Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Mac 29, 2010

Wisata ke Cardiff, Wales

Saya rasa bertuah apabila berada Cardiff, Wales baru-baru ini. Ini adalah perancangan saat akhir saya apabila dijadualkan menghadiri mesyuarat di Birmingham Isnin lepas. Saya fikir kalau pegi ke Cardiff dari Birm tentu murah dan perjalanannya agak dekat. Telahan saya tepat lantas saya terus putuskan untuk ke Cardiff selepas mesyuarat Student Committee of Community and Youth Worker Union (CYWU). Perbelanjaan keretapi daripada Durham ke Birm ditanggung oleh CYWU. Jadi saya hanya perlu membayar 30 pound sahaja untuk ke Cardiff. Jika tiada tajaan tiket keretapi daripada Durham mahu mencecah 130 pound!

Sampai di Cardiff dah Maghrib dan saya disambut sahabat lama saudara Nizam Shafie aka Chinon yang sudah 14 tahun saya tidak jumpa semenjak menjadi teman satu sekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Apa yang menarik tentang Chinon ialah beliau ambil PhD dalam bidang Silat!

Diringkaskan cerita, pada malamnya saya dijamu dengan nasi dan ayam di sebuah restoran yang cukup menyelerakan. Namun pertemuan yang tidak diduga ialah dengan saudara Muhaimin Sulam, blogger dan juga bekas Exco Pemuda PAS Pusat yang sudah kenali semasa pertemuan Mahabbah ABIM bersama Pemuda Pas Pusat 4 tahun lepas. Beliau sedang menghabiskan sisa-sisa terakhir masa beliau dengan menyiapkan PhD berkenaan ketokohan dan pemikiran Almarhum Dato' Fadhil Noor, Presiden PAS.

Namun lebih menarik pada keesokan harinya setelah mengungjungi Pusat Islam dan Kebudayaan al-Manar, saya berdialog bersama para pelajar Malaysia di Cardiff tentang isu semasa. Saya mengambil pendirian untuk lebih banyak mendengar kerana inginkan lebih banyak maklum balas mereka mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh ABIM. Antara yang disuarakan ialah peranan dan fokus ABIM terhadap menangani isu belia, ABIM harus pro-aktif dan tidak tertumpu hanya dengan menghabiskan masa dengan isu-isu yang timbul yang lebih bersifat bermusim dan paling penting menangani isu secara kolektif bersama gerakan dan pertubuhan Islam lain.

1 ulasan:

nusk berkata...

semoga ABIM lebih ke depan dalam menangani isu belia.