Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Mei 31, 2010

Interaksi Bersama Mahasiswa Universiti Barcelona

Peluang berinteraksi bersama Mahasiswa Universiti Barcelona memang amat dinantikan. Mereka dalam kerangka lawatan sambil belajar ke United Kingdom meninjau perkembangan hal ehwal belia di sini.

Sebagai pelajar dalam jurusan Kerja Komuniti dan Belia, kami menjadi hos mereka apabila mereka datang melawat Universiti Durham. Selain membawa mereka bersiar-siar sekitar bandar Durham, satu pembentangan dan perbincangan berkaitan isu belia di Barcelona. Saya masuk dalam perbincangan 'Youth Justice in Catalonia'. Catalonia adalah nama lain bagi Barcelona. Catalonia merupakan bangsa tersendiri, mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan bahasa Sepanyol. Menurut majalah TIME yang terkini, di dalam skuad Piala Dunia Sepanyol ada sekuarang-kurangnya enam pemain yang berasal dari Catalonia termasuk Carlos Puyol dan Xavi Hernandez. Mereka bercita-cita menghantar pasukan bola sepak Catalonia ke Piala Dunia pada masa hadapan tanpa perlu bergabung dengan Sepanyol. Dalam kata lain mereka berhasrat menjadi sebuah negara merdeka!

Helena Zamorano walau tidak fasih berbahasa Inggeris namun beliau berjaya berkongsi pembentangan dengan baik berpandukan nota yang dibekalkan. Helena merupakan kaunselor di Pusat Pendidikan Pesalah Juvana (14-18 tahun) atau dikenali sebagai 'Young Offenders Institution'. Ia adalah umpama penjara kepada pesalah juvana atau di Malaysia ia adalah sama seperti Sekolah Henry Gurney.

Menurut Helena, Pusat ini adalah langkah terakhir kepada pesalah juvana dihukum selepas hukuman kerja komuniti, kaunseling, amaran, dan 'probation'. Kebanyakkan pesalah juvana yang menghuni Pusat ini adalah imigran daripada Morocco (80 peratus) dan selebihnya pesalah tempatan. Saya tertanya mengapa pesalah asing lebih ramai daripada pesalah tempatan?.
Namun soalah ini saya tak sempat tanya walaupun saya antara yang aktif bertanyakan soalan kerana Sepanyol merupakan negara yang dalam kajian saya. Mungkin kerana Barcelona antara tempat paling banyak berkembangnya populasi imigran.

Di Barcelona terdapat 20 peratus bilangan penduduk belia (15-30 tahun) daripada 7 juta penduduknya. Sepanyol mempunyai kadar pengangguran yang amat tinggi di Eropah iaitu 19.1 peratus (The Economist, 29 Mei-4 Jun 2010) dan sudah tentu ia memberi kesan kepada ekonomi generasi muda di sana. Di Sepanyol tiada profesyen sebagai pekerja belia seperti di UK namun kerja belia dilaksanakan oleh pekerja sosial. Di Barcelona juga mempunyai 'Catalan Youth Agency' atau 'Catalan Youth Observatory' (OCJ) yang berperanan memandu polisi belia dan memastikan polisi ini menemui kepentingan dan keperluan belia Catalonia.

Tiada ulasan: