Musim bunga mula tiba di Durham. Pemandangan dan panorama menarik sekitar Durham amat menyegarkan.
Walaupun musim bunga cuaca masih sejuk dan masih terpaksa memakai baju dua lapis. Siang hari lebih panjang dari malam, jam 2.30 pagi dah masuk Subuh, Maghrib 8.45 malam dan Isyak 10.20 malam!
Tinggal lagi 4 bulan untuk menghabiskan masa di Durham, mesti kuatkan semangat untuk berjaya. Rahsia kejayaannya adalah kita mesti memujuk dan memotivasikan diri untuk maju kehadapan.
Tinggal bab analisis data untuk 'Research', satu assignment dan Fieldwork 2 untuk menamatkan Kursus Master Pengajian Komuniti dan Belia.
Masa empat bulan ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan ilmu. Ia nya harus diisi dengan kajian, pembacaan, mengembara, penulisan dan perbincangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan