Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Oktober 28, 2008

Isra’ Mi’raj Dalam Sorotan : Masjid Aqsa @ Masjid Cordova



Dua tiga bulan sudah, bumi Rembau diberkati dengan kehadiran ulama dari Jordan sempena sambutan Isra’ dan Mi’raj pada kali ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Sheikh Dr. Mohammad Hisyam Sultan, mantan Naib Presiden Jaamiah (Universiti) Ali Bait, Jordan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kupasan beliau mengenai tanggungjawab kita bersama membebaskan bumi Masjid Aqsa yang diberkati Allah. Apabila Sheikh Mohammad Hisyam menyebut tentang perkara di atas saya lantas teringat Masjid Agung Cordoba yang juga sudah ditukar menjadi Mezquiete Cathederal de Cordova atau lebih tepat ditukar menjadi Gereja Besar Cordova.

Apabila Sheikh menyeru pemuda-pemuda Islam Rembau untuk bangkit membebaskan Masjid Aqsa saya juga berpandangan agar Masjid Agung Cordoba juga sewajibnya juga dibebaskan dari cengkaman bukan Islam kerana ia juga milik umat Islam Sepanyol. Pandangan ini juga saya pertegaskan ketika saya menjadi panelis undangan dalam Ceramah Isu Palestin di Kolej Dar al –Hikmah Kajang.

Namun apabila Sheikh menyatakan ” Jika umat Islam berjaya kuasai Palestin dari Yahudi, bermakna umat Islam akan berjaya menjaga seluruh negara umat Islam”. Ini juga pada pengamatan saya, Masjid Agung Cordova juga akan dibebaskan jika umat Islam menguasai semula Masjid Aqsa dan Palestin.” Tambah Sheikh lagi yang merupakan kelahiran Palestin, “Sekarang ini Palestin di bawah cengkaman Yahudi dan Yahudi berhasrat untuk menguasai seluruh negara Palestin.

Peristiwa Isra’ Mi’raj juga menyaksikan Nabi Sallallahualaihi wasallam Israi dari Masjid Haram di Mekah ke Masjid Aqsa di Palestin. Ulama menyatakan hikmah mengapa Nabi Sallallahualaihi wasallam tidak terus Mi’raj ke langit adalah kerana supaya umat Islam memberikan perhatian penting kepada Masjid Aqsa, apatah lagi sekarang ini Masjid tersebut dibelenggu pakatan musuh. Dalam keadaan Nabi Sallallahualaihi wasallam singgah ke Masjid Aqsa itupun sebahagian umat Islam masih lalai dan leka serta tidak mengambil berat nasib Masjid Aqsa, apatah lagi jika sebaliknya.

Sheikh juga menyebutkan beberapa fakta segar dan menarik berkenaan Palestin. Antara lain beliau menyatakan ketika berlakunya Isra’, Palestin tidak dihuni oleh kaum Yahudi. Semasa penyerahan kunci kota Baitul Maqdis kepada Saidina Umar al-Khattab, ketua paderi Kristian mensyaratkan agar tidak dibawa masuk Yahudi ke dalam kota tersebut kerana mereka merupakan golongan ahli fasad (kerosakan).

Demikian sedikit catatan ringkas. Saya berkesimpulan bahawa tugasan kita sebagai belia Islam adalah berat selain membebaskan Masjid Aqsa kita juga bertanggungjawab membebaskan Masjid Cordova. Namun kata kuncinya ada pada Masjid Aqsa!

1 ulasan:

GrangeR berkata...

salam...

Pabila ditanya
'kenapa tidak mahu mengambil tahu?'

Mereka akan berkata
'tiada jalan atau saluran yang boleh membawa kami ke sana. lagipun,di Malaysia pun tidak terjaga, apatah nak dijaga yang diluar sana...'

Selemah-lemah iman??

Pabila ada antara kami yang mengambil keputusan untuk berusaha di jalan yang terbentang di depan mata, kami diperli... dengan jawapan yang sama di atas.

Kenapa kami disekat???
Mungkin itu bukan sekatan tapi pandangan itu boleh membuatkan semangat kami sedikit sebanyak tercalar...atau berlubang.

Jadi, bagaimana???
mahu dibaiki yang calar atau mahu di tampal yang berlubang??

Atau senyapkan sahaja mereka???

Yang ditakuti pabila yang calar dan yang berlubang itu semakin teruk dan akhirnya runtuh tidak ditahan...

wallaualam~