Saya terpaksa mengharungi hari pertama ke tugasan kerja lapangan dengan salji tebal yang meliputi jalan-jalan. Ini merupakan salji yang tertebal dalam tempoh 30 atau 40 tahun sejarah salji di UK. Saya terpaksa menaiki keretapi ke Newcastle Central sebelum mengambil bas ke North Benwell Youth Project (NBYP). Sebagai sebahagian daripada silibus, saya harus menghabiskan 120 jam di sini.
Saya memulakan perbincangan dengan tutor kerja lapangan saya Mr. John Derisi dibantu oleh Margaret dan Terry. Saya memberitahu kemahuan saya untuk berkerja dengan mengekplorasi pengalaman baru bekerja dengan grup gay dan lesbian, remaja terlibat jenayah dan juga golongan agamawan Kristian, Buddha dan Yahudi yang terlibat dalam kerja-kerja belia.
Mr John Derisi berkongsi cabaran dan permasalahan di North Benwell dan meluahkan kekecewaannya kepada kerajaan dalam beberapa isu melibatkan belia setempat. Layanan sesetengahkan polis kepada belia juga mengecewakan apabila mereka membuat pemeriksaan secara rawak dan kasar serta mengeluarkan panggilan dan gelaran yang tidak sepatutnya kepada belia.
Beliau juga berkongsi pengalaman menangani isu belia mempunyai rendah aspirasi dan esteem diri. Di tambah dengan momokan media yang menyatakan North Benwell merupakan kawasan 'black area' dan jenayah tinggi. North Benwell mempunyai populasi penduduk belia yang datang dari pelbagai negara. Bayangkan di sekolah rendah, muridnya bertutur dalam 32 bahasa dan 29 bahasa di sekolah menengah. Ada sesetengahnya tidak boleh berbahasa Inggeris! Pekerja belia di sini juga berhadapan dengan masalah berkomunikasi dengan mereka. Sentimen anti immigran yang ditiupkan oleh Parti BNP pimpinan Nick Griffin juga memberi kesan tidak langsung kepada keharmonian kehidupan masyarakat majmuk di UK. Parti BNP atau British National Party ini antara 3 parti terbesar di UK selain Buruh dan Konservatif semakin mendapat sokongan dari rakyat Britain. Di Perancis misal parti berhaluan kanan seperti ini mendapat sokongan yang meningkat sehingga 27 peratus.
Kebanyakkan imigran datang dari Asia dan Eropah Timur. Penduduk Eropah Timur terkenal dengan semangat esteem yang rendah kerana mereka mewarisi tradisi 'gipsy' yang biasanya tidak mempunyai pelajaran.
Saya juga berminat untuk melawat Bulgaria di mana NBYP membawa belianya untuk menjalankan program bersama kanak-kanak di sana. Saya bercadang untuk ke sana bulan 5 ini yang juga untuk melengkapkan sebahagian kajian saya dalam "International Volunteerism'. Kajian ini saya membuat perbandingan faktor motivasi belia terlibat dalam kerja sukarela antarabangsa antara projek NBYP ke Bulgaria dan projek GPTD-ABIM Negeri Sembilan ke Pulau Krismas, Australia.
NBYP merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang memberi khidmat 'one stop centre' atau pusat kegiatan belia setempat. Mereka juga menyediakan ruang dan tempat kepada para belia menjalankan pelbagai aktiviti di pusat mereka dan membimbing belia. Projek seumpama ini amat popular di UK dan biasanya banyak kawasan di UK mempunyai projek seumpama NYBP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan