Selepas lima bulan berada di Durham bertapa menambahkan ilmu dengan menamatkan kursus Community Policy and Practice, Management in Community Settings, Professional and Personal Development, Youth Policy and Practice, Research dan Fieldwork saya mula memuat turun pelbagai disiplin ilmu Barat yang bersandarkan Euro Centric. Semua ini mendorong saya untuk menilai semula semua ilmu kontemporari yang datang dari Barat dan cuba mencari acuan Islami dalam kerangka Asia yang menyanjung tinggi asas agama dan spiritual. Sebab itu dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia atau Nahdah Asia atau Asian Renaissance karya Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelaskan '...religion and spiritually run deep in the Asia psyche".
Ini mendorong saya untuk membuka semula buku berkaitan Islamization of Knowledge yang dipopularkan oleh Almarhum Ismail Faruqi dan Profesor Dr. Syed Muhammad Naqib al-Attas dan menilai kembali peranan Universiti Islam Antarabangsa dalam hal ini.
Dalam bidang saya iaitu kerja belia, ia merangsang saya untuk menulis buku asas berkaitan 'Kerja Belia' bagi memberikan panduan kepada pimpinan, pekerja dan sukarelawan belia untuk melaksanakan kerja belia berdasarkan ilmu dan gerak kerja yang strategik dalam kerangka peradaban Asia, adat ketimuran Nusantara dan prinsip kenegaraan Malaysia. Keluhan rakan saya, saudara Lee Kwan Meng yang membuat PhD dalam bidang belia di Malaysia ialah amat sukar untuk diketemukan bahan-bahan rujukan berkaitan. Ini bermakna, hampir sedikit rujukan berkaitan pengajian belia ditulis dalam bahasa Melayu oleh orang Malaysia! dengan rujukanIa juga mendorong saya untuk maju terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu PhD!. (Kalau buat PhD di UK semula boleh bawa Azla, Aishah dan Khadijah, ok ke? tapi buat di Malaysia pun ok juga.)Ia sekaligus menguatkan lagi azam dan iltizam saya untuk meninggalkan dunia kepimpinan belia buat sementera waktu. Dengan harapan dalam 'tempoh bertenang' tersebut saya mampu dengan izin Allah untuk menghasilkan idea-idea sejagat untuk umat dengan impak maksima sebagaimana yang dicetuskan oleh pemuka-pemuka ilmu seperti Malek Ben Nabi, Rabindranath Tagore, Muhammad Iqbal, Maulana Rumi dan Sun Yat Sen.
Saya masih teringat kata-kata Pengerusi Himpunan Ilmuwan Muda (HAKIM), Dr. Farid Shahran yang juga merupakan pembimbing saya bahawa terlibat dalam dunia keintelektualan juga bermakna terlibat sebagai aktivis keilmuan!
Semoga Allah merahmati usaha ini.
Rayuan untuk Syria
Selasa, Mac 09, 2010
Selepas 5 Bulan di Durham
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan