alam Melayu khususnya di Asia Tenggara juga berlaku kebangkitan Islam. Allah menghantar pembaharu-pembaharu agamanya di mana-mana sahaja termasuk di alam Melayu ini. Ini jelas menggambarkan bahawa di mana sahaja dan dikurun mana sahaja pastinya ada pembela-pembela agama Allah. Ketika Alam Melayu dilanggar oleh penjajah-penjajah Barat daripada segi fizikal dan pemikiran, maka muncul pembaharu-pembaharu agama seperti Imam Bonjol, Diponogoro, Sheikh Ahmad Khatib dan Hamka di Indoniesia. Begitu juga di Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Tok Kenali, Abdul Rahman Limbong dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Mereka ini kental melawan penjajah secara fizikal mahupun secara pemikiran bagi merubah cara umat berfikir dan menangani serangan pemikiran.
Tradisi pembaharuan dan kebangkitan Islam terus disambut daripada zaman ke zaman dan daripada satu generasi ke satu generasi kerana Allah sudah jelas menjamin bahawa agamaNya akan dipelihara dengan sebaiknya. Di Malaysia yang moden ini obor perjuangan diteruskan oleh gerakan-gerakan Islam yang terinspirasi dengan gerakan pembaharuan Islam di Mesir seperti ABIM, JIM, Darul Arqam, Tabligh dan pelbagai lagi gerakan dan Ngo Islam.
Kebangkitan dan Pembaharuan Islam diseluruh dunia amat dipengaruhi gerakan Ikhawanul Muslimin di Mesir. Seperti yang dinyatakan di awal artikel, pihak Barat amat tidak senang dengan perkembangan ini. Pihak Barat cuba menggugat dan menganggu mana-mana kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai citra dan cita-cita Islam seperti di Mesir, Sudan, Turki dan Tunisia. Pendekatan partisipasi aman dalam pilihanraya demokrasi oleh gerakan Islam untuk merubah landskap masyarakat amat tidak disenangi oleh pihak Barat kerana gerakan Islam yang membentuk parti politik ini disenangi oleh rakyat tempatan kerana keikhlasan dan kerja-kerja amal membantu rakyat yang sudah lama dirintis oleh mereka.
Selepas melihat kudeta yang berlaku di Mesir dan beberapa Negara Islam yang diganggu, gerakan Islam sedunia harus memikirkan formula baru selepas eksperimen mereka untuk berpartisipasi dalam sistem demokrasi pilihanraya ternyata dihalang oleh pihak Barat melalui proksi-proksi mereka yang berfahaman sekular dan liberal.
The World Conference on Islamic Resurgence yang dianjurkan oleh ABIM ketika kemelut dan krisis demokrasi memuncak di Mesir dan Tunisia. Konferen ini bertujuan untuk menyediakan wahana dan platform bagi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia mengadu nasib dan membincangkan formula untuk berhadapan cabaran-cabaran terkini khususnya setelah kegagalan partisipasi dalam demokrasi. Konferen cuba membawa genius gerakan Islam Tunisia Sheikh Rachid al Ghannoushi namun terhalang akibat kekacauan domestik yang mahu menumbangkan partinya An Nahdah sebagai pemerintah. Penganjur juga cuba membawa Sheikh Abdel Fattah Mouru yang merupakan pengasas bersama Parti An Nahdah Tunisia, namun terhalang dek Kerajaan Mesir yang tidak membenarkan beliau untuk transit di Cairo untuk ke Malaysia. Ini adalah disebabkan An Nahdah amat lantang mengkritik kudeta yang berlaku di Mesir.
Konferen berjaya membawa membawa beberapa tokoh dan aktivis gerakan Islam serta ahli akademik bagi mengerah minda untuk bermuhasabah pencapaian gerakan Islam dan mencari formula baru bagi mendepani cabaran yang semakin mencabar. Konferen mengeluarkan sekurang-kurang 14 resolusi bagi memperkasakan hala tuju gerakan Islam. Antara lain resolusi tersebut ialah memperkasakan gerakan Islam dengan asas tarbiyah dan ta’dib dengan menubuhkan institusi latihan diperingkat lokal dan serantau bagi mencetak aktivis-aktivis gerakan Islam yang berilmu dan mempunyai skil yang khusus. Selain itu turut dicadangkan agar gerakan Islam mewujudkan pasukan pemikir khusus atau “think tank” memfokuskan kajian dan mencari solusi kepada muslim minoriti di Negara bukan Islam dan muslim majoriti di Negara Islam serta minoriti Islamis di Negara Islam. Kedua-dua resolusi ini dilihat sebagai satu saranan yang amat bernas dan bersifat jangka panjang bagi memperkukuhkan asas-asas penting dan pra-syarat kepada kebangkitan dan pembaharuan Islam iaitu Ilmu dan kerohanian.
Selain itu, konferen mencadangkan agar konferen berkaitan kebangkitan Islam diadakan secara berkala bagi menyediakan platform yang berkesan membincangkan permasalahan umat Islam khususnya yang berkait dengan kebangkitan dan pembaharuan Islam.
Untuk memperkukuhkan imej aktivis dan gerakan Islam, resolusi mencadangkan agar aktivis senior gerakan Islam menulis autobiografi khususnya pengalaman mereka dalam gerakan Islam. Di samping itu, direktori gerakan Islam harus diwujudkan agar segala maklumat berkenaan dengan tokoh gerakan Islam dan gerakan Islam dibukukan dan dapat dirujuk oleh umat Islam di seluruh dunia.
Namun yang paling penting ialah resolusi menggesa agar gerakan Islam mencari model ‘governance’ yang baru selepas sistem demokrasi yang disepakati bersama oleh dunia Barat dan dunia Islam untuk mewujudkan keamanan dan perubahan dikhianati oleh dunia Barat. Semoga gerakan Islam berjaya untuk menemui formula baru bagi menyelesaikan konflik dan kemelut demokrasi yang sudah dilihat tidak lagi efektif untuk dijadikan model dunia Islam.
RESOLUTION OF THE WORLD CONFERENCE ON ISLAMIC RESURGENCE 2013
The World Conference on Islamic Resurgence with the theme of “Islamic Resurgence: Prospects, Challenges and the Way Forward” held in Shah Alam, Selangor, Malaysia on 7 September 2013 1 Zulkaedah 1434H expressed its appreciation to organizers, speakers, guests and participants for their contribution to the Conference.
The speakers, guests and participants of the Conference ranging from the Muslims and Non-Muslims association, foreign embassies, Non-Governmental Organizations, administrator, da’wah entities and associations, policy makers, academia, researchers, students, and community at large discussed issues relating to the current state of Islamic resurgence in the world, the problems concerning their development, the approaches and its inherent issues.
The World Conference on Islamic Resurgence made the following resolutions:
1. Strengthening and establishing tarbiyah foundation as well as training institutions locally and at region and international level.
2. Establishing Research Institution/Foundation (think-thank) focusing on both Muslim Minority Countries and Muslim Majority Countries.
3. Initiating periodical symposium of Islamic movement/ Islamic resurgence.
4. Producing Universal Training Manual Guide (Substantive and Procedural) for Muslim organizations.
5. Publishing autobiography of Muslim activists and senior leaders of Muslim organizations.
6. Developing comprehensive database on Islamic movements all over the world including Muslim intellectuals and thinkers.
7. Institutionalizing and promoting a long term and sustainable process of constructive engagement with communities and all stakeholders in a substantive and meaningful dialogue to promote better understanding.
8. Creating community cohesion and a sense of living through community outreach programs.
9. Empowering the Islamic educational system including its methodological issues, teaching approaches and educational training.
10. Addressing social and economic issues through social activism such as combating poverty, food crisis, endemic diseases, climate change and natural disasters.
11. Promoting moderation based on a clear understanding of its root causes and different dimensions to avoid misinterpretation and targeting of innocent individuals or organizations.
12. Coordinating speakers, guests and participants the exploration of various models of governance in relation to Western democracy, which has been proven to be in effective in addressing the issues facing the Muslim world.
13. Developing a strong network among Muslim NGOs locally and at regional and international level.
14. Maximizing the utilization of technology and social media networks as the medium of interaction amongst Muslim organizations and to friendly approach young generation and society at large.
Scource: http://iresurgence.webs.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
PUTRA BANI TAMIM
DEKLARASI PERANG KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
TERHADAP DAJJAL- NKRI
https://twitter.com/amrikgmdim/status/661512635762892801
Catat Ulasan