Setelah tiga minggu menghabiskan masa di Malaysia, kini saya berada semula di UK. Semasa di Malaysia tiada kesempatan menulis kerana sibuk melayan anak-anak, memenuhi jemputan dan membuat tugasan assignment.
Terasa tiga minggu sekejap sahaja masa berlalu. Sebelum berangkat ke Malaysia, saya bermalam di rumah saudara Azuan, bekas Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) dan kini saya berada semula di rumah saudara Azuan di Reading untuk menyertai sidang pemegang biasiswa Chevening di Universiti Bath di mana peninggalan kesan tamadun Rom di situ. Saudara Azuan banyak membantu saya semasa saya kesuntukan masa untuk lapangan terbang Stansted untuk berlepas ke Malaysia tempoh hari, saudara Azuan banyak membantu dengan menghantar saya terus ke Stansted.
Semalam bila tiba di Stansted London, saya terasa keseorangan dan kesunyian setelah biasa berada di samping anak-anak dan isteri. Kita tiada lagi! Setelah solat Dhuha, saya mengambil keputusan untuk pulang terus ke Durham dan membatalkan hajat ke Universiti Bath. Namun hati terasa kuat semula untuk ke Bath. Sampai sahaja di Durham dan selepas meletak beg dan mengemaskini maklumat di email saya terus semula ke Bath
Tiada ulasan:
Catat Ulasan