Bath merupakan sebuah tempat terletak di bahagian Selatan dan Barat England. Keluar sahaja stesen keretapi Bath Spa, saya perhatikan pemandangan dan rekabentuk bangunan yang sedikit berbeza dengan tempat-tempat lain di UK khususnya England. Pemandangan dan persekitaran amat cantik. Mungkin ini semua kerana kesan-kesan peninggalan Rom di situ menyebabkan is berbeza dengan tempat lain. Bath antara satu-satunya tempat di UK yang kelihatan peninggalan tamadun Rom.
Tujuan saya ke Bath atau dalam bahasa Melayunya 'Mandi' adalah menghadiri persidangan pemegang biasiswa Chevening yang dianjurkan sendiri oleh pemegang biasiswanya dan mendapat sokongan daripada Pejabat Komanwel (FCO).Biasiswa Chevening dianugerahkan oleh Kerajaan Britain kepada para pelajar dari seluruh dunia yang dikatakan 'somebody' in the future di negara masing-masing. Ia merupakan anugerah berprestij apabila mengumpulkan pelbagai golongan berpengaruh meliputi pegawai kerajaan, aktivis NGO, wartawan, peguam dan lain-lain sebagai penerimanya.
Walaupun baru tiba dari Malaysia, saya gagahkan juga ke Bath dari Durham sejauh 4 jam lebih menaiki keretapi laju. Tambangnya mencecah 120 pound tapi FCO yang taja, jadi no hal la! Di forum ini saya sempat bertemu dengan pemegang biasiswa Chevening yang datang dari seluruh dunia yang belajar di UK terutamanya dari Amerika Latin yang cuba membuat networking. Perbincangannya amat baik dan saya berpeluang berinteraksi, berdebat, bertukar idea dalam pelbagai isu yang dibincang dalam persidangan sehari tersebut. Dalam bengkel perbicangan yang dipanggil Barcamp, saya mencadangkan 'Youth Exchange dan Internship' sebagai usaha penerus selepas habis belajar di UK agar jaringan yang terbina berterusan dan bermanfaat. Perbincangan lanjut boleh diperolehi di http://www.openinnovate.co.uk/cheveningforum/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan