Antara pembelajaran interaktif saya dalam kursus Kerja Komuniti dan Belia ialah mengendalikan aktiviti 'Youth and Faith'. Selain grup ini, ada grup 'Well Being' dan 'Creativity and Sport'.
Saya memilih grup 'Youth and Faith' kerana ingin mengenali lebih dekat asas-asas agama lain, mempromosikan 'Interfaith Dialogue' dan juga cuba mengembalikan peranan agama dalam kehidupan masyarakat Barat khususnya belianya yang sudah parah apabila hidup tanpa Tuhan!
Minggu depan merupakan minggu terakhir saya, Steph (orang Scotland) dan Chuchu (orang Nigeria) untuk menyempurnakan tugasan dalam grup 'Youth and Faith' ini. Setakat ini kami telah melawat Masjid, Pusat Meditasi Buddha, interaksi bersama biarawati Gereja Methodist, dan melawat Kuil Hindu. Cuma saya masih mencari ruang untuk melawat Sinagog dan berinteraksi dengan komuniti Yahudi UK kerana peluang ini tiada di Malaysia!
Jumaat lepas saya mengetuai lawatan membawa sekumpulan belia tempat saya fieldwork melawat Kuil Hindu. Cuma apa yang menarik saya ialah generasi muda amat diraikan di Kuil dan mereka turut menghadiri upacara ritual kuil. Di samping itu, kuil turut menyediakan program untuk belia-belia Hindu seperti kelas bahasa Hindi dan kelas muzik. "Ju, church is not friendly with our young generation! Even they do not like the young generation to come to church", kata Mr. John Derisi, tutor fieldwork saya. Saya kaget dengan kenyataan beliau namun saya rasa bersyukur kerana Masjid di UK ni turut dipenuhi anak-anak muda yang bersemangat dengan agama mereka!
Namun setakat ini, saya masih mencari buku hasil tangan Karen Amstrong bertajuk "Muhammad the Prophet of our Time" bagi terus meneguhkan keyakinan bahawa hanyalah Islam agama yang benar dan diredhoi Allah dan harus ditawarkan kepada masyarakat dunia yang sudah parah hidup dalam kemendungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan