Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Ogos 25, 2008

Padang






Padang adalah destinasi popular di Sumatera, Indonesia. Sebagai ibukota kepada Sumatera Barat, Padang terkenal dengan masyarakat Minangkabau yang amat komited dengan agama. International Youth Conference, Cultural Exchange and Camp (IYCCC) 2008 anjuran Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) telah memilih Padang sebagai destinasi untuk siri keduanya.

Saya hadir ke Padang selama 3 hari mengendalikan sesi persidangan IYCCC atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung MBNNS dan Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Sememangnya GPTD sudah membantu menjayakan IYCCC sejak siri pertama di Port Dickson pada tahun 2007. IYCCC berjaya menarik 7 negara peserta dari Yaman, Filipina, India, Pakistan, Kemboja, Malaysia dan Indonesia selaku tuan rumah. IYCCC kali ini cuba menyelami adat budaya Minang dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan belia. IYCCC diakhiri dengan persembahan Grand Finale Sumbar Talenta (Akademi Fantasia Sumatera Barat) yang sudah tentu serba sedikit dipengaruhi oleh American Idols yang merosakkan jatidiri belia di sana.

Namun apa yang lebih menarik minat saya ialah kelahiran Tokoh Ulama Nusantara di Padang iaitu Sheikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani. Sheikh Yasin lahir dan dibesarkan di Mekah pada 1335 Hijrah. Sheikh Yasin belajar daripada guru-guru terkenal di Mekah yang juga amat mesra meniti di bibir penulis seperti Sheikh Alawi Abbas al-Maliki, Sheikh Hasan Mashat dan ulama-ualam besar di Hijaz.

Antara anak murid beliau yang saya kenali adalah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, Sheikh Muhammad Saed Mamduh (Pakar Hadis) dan Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Menurut guru saya, Sheikh Yasin amat mashyur digelar dengan 'Musnid Dunya' yang meriwayatkan hadis musalsal dan saya amat bertuah kerana sanad saya bersambung dengan Sheikh Yasin yang amat dikasihi. Semoga Allah merahmati Sheikh Yasin yang banyak menabur jasa dalam bidang keilmuwan dan mengharumkan rantau Nusantara dengan ketokohan beliau.



1 ulasan:

Jannatul Husna berkata...

assalamualaikum...
akh, saya jannatulhusna pelajar master al-quran dan al-hadith universiti malaya asal daripada padang, menarik ketika melihat tulisan saudara tentang syeikh yasin padang. dan ini adalah hal yang baru bagi saya, selama ini saya baru tahu tentang ulama minang seperti ahmad khatib al-minangkabawi. kalau saudara berkenan boleh saya tahu dimana mendapatkan maklumat tentang syeikh yasin padang?
atas bantuan saudara saya aturkan terima kasih.
selanjutnya saya mahukan nombor talipon saudara, supaya lebih mudah dihubungi. terima kasih

jannatul husna
014-2654654