Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, Mei 13, 2010

Himbauan Program di Malaysia

Setelah tiga minggu menghabiskan masa di Malaysia untuk Kajian dan Bercuti, banyak perbincangan dan pengalaman yang menarik saya lalui. Sebahagiannya telah dibantu dicatat oleh sahabat-sahabat yang hadir dalam perbincangan dengan saya seperti bersama PKPIM oleh saudara Wasif di http://ilmuwan-w.blogspot.com/2010/04/pkpim-bersama-abang-jufitri-johagptd.html dan pertemuan di MIAT oleh saudara Zul Amin Ghazali di http://penjejakkebenaran.blogspot.com/2010/04/perkongsian-di-miat.html

Namun pertemuan bersama mentor saya Profesor Dr. Azimi Haji Hamzah (gambar di atas), Ketua Unit Pengajian Belia, Universiti Putra Malaysia (UPM) amat mengujakan. Banyak pesanan spiritual dan hembusan ilmu serta hikmah telah dititipkan selama sejam pertemuan bersama beliau. Tidak lekang beliau berpesan agar jangan lupa mendirikan Qiamullail sambil mengajak saya menyertai kumpulannya dalam penyelidikan belia.

Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan dalam membangunkan belia (Formula 3E: Ensuring-Enabling-Empowering) masih panjang ranjau dan memerlukan komitmen terbaik. Beliau juga turut mengingatkan agar terus mencari akhirat dan tidak perlu risau kerana dunia pasti akan datang sendiri kepada orang yang mencari akhirat. Umpama kita menanam pokok durian (simbolik kepada cita-cita besar yang bersifat ukhrawi) pastinya akan datang tumbuh rumput (cita-cita dunia yang diibaratkan terlalu murah ibarat rumput) di sekeliling pokok durian tersebut. Durian dapat, rumput pun dapat!

Beliau turut berkongsi penemuan menarik oleh beliau tentang anak muridnya yang menemui formula dalam al-Quran untuk mencari sumber minyak yang boleh bertahan selama 300 tahun. Selain itu kajian beliau berkenaan JKKK di Negeri Sembilan yang hasil dapatannya adalah berkenaan masalah kepimpinan dalam JKKK.

Beliau turut memberitahu bahawa, Universiti Malaysia Sabah berhasrat membuka unit pengejian belia di sana. Ia merupakan Universiti kedua selepas UPM yang menawarkan pengajian belia.

Tiada ulasan: