Baru-baru ini saya membentangkan tajuk 'Young Generation and the Challenge of Modernity' bersama Mr. Javed, Pengarah Andalus Centre (www.andalus.co.uk) sempena Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MISG ABIM UK di Glasgow, Scotland.
Saya mulakan bicara dalam bahasa Inggeris (walaupun tak selesa cakap Inggeris) dengan menyatakan bahawa pada 2010 jumlah generasi muda di Malaysia diramal akan meningkat kepada 11.65 juta. Justeru itu, ia menggambarkan menggambarkan peningkatan signifikan dan perhatian serius harus diberikan perhatian kepada golongan tersebut oleh para penggerak kesukarelaan dan pertubuhan belia. Saya cuba mencari perangkaan tepat dan semasa jumlah tepat bilangan generasi muda di Malaysia dalam laman sawang Jabatan Statistik Negara namun gagal menemuinya kerana golongan generasi muda diletakkan sekali dalam lingkungan umur 15-64 tahun. Sepatutnya Jabatan membuat satu lingkungan umur khas untuk generasi umur iaitu 15-40 tahun.
Selain itu, saya menyebutkan bahawa dalam istilah pengajian belia, usia muda dianggap sebagai 'transition period' yang amat penting dibimbing untuk menentukan masa depan yang cerah. Jika mereka dibimbing dengan baik, mereka akan menjadi hebat kerana mereka mempunyai potensi yang hebat, tapi jika mereka dianggap sebagai golongan yang selalu mendatangkan masalah maka mereka akan memandang diri mereka dengan apa yang kita sangka.
Cabaran yang sedang dihadapi generasi muda sekarang ini ialah cabaran modeniti. Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020. Hanya tinggal 11 tahun lagi untuk ke sana. Menurut Profesor Dr. Azimi Hamzah, Ketua Unit Pengajian Belia Universiti Putra Malaysia, Malaysia adalah 50 tahun di belakang UK dalam ertikata suasana sosialnya. Bermakna Malaysia masih jauh terpelihara suasana sosialnya namun tanda-tanda kebaratan sudah muncul.
Jika dilihat tinjauan umum Institut Penyelidkan Pembangunan Belia Negara, 94.9% bersetuju generasi muda Malaysia sekarang ini lebih kebaratan dan hanya 5.1% tidak bersetuju. Tinjauan ini walaupun mungkin kurang tepat namun realiti kita boleh menilainya sendiri.
Menurut satu kajian UPM, belia awal semasa belum mencapai kesediaan yang tinggi sebagai tunggak negara maju. Kajian yang bertemakan Kesediaan Belia Sebagai Tunggak Negara Maju dilakukan pada 2007 kepada pelajar tingkatan 4 yang akan berumur 29 tahun pada tahun 2020. Para penyelidik juga berkesimpulan bahawa amalan agama belia awal semasa merupakan penyumbang utama kepada kesediaan mereka sebagai tunggak negara maju dan agama jadi paksi dalam semua aspek. Usaha untuk meningkatkan kesediaan belia sebagai tunggak negara maju perlu diusahakan dengan lebih gigih – belia lelaki, belia Cina, belia di bandar, belia di zon tengah, belia flat, rumag teres, berkembar dan banglo dan tinggal di persekitaran pelbagai etnik. Dan golongan dewasa yang berdampingan dengan belia perlu diberi latihan khusus mengenai pembangunan belia positif agar berkeupayaan menyerlahkan potensi belia.
Seterusnya saya menyebut tentang pemerhatian Profesor Dr. Azimi Hamzah dan Profesor Dr. Turiman Suandi daripada UPM tentang generasi muda. Berikut pemerhatian tentang Generasi Muda : Dipandang negatif dan tiada harapan, remaja lihat diri mereka negatif dan sebaliknya, ibubapa tidak jadi rujukan utama, terikut dengan ‘discontinued society’ diamal di barat, kebebasan adalah matlamat, kilang jadi universiti kedua, kejar popular, tiada model hidup, suka berkumpulan atau ‘gregarious’, suka berpasangan, media massa mendedikasikan apa remaja perlu buat,
kehausan belaian dan diasak dengan kelas-kelas tusyen.
Seterusnya saya menyebut pelbagai cabaran moderniti yang dihadapi oleh generasi muda meliputi cabaran beragama, budaya, fesyen, media, pornografi dan sosial. Antara yang menarik yang saya sebut adalah cabaran Facebook vs Friendster. Baru-baru ini Ganesh Kumar, CEO Friendster mengisytiharkan ‘perang’ kepada Facebook dengan memfokuskan belia Asia dengan kekuatan pengikut 115 juta pengguna dan 90% daripada Asia. Pengisian difokuskan kepada permainan sosial dan video muzik. Usaha ini digiatkan setelah pengaruh dan pengguna Friendster merosot setelah peningkatan mendadak populariti Facebook di kalangan penduduk dunia. Friendster sekali menyasarkan pengguna muda yang kononnya ingin 'privacy' daripada ibubapa mereka yang juga pengguna Facebook. Dengan menggunakan Facebook, kegiatan mereka diketahui oleh ibubapa yang turut menggunakan Facebook. Maka dengan beralih kepada Friendster yang mengkhusus kepada generasi muda, sekurang-kurangnya kegiatan mereka tidak diketahui oleh ibubapa mereka yang tidak menggunakan Friendster.
Ini cabaran besar kepada kita apabila syarikat-syarikat ini terlalu mementingkan untung dan persaingan tanpa berfikir serius tentang kesannya kepada generasi muda.
Saya turut menekankan cabaran media pornografi. Di UK, majalah-majalah lucah dijual secara terbuka. Saya bimbang ia akan merebak ke Malaysia kerana pihak-pihak yang hendak mengaut keuntungan melalui industri lucah ini akan berselindung disebalik hujah "Freedom of Expression". Pihak yang menentang pornografi dianggap against exploring issues related to sex and sexuality in an open, honest and productive way.(Loeb, S. 2001). Menurut laman sawang http://shelleylubben.com, more than 11 million teens regularly view porn online, the largest group viewing online pornography is ages 12-17 and there are 4.2 million pornographic websites, 420 million pornographic web pages and 68 million daily search engine request. Ini adalah fakta yang menggerunkan dan harus difikirkan secara bersama untuk menanganinya. Laman web tersebut telah diusahakan oleh seorang bekas bintang porno yang telah insaf dan menganggap industri porno adalah tidak menjanjikan glamor bahkan kesengsaraan. Beliau dengan kudrat tersisa melancarkan usaha menyedarkan masyarakat dan rakan-rakannya yang masih berada dalam industri porno bahawa industri ini adalah jijik dan menindas golongan wanita.
Diakhir sesi saya ditanyakan berkenaan dua soalan iaitu saudara Azwan Affendy bertanyakan makna generasi muda terpengaruh dengan konsep "Discontinued Society" dan Puan Azimah bertanya tentang ceramah saya hanya menceritakan tentang sisi negatif generasi muda.
Saya menjawab, "Discontinued Society" adalah konsep di barat yang menyatakan apabila remaja sudah berumur 18 tahun mereka bebas menentukan apa sahaja tanpa perlu meminta nasihat ibubapa manakala soalan kedua saya menjelaskan GPTD (http://gptd.blogspot.com) adalah contoh sekelompok anak muda yang berbakti dan berkhidmat pada masyarakat dunia. GPTD menggambarkan sisi positif generasi muda. Bermula dari fakta tersebut saya mula memberikan taklimat tentang apa itu GPTD dan bakal mengembangkannya di bumi Eropah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan