Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Selasa, Februari 09, 2010

Kadampa Centre for Meditation

Satu pengalaman menarik hari ini apabila saya dan Steph, rakan sekelas melawat Kadampa Centre for Meditation (Buddha) di Darlington, 30 minit daripada Durham. Lawatan ini adalah inisiatif kumpulan kami iaitu Youth and Faith dalam subjek Personal and Professional Development untuk menegetahui asas-asas setiap agama. Saya didedahkan dengan asas-asas ajaran Buddha yang mengikut tradisi Mahayana. Saya juga diajar bagaimana bermeditasi dengan cara yang 'betul' untuk mendapat kebahagian hidup.

Sepanjang berada di sana, saya dan Steph dilayan dengan baik oleh seorang sami kulit putih (saya lupa namanya). Apa yang menarik bagi saya, apabila jadi sami mesti amalkan 5 perkara iaitu tidak boleh membunuh; tidak boleh mencuri; tidak boleh menipu; tidak boleh minum arak dan ambil dadah dan tidak boleh melakukan hubungan seksual dan kahwin! Di sini rahmatnya Islam, walaupun ada yang menjadi Ulama, namun ia tidak melanggar fitrah manusia dengan membenarkan golongan ini berkahwin dan berkeluarga. Syukurnya nikmat Islam dan Iman!

Berbicara tentang sami, di UK, Gordon Douglas merupakan orang Inggeris pertama ditauliahkan sebagai sami dan mengangkat sumpahnya di Sri Lanka yang akhirnya menukar nama kepada Bhikkhu Asoka (Weller, 2008)

Pusat meditasi ini telah diasaskan oleh Geshe Kelsang Gyatso kelahiran Tibet iaitu guru meditasi dan sarjana Buddha aliran Mahayana . Beliau tiba di UK sejak 1977 dan berterusan berusaha menubuhkan ajaran sebenar Buddhadharma di Barat. (http://kadampa.org/en/buddhism/venerable-geshe-kelsang-gyatso/)

Menurut buku Religious Diversity in the UK, pengikut Buddha di kalangan warga kulit putih UK pada 2001 adalah 38.8 %. Ini bermakna agak ramai orang kulit putih memeluk agama Buddha. Mungkin kerana mereka bosan dengan kehidupan 'liar' Barat yang sebenarnya tidak memberikan kepuasan dan ketenangan hidup yang haqiqi. Usaha umat Islam untuk menawarkan Islam kepada warga UK harus terus dirancakkan agar mereka dapat mengenali Islam yang menawarkan pakej kebahagian dunia dan akhirat.

Sebelum kami balik, kami diberikan risalah penerangan dan buku berkaitan meditasi terbitan Tharpa Publication (http://www.tharpa.com/uk/). Apa yang menyempitkan hati saya ialah apabila melihat banyaknya patung-patung Buddha dalam bilik meditasinya.

Tak sabar rasanya nak ke Sinagog Yahudi pula minggu depan!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I have been searching everywhere for this! Finally I found your site on Yahoo.

Thank you!

JANEEN
[url=http://teenzo.com/topblog/]fantastic[/url]