Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, November 11, 2015

PRESIDEN ABIM SERTAI PERTEMUAN DUA HALA BERSAMA WAKIL BRITAIN


PRESIDEN ABIM SERTAI PERTEMUAN DUA HALA BERSAMA WAKIL BRITAIN.

4hb November 2015: ABIM telah dijemput untuk mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Bahagian Parlimen Pengangkutan dan Setiausaha Bahagian Dalam Negeri (Menteri Bagi Menangani Keganasan) Britain.

Delegasi ABIM diketuai oleh Presiden ABIM, Sdr Mohamad Raimi Ab Rahim dan turut dihadiri oleh Vicky Treadwell, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan selama hampir satu jam tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan berkenan isu memerangi keganasan dan kerjasama yang boleh dijalankan bagi menangani masalah global ini.

Sementara itu, Lord Tariq Ahmad menyatakan apresiasi dan penghargaan beliau di atas usaha ABIM dalam peranan yang aktif untuk memupuk kefahaman Islam, program antara penganut agama, misi bantuan kemanusiaan dan memberikan penerangan kepada belia Malaysia terhadap bahayanya terlibat dalam aktiviti keganasan ekstremis.
Beliau berada di Malaysia bagi mewakili Kerajaan Britain dalam Forum Ekonomi Dunia Islam.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!



Turut serta Jufitri bin Joha, Naib Presiden MBM & Ahli Majlis Antarabangsa WADAH-ABIM-PKPIM

SUMBER: https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/

Tiada ulasan: