
Semalam ada anak didik saya melakukan 'tag' di Facebook nama saya di artikel terbaru tulisan SS. Dr. Maza, Mufti Perlis bertajuk ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ di mana ada diabadikan nama saya selaku salah seorang aktivis yang membantu perjuangan ilmu beliau di 'The Garden of Virtue and Knowledge' UIAM Gombak. Ya, walaupun tidak 'subscribe' sepenuhnya idea pemikiran beliau tetapi saya tidak menafikan saya amat terkesan dengan keilmuan, fikiran kritis, kepimpinan dan ketajaman beliau. Beliau pernah mendidik kami cara menyampaikan ilmu agama dengan mendedahkan kami sebagai panelis forum di salah sebuah masjid di Pulau Pinang. Beliau juga mendedahkan saya kepada dunia penulisan dengan membuka ruang menulis di Majalah Tamadun di mana beliau turut menjadi kolumnis di situ.
Saya juga terkesan dengan beberapa pemikiran beliau sebagai contoh beliau mengajar saya agar cintakan ilmu, bersikap kritis terhadap sumber-sumber agama, bercakap berlandaskan fakta dan sumber yang sahih dan tidak taksub terhadap tokoh atau jamaah. Banyak yang saya terhutang budi kepada beliau dan saya ucap terima kasih atas pengiktirafan beliau terhadap saya.
Sedutan daripada tulisan beliau:
๐๐ธ๐๐ถ๐๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ
Kami membuat banyak program pengajian. Banyak siri ceramah saya dibuat atas usaha dan bantuan pelajar. Ratusan pelajar menghadiri kuliah saya. Ia rentas aliran politik dan kumpulan. Satu arus baru ketika itu. Isu-isu hadis menjadi tajuk saya. Ramai pelajar aktif membantu saya. Kami begitu rapat. Semasa Ramadan begitu meriah berbuka bersama. Antara aktivis program ketika itu Dr. Irwan Ariffin, Ustaz Abdul Razak Mutalib, Mohd Khairil Anwar (IJN), Saudara Amin Idris, Ustaz Malik Isa, Ustaz Yusof Arbain, Saudara Jufitri Joha, Ustaz Husnin bin Ahmad, Saudara Ruzaini dan ramai lagi. Ramai yang menjadi tokoh-tokoh penting di tempat mereka. Sehingga hari ini ramai juga sahabat-sahabat itu masih berhubungan baik dengan saya. Ramai mereka terus membantu saya sehingga kini alhamdulillah. Antara siswi yang aktif membantu aktiviti kami ialah Ustazah Rabiatul Adawiyah Hj. Ahmad, Saudari Haslina, Ustazah Sakinah dan ramai lagi.
Artikel penuh beliau boleh dibaca di pautan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158438870167990&id=279290772989
Tiada ulasan:
Catat Ulasan