Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk Michelmas term. Cuti sudah pun bermula selama tiga minggu cuma saya tidak balik kerana tiket terlalu mahal. Selepas dua bulan lebih berada di Durham, saya bersyukur kerana berjaya dengan izin Allah mengekalkan momentum belajar di sini bahkan meningkatkan semangat selepas mendapat markah yang amat menggalakkan untuk 'assignment' kedua.
Cuti tiga minggu ini saya merancang beberapa tugasan yang harus di selesaikan secara tersusun. Saya telah membuka tirai cuti saya dengan berbincang dengan Profesor Sarah Banks berkenaan 'assignment', 'research', projek akademi latihan belia Malaysia dan paling menarik idea baru iaitu menubuhkan International Federation of Youth Worker. Jika pekerja sosial ada International Federation of Social Worker (http://www.ifsw.org/) pekerja belia masih belum ada. Atas semangat 'be the first' yang selalu saya terapkan dalam diri, saya bercadang bekerjasama dengan Prof. Sarah dan rakan-rakan lain menubuhkannya dan Durham menjadi tempat tercetusnya idea dan gerakkerjanya.
Sebelah malamnya saya menyertai sahabat-sahabat DurhamMy (Komuniti Malaysia Durham) ke Middlesborough menziarahi adik-adik pelajar Malaysia di sana. Mereka ini kebanyakkan bekas pelajar International Islamic College (IIC) yang menyambung 'degree' di sini. Di samping makan-makan program diisi dengan pengisian ilmu oleh Ustaz Maszlee.
Salji mula turun secara tebal hari ini, ini kali pertama saya menyaksikan saat pertama turunnya salji. Pada 2005, saya sampai ke UK pertengahan salji, jadi tak sempat melihat permulaannya. Kali ini lebih 'real'.
Selepas ini saya akan ke Glasgow menghadiri Perhimpunan Musim Sejuk ABIM UK. Saya akan membentang tajuk 'Cabaran Generasi Muda Menghadapi Islamophobia dan Modernisme'. Kemudian dengan 'trip' ke Geneva dan Paris InsyaAllah bagi membuka jaringan. Jika berkesempatan ke National Youth Agency di Leicester, UK.
Tugasan-tugasan lain yang harus saya selesaikan adalah 'research', menulis artikel berkenaan belia, menulis buku travelog kemabara dan fieldwork di Newcastle. Semoga ketemu semula salam Maalhihrah!
Rayuan untuk Syria
Khamis, Disember 17, 2009
Catatan Musim Salji
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan