Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, September 16, 2010

Kenangan di Durham County Council


Ketika mengenali Jim Cordon di Pelton Youth Centre terasa seronok kerana beliau merupakan ahli politik Parti Buruh yang pernah menerima pingat daripada Kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana beliau pernah berkhidmat di Malaysia dalam perkhidmatan tentera. Perkenalan dengan beliau membawa saya ke Persidangan Bulanan Durham County Council apabila beliau menjemput saya menghadiri dan mengalami sendiri bagaimana suasana politik di Durham. Di sana saya bertemu ramai ahli politik dari Parti Buruh, Konservatif dan Liberal Democratic.

Durham merupakan kubu kuat Parti Buruh pimpinan bekas Perdana Menteri Gordon Brown di mana Durham terletak di kawasan Utara Timur England yang sememangnya kuat ampuh Parti Buruh. Tony Blair misalnya merupakan bekas Ahli Parlimen Sedgefield yang terletak dalam kawasan Durham dan calon utama untuk jawatan Ketua Parti Buruh juga berasal dari Utara Timur iaitu pasangan adik beradik Miliband.

Pengalaman berada dalam Persidangan Bulanan Durham County Council ala Dewan Undangan Negeri (DUN) Malaysia memberikan pengalaman berada di UK apatah lagi apabila Speaker Dewan mengalu-alukan kedatangan saya sebagai wakil ABIM dan tercatat dalam sejarah di muka surat tiga minit mesyuarat mereka di :

http://www.durham.gov.uk/MINAGENDASPDF/County%20Council/280710_Minutes300610_13.pdf

Tiada ulasan: