Ada tiga perkara menarik yang saya alami di Geneva. Perkara pertama ialah isu solat Jumaat ketika waktu solat belum masuk di Masjid Geneva. Ketika saya bersembang Tuan Asmuni, suami kepada Wakil Tetap Malaysia ke WTO Geneva, beliau bertanyakan permasalahan tentang sahabatnya (orang Malaysia) enggan solat di Masjid Geneva yang melaksanakan solat Jumaat pada beberepa bulan yang mana waktu Zohor belum masuk. Sahabatnya itu sanggup menaiki kereta dari Geneva masuk ke Lyon yang terletak di Perancis semata-mata hendak melakukan solat Jumaat. Alasan yang beliau berikan adalah Masjid Geneva melaksanakan solat Jumaat ketika waktu belum masuk.
Betul ke? tanya saya pada Tuan Asmuni. "Ya betul, kerana waktu rehat pejabat dari jam 1 sehingga jam 2, jika solat Jumaat bermula jam 1.30 tengahari atau tunggu sehingga waktu Zohor masuk, maka umat Islam yang bekerja takkan sempat untuk solat bersama kerana jam 2 dah kena masuk pejabat semula"." Perkara ini berlaku ketika waktu Zohor masuk lambat, tapi jika pada waktu musim sejuk Zohor masuk jam 12.30 maka ia tak jadi masalah. Tapi jika waktu musim panas, waktu Zohor masuk lewat, jadi Solat Jumaat terpaksa dilakukan awal untuk maslahah bagi yang bekerja".
Apa hukumnya Solat Jumaat ketika waktu Zohor belum masuk kerana maslahah (kepentingan) orang yang bekerja waktu pejabat? Ini merupakan perkara feqh yang baru dalam hidup saya, saya kena cari jawapan. Namun saya yakin Masjid Geneva yang dibiayai oleh pihak Arab Saudi sudah merujuk perkara ini kepada yang berautoriti dalam agama terlebih dahulu sebelum mendirikan Solat Jumaat sebelum masuk waktu. Sama-sama kita cari jawapan.
Perkara kedua dan ketiga saya sambung kemudian...
Rayuan untuk Syria
Selasa, Disember 29, 2009
Tiga Perkara Menarik Di Geneva
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan