Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Mei 17, 2010

Loughborough dan Jabulani

Ketika berhempas pulas menyiapkan tugasan 'Management in Community Settings', saya diajak oleh sahabat baik Ustaz Maszlee Malek ke Loughborough untuk menemani beliau berceramah sempena memperingati Nakbah (Penderitaan) Palestin yang 62 tahun. Saya masih ingat dua tahun lepas saya bersama-sama Cikgu Azmi (Presiden Teras Pengupayaan Melayu) dan rakan-rakan pertubuhan Islam bertungkus lumus membuat persiapan menggerakkan kesedaran 60 tahun peristiwa Nakbah kepada masyarakat Malaysia.

Sepanjang perjalanan ke Loughborough saya Ustaz Maszlee dan Ustaz Jailani berbual panjang berkaitan ilmu dan isu semasa. Terasa singkat perjalanan 3 jam tersebut kerana kami ligat berbual pelbagai isu termasuk perbincangan berkenaan fahaman Universalism dan Cultural Relativism. Selesai Ustaz Maszlee berceramah, saya sempat berkenalan dengan beberapa individu seperti Ustaz Mazrul dari Majlis Syura Muslimin (MSM). Banyak yang kami bualkan termasuk kerjasama MSM dan ABIM UK.

Loughborough merupakan kawasan kecil yang terletak di 'East Midland' England. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah di sini terletaknya Universiti Loughborough yang bertanggungjawab membuat penyelidikan secara bersama dengan Adidas tentang bola berjenama Adidas. Hasil penyelidikan terbarunya berjaya menghasilkan bola rasmi Piala Dunia 2010 yang berjenama Adidas dan bernamakan Jabulani. Universiti Loughborough juga bertanggungjawab membuat penyelidikan dan menghasilkan bola rasmi untuk kejohanan berprestij seperti Piala Dunia 2006 dan Euro 2008.

Jabulani merupakan bahasa Zulu di Afrika Selatan yang bermakna 'untuk merayakan'. Bahasa Zulu merupakan bahasa yang dituturkan oleh 25 peratus penduduk Afrika Selatan. Jabulani mempunyai sebelas warna yang membawa maksud sebelas pemain bola dalam sesebuah pasukan. Ia juga melambangkan sebelas bahasa yang terdapat di Afrika Selatan dan juga sebelas puak yang terdapat di sana. Bola ini telah diuji oleh pemain-pemain bintang seperti rank Lampard, Michael Ballack, Petr Cech dan Kaka serta bakal digunakan di Pila Dunia 2010.

Dalam hati saya berkata: "Hebat, bola pun orang buat penyelidikan"!

Tiada ulasan: