“We are the first gay couple in Latin America to marry,” begitulah nada ‘bangga’ Jose Maria Di Bello selepas mengahwini pasangan sama jantinanya Alex Freyre di Tierra del Fuego salah sebuah negeri dalam Argentina. Di Bello 41 tahun, merupakan Eksekutif di Pertubuhan Palang Merah Argentina ‘bertemu cinta’ Freyre 39 tahun, Pengarah Eksekutif Yayasan AIDS Buenos Aires dalam Persidangan Kesedaran HIV. Kedua mereka merupakan positif HIV.
Ini merupakan cubaan kedua mereka untuk berkahwin setelah kali pertama di ibu negara Argentina menemui kegagalan atas alasan bercanggah dengan keputusan penghakiman. Perkahwinan mereka di Tierra del Fuego Berjaya dan disaksikan oleh pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. Perkahwinan ‘bersejarah’ mereka ini juga mendapat ulasan dari Gabenor Fabiana Rios yang menyatakan, “'is an important advance in human rights and social inclusion and we are very happy that this has happened in our state."
Sementara itu, akhbar The Guardian, United Kingdom melaporkan Mexico City merupakan ibu negara pertama di Amerika Latin membenarkan perkahwinan sesama jantina dan dikira sah di sisi undang-undang negara. Parti Revolusi Demokratik (PRD) berhaluan kiri Mexico berjaya membawa usul dalam mengubah definisi perkahwinan daripada ‘penyatuan seorang lelaki dengan seorang perempauan’ kepada ‘kebebasan menyatukan dua insan’. Perubahan ini memberikan implikasi pasangan sesama jantina yang berkahwin boleh mengambil anak angkat, memohon bersama pinjaman bank, mewarisi harta dan berkongsi polisi insuran.
Aktivis global hak asasi gay meletakkan perkahwinan sesama jantina sebagai matlamat utama perjuangan mereka. Setakat ini, hanya tujuh buah negara di dunia membenarkan perkahwinan sesama jantina iaitu Belgium, Belanda, Afrika Selatan, Sweden, Sepanyol, Kanada, Norway dan beberapa negeri Amerika Syarikat seperti Iowa, Massachusetts, Vermont, Connecticut and New Hampshire.
Di sebalik peristiwa yang menggemparkan dunia ini, tidak kurang juga yang menentangnya, Bishop Juan Carlos daripada Gereja Roman Katolik menyifatkan perkahwinan sesama jantina yang berlaku di Argentina tu sebagai ''an attack against the survival of the human species”. Sementara itu, Kardinal Norberto Rivera Carrera menyatakan undang-undang yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis di Mexico City itu adalah tidak bermoral dan anak-anak yang tidak berdosa akan diambil menjadi anak angkat mereka. Presiden Mexico Felipe Calderon juga berikrar untuk menghalang undang-undang tersebut daripada dikuatkuasakan.
Apa yang menarik perhatian saya adalah kenyataan Marto Lagos, Pengarah Chile-based pollster iaitu majoriti atau 70 peratus daripada populasi Amerika Latin dapat menerima budaya homoseksual tetapi tidak 15 tahun yang lepas. Ini menggambarkan perubahan sosio budaya sesebuah masyarakat yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kecanggihan teknologi.
Malaysia merupakan sebuah negara Islam progresif yang sedang mempersiapkan diri untuk memasuki gerbang negara maju pada tahun 2020. Sudah tentu jika difokuskan dari segi sosial, ia juga akan mengalami perubahan seiring dengan kemajuan negara. Jika perubahan ini tidak dipandu dan ditangani berdasarkan acuan agama alamatnya malapetaka buruk bakal menimpa masyarakat khususnya yang paling membimbangkan adalah generasi muda. Akan ada suara-suara sumbang yang berhujah atas faktor kemajuan dan kebebasan hak asasi menuntut agar perkahwinan sesama jantina dibenarkan dan disahkan di sudut undang-undang. Walaupun perkara ini terkawal di Malaysia namun tanda-tanda dan bibit-bibit sudah kelihatan. Tindakan awal dan tegas harus diambil dengan menutup pintu-pintu yang menjurus ke arah gejala yang tidak bermoral dan menyalahi agama dan tabiat manusia yang normal. Ini bertepatan dengan konsep Usul Feqah yang disebut sebagai ‘saddun zara’i’ iaitu menutup rapat pintu-pintu yang membawa ke arah maksiat tersebut.
Namun apa yang membimbangkan adalah keadaan jiwa belia yang cenderung mengikut dan meniru budaya barat tanpa menapisnya. Memang tidak dinafikan tidak semua budaya barat adalah negatif, namu keupayaan generasi muda yang berada dalam ‘transition period’ dan pencarian identiti untuk menilai sesuatu memerlukan panduan agama dan bimbingan orang dewasa yang berpengalaman. Apa yang dikhuatirkan ialah tanpa asas agama yang kukuh, sebahagian belia cenderung terpengaruh dengan budaya perkahwinan sesama jenis sebagai kononnya gaya hidup masyarakat moden dan bebas. Tambahan pula dalam ilmu pengajian belia, zaman belia dikaitkan dengan ‘reproductive capacity and by extension with active sexuality’ di mana mereka mengalami situasi expressi seksual dan pembentukan norma seksual. Jika silap dibentuk, maka mereka akan terjerumus ke dalam gejala seks songsang yang dikutuk dalam agama.
Menurut satu kajian Kesediaan Belia Sebagai Tunggak Negara Maju (2007) yang dijalankan oleh Profesor Dr. Azimi Hamzah dan Puan Zanariah Mohd Nor daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati amalan agama belia awal semasa merupakan penyumbang utama kepada kesediaan mereka sebagai tunggak negara maju. Kesimpulan yang jelas daripada kajian tersebut menyatakan sekiranya agama menjadi wadah merentas usaha penyerlahan asset belia, sekaligus amalan kesihatan boleh ditingkatkan dan tingkah laku berisiko dan bercanggah dengan amalan sivik dapat dikurangkan.
Peranan pertubuhan belia seperti ABIM, 4B, GPMS dan MAYC harus menjadikan elemen agama sebagai asas dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh mereka. Perasaan bangga dan yakin dengan agama harus dipasak dalam sanubari para belia. Apabila mereka merasa yakin dan bangga dengan agama, maka ia akan menjadi senjata ampuh bagi mereka mengharungi dunia moden yang serba mencabar dan bercelaru. Pertubuhan belia harus memastikan bahawa walaupun negara Malaysia maju dan moden tapi masyarakat dan belianya mempunyai jatidiri dan traidisi beragama yang kuat (tadayun) . Inilah sebenarnya makna sebuah tamadun yang moden di sisi agama seperti yang dihasratkan oleh Ibn Khaldun bahawa tamadun harus dibina atas asas agama.
Justeru pertubuhan belia harus komited memikirkan usaha-usaha bagaimana menguatkan amalan beragama di kalangan belia walaupun mereka maju dari sudut duniawi. Sebagai contoh pengalaman ABIM Negeri Sembilan menganjurkan ceramah ‘Al-Quran dan Sains’ bersama Dr. Arif Kosmo daripada Jabatan Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana fakta sains telah membuktikan kebenaran Al Quran yang akan menguatkan aqidah belia bahawa Al-Quran ini adalah benar-benar kalam Allah tanpa sedikit keraguan. Apabila keyakinan ini telah dipasak maka jika Al-Quran sebagai contoh mengutuk perbuatan kaum Luth yang suka homoseksual maka para belia akan menjauhi perbuatan terkutuk ini kerana ianya datang dari sumber wahyu yang benar dan haq. Apabila sumber wahyu yang menyatakan pengharaman homoseksual, maka di situ tiada ruang ijtihad yang menyatakan homoseksual dibenarkan atas dasar kemajuan atau atas nama hak asasi manusia. Ini adalah kerana Al Quran adalah sesuai sepanjang zaman dan nilai di dalamnya adalah tetap dan tidak boleh dinisbikan dan direlatifkan. Hasil dari ceramah ini ramai yang bertambah keyakinan terhadap Islam bahkan ada para belia bukan Islam tertarik kepada Islam.
Sebagai kesimpulan, gejala perkahwinan sesama jenis, homoseksual mahupun lesbian harus dibenteras sejak dari awal dan sehingga ke akar umbi kerana ianya jelas bertentangan dengan agama dan tabii manusiawi. Sudah tentu peranan praktikal pertubuhan belia untuk membantu kerajaan dalam menangani isu ini agar lahir negara Malaysia yang maju tetapi dikategorikan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur (Surah Saba: 15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan