Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Ogos 03, 2015

Sedutan Kertas Kerja : Percerdasan dan Intelektualisasi Belia Bagi Menghadapi Ekstremisme



Oleh : JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden MBM


Pendahuluan:

Menurut Profesor Zainiy Uthman (2015), perbincangan tentang subjek Wasatiyyah atau dalam bahasa Inggerisnya ‘just balance’ adalah jawapan kepada kekeliruan pemikiran yang berlaku secara mendasar mutakhir ini. Pemikiran asli iaitu tasawwur atau pandangan hidup Islam sudah tercabut dan disalahtafsirkan oleh pihak-pihak yang jahil dan berkepentingan. Natijahnya, maka lahirlah fahaman-fahaman dan tindakan-tindakan ekstremisme sama ada ekstremisme agama, sosial mahupun politik.
Lebih memburukkan keadaan apabila ekstremisme itu disandarkan atas nama Islam yang terkenal dengan karakter Wasatiyyahnya sebagaimana yang termaktub dalam ayat 143 Surah al-Baqarah,



Wasatan dalam ayat di atas menurut Imam al-Baghawi ialah adlan wa khayyaran. Dalam konteks ini, aplikasi Wasatiyyah dalam akhlak di mana Sheikh Mahmud Shaltut menyebut bahawa berada di pertengahan antara ekstrem iaitu golongan pertama mengamalkan hidup bebas tanpa ikatan nilai-nilai murni, manakala golongan kedua pula rigid dan ketat dalam mengamalkan nilai-nilai murni (Abdullah,2015).

Gejala ekstremisme agama ini acapkali terkaitan dengan belia yang terkenal dengan semangat rebellious dan hamasah yang tidak dipimpin oleh hikmah sheikh dan para ilmuan mu’tabar sebagaimana yang diungkapkan oleh Sheikh Mohammad Abdul Razaq al-Tabtabae, Pengerusi Majlis Fatwa Kuwait “as-Sheikh yaqudu bil al-ra’yi wa as-Syabab bi al-hamasah”.

Justeru tidak hairanlah sebahagian besar daripada 12 nama yang tersenarai secara spesifik dalam Kertas Putih Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan UnIslamic State yang dibentangkan di Parlimen 26 November 2014 yang lepas merupakan belia di antara lingkungan umur 20-35 tahun. Jika dikaji latar belakang belia yang terlibat ini maka didapati mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan formal agama dan ini turut disahkan oleh pegawai penyiasat PDRM Supt. Mohd Zaini Akhir. Inilah juga yang menjadi keprihatinan pembimbing kebangkitan Islam umat Profesor Yusuf al-Qardhawi yang sentiasa menasihati golongan belia dalam arus gelora kebangkitan Islam supaya berhati-hati agar tidak tersungkur dalam perjuangannya (Rumaizuddin, 2012) atau meminjam istilah Peguam Zabidi Mohamad tersungkur di pintu syurga.

Ekstremisme agama juga bukan hanya golongan belia yang cenderung jauh ke kanan namun juga yang cenderung jauh ke kiri yang mana mereka terlibat dalam menganuti dan mempromosikan fahaman liberalisme dan pluralisme agama. Dr. Farid Shahran, Felo IKIM pernah menegaskan bahawa, masyarakat terkadang hanya menganggap yang terlibat dalam kegiatan terrorisme sahaja esktrem namun yang terlibat dalam fahaman liberalisme dan pluralisme agama juga merupakan suatu bentuk ekstremisme juga. Namun istilah liberalisme dan pluralisme agama harus dikupas dan difahami dalam konteks sebenar kerana ia mempunya pelbagai maksud dan tafsiran termasuk yang positif dan negatif.

1 ulasan:

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA