Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Sabtu, Mac 20, 2010

Kelas Juga Sudah Berakhir!

16 Mac merupakan hari terakhir saya menjalani kelas kerana Master saya adalah Taught Master. Kelas terakhir merupakan pembentangan kumpulan untuk Personal dan Professional Development (PPD). Dari 3 kumpulan Well Being Group, Sport and Creativity Group dan Youth and Faith Group, saya memilih untuk berada dalam grup yang ketiga. Hari terakhir kami mengadakan persembahan kumpulan membentangkan hasil dapatan sepanjang 14 minggu bersama dalam kumpulan.

Selain membentangkan kepentingan agama dalam perkembangan kerja belia dan komuniti, saya mempertegaskan kepentingan dialog antara agama dalam kerja belia sebagai alat untuk membentuk persefahaman, menghormati jiran berlainan agama, memerangi ketidakadilan, hidup secara positif dan mencari titik persamaan untuk bekerjasama membangunkan belia. Saya juga menekankan The Golden Rule yang menyatakan 'Treat Others as You Would Like to be Treated' Namun ia perlu diperhalusi agar tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya masih ingat tajuk ini kami perbahaskan dalam usrah Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) di Petaling Jaya yang diketuai perbincangan pada ketika itu oleh Dr. Sani Badron (Fellow IKIM) dan dimudahcarakan oleh Pengerusi HAKIM iaitu Dr. Mohd Farid Shahran.

Ini juga peluang saya untuk menerangkan Islam kepada rakan-rakan sekelas yang datang dari latarbelakang berbeza agama, kaum, negara dan bahasa. Rakan-rakan sekelas datang dari Nigeria, Zimbabwe, England, Scotland, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Afrika Selatan dan saya daripada Malaysia!

Selepas ini, saya hanya perlu menumpukan Kajian (research) dan Kerja Lapangan 2 (Fieldwork 2) dan saya menjangkakan untuk pulang terus ke Malaysia secepat mungkin.

Tiada ulasan: