Apabila hari pertama saya menjejak di bumi Geneva, saya tidak tahu hendak menghala ke mana. Ini adalah kerana percubaan saya untuk berhubung dengan pelbagai pertubuhan Islam di sini menemui jalan buntu. Saya sudah hubungi Dr. Hani Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan juga sudah hubungi Salah Al Din Ovtchinnikov dari Geneva Islamic Organization for Dawah namun tiada jawapan. Namun sebelum saya bermusafir, sempat saya bersolat sunat memohon petunjuk dan panduan agar dipermudahkan perjalanan berbekalkan wang Swiss Franc yang terhad dan alamat-alamat pertubuhan Islam Geneva dan pejabat kedutaan Malaysia di Switzerland.
Beberapa minit sebelum mendarat keadaan kapal terbang terhoyong-hayang dipukul angin musim sejuk yang tidak pernah saya alami dalam siri lawatan ke luar negara sebagai 'seasonal traveller' kecuali ke Jepun yang juga mengalami keadaan yang serupa.
Sesampai di Lapangan Terbang Geneva saya masih lagi tidak tahu hendak ke mana. Cuba beli tiket keretapi pun tak pasti sehingga saya berjumpa dengan seorang lelaki berketurunan Arab yang saya yakin orang baik dan sedang membeli belah di pasaraya berdekatan. Saya tegur beliau dalam bahasa Arab dan mohon jasa baik tunjukkan di mana lokasi Pusat Islam Geneva dan hotel murah. Dia memberikan respon yang baik lalu mempelawa saya untuk menaiki kereta beliau bersama keluarga. Beliau memperkenalkan diri sebagai peguam Muslim. Sesampai di hotel kira-kira 10 minit dari lapangan terbang, beliau menghantar saya ke kaunter hotel. Ketika ingin membayar beliau terus mengeluarkan duit membayar harga untuk satu malam. Saya terkedu dengan kemurahan hati beliau.'Anta dhaifi' atau awak tetamu saya!
Rayuan untuk Syria
Ahad, Januari 03, 2010
Perkara-Perkara Menarik (Sambungan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan