Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, Mei 04, 2011

Siri 10 : Menjengah ke Bumi Abrahah



Semasa di bangku sekolah saya selalu dikisahkan dengan kisah Abrahah menyerang Kaabah kerana sifat dengki dan iri hati Abrahah bin as Sobah bin Yaksum yang tidak senang melihat Mekah sebagai tempat tumpuan pedagang dan pelawat. Kisah Ashabul Fil ini mashyur di mana Abrahah telah membina sebuah gereja di Sana’a, Yaman untuk menyayingi kehebatan dan kemashyuran Kaabah pada ketika itu. Apabila geraja yang Abrahah bina ini masih tidak mendapat menandingi jumlah kalayak yang mengunjungi Kaabah, maka Abrahah memutuskan untuk menyerang Kaabah dengan membawa bala tentera gajah yang menurut riwayat Imam al Khazin gajahnya amat besar dan amat kuat. 

Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia, akhirnya Allah mengutus burung Ababil memusnahkan mereka dengan melemparkan batu-batu dari neraka yang apabila terkena atas kepala tentera Abrahah maka keluar mengikut dubur mereka. Begitulah peristiwa yang saya cuba ingati ketika bergambar di hadapan runtuhan gereja yang dibina oleh Abrahah. Seingat saya, rakan yang menemani saya ketika melawat gereja Abrahah tersebut, memberitahu saya bahawa gereja itu amat tinggi dan dikatakan apabila seseorang berada di puncak gereja itu, maka teluk Aden dapat dilihat dengan jelas.

Begitulah falsafah rihlah atau mengembara menurut Dr. Adi Setia di dalam makalahnya di mana kaum muslimin disuruh mengamati ayat-ayat ciptaan Allah di bumi dan di angkasaraya, termasuk di dalam masyarakat manusia itu sendiri, demi mengambil pengajaran, pelajaran dan iktibar daripada nasib yang menimpa bangsa-bangsa terdahulu di samping belajar daripada pengalaman penduduk negara yang dikunjungi. Begitulah dalam peristiwa Ashabul Fiil di mana usaha manusia kerdil untuk memusnahkan rumah Allah yang akhirnya menemukan jalan yang sia-sia. Manusia yang lemah ini tidak akan sama sekali dapat melawan kuasa ‘Prime Mover’ ini. Sebaliknya manusia harus akur, tunduk dan taat kepada Sang Pencipta.


Dalam setiap, saya pasti akan mencari peluang dan ruang bertemu dan berinteraksi dengan pelajar Malaysia. Ini adalah kerana saya amat berminat mengetahui hal ehwal kehidupan seorang pelajar di negara orang. Di samping itu saya dapat berkongsi pandangan, ilmu dan pengalaman mereka serta memberikan sedikit kesedaran kepada mereka agar apabila mereka balik ke tanahair kelak, mereka akan mencurahkan ilmu mereka timba di negara asing serta berkhidmat untuk pembangunan Islam.

Dalam konteks negara Yaman, saya sempat bertemu dan beramah mesra dengan PERMAYA, iaitu Persatuan Pelajar Malaysia Yaman. Permaya yang ditubuhkan pada tanggal 1 Ramadhan 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1997 bermatlamatkan mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar Malaysia di bawah satu bumbung persatuan dan dalam masa yang sama bertindak sebagai badan kebajikan pelajar. Di samping itu juga, PERMAYA menjadi saluran dan suara rasmi pelajar Malaysia di Yaman.

Sesi 2006/2007, PERMAYA dipimpin oleh Ustaz Syed Mohd Azwan b. Syed Yahya. Saya berasa bertuah kerana ziarah saya di Yaman dihos sendiri oleh Ustaz Syed. Banyak yang saya belajar tentang Yaman daripadanya. Justeru pemahaman saya tentang suasana politik, ekonomi, sejarah, sosial dan agama di Yaman dapat dimaksimakan dan dipercepatkan dengan bantuan seorang ‘pemandu pelancong percuma’ seperti Ustaz Syed. Ini satu tips berguna untuk anak muda yang tidak sangat berduit atau ‘sengkek’ tetapi berhasrat melancong ke mana-mana di muka bumi Allah ini. Selain dapat khidmat pemandu pelancong percuma, jika rezeki baik, mungkin dapat makan dan tempat tinggal percuma jika kita berbaik-baik dengan pelajar-pelajar Malaysia di perantauan. Lagipun mereka amat suka menjadi hos dan bertemu dengan rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tempat mereka menimba ilmu.


Apa yang menarik tentang PERMAYA ialah sikap keterbukaan mereka dalam menerima kepelbagaian dan kerencaman pemikiran umat Islam. Kehadiran saya di bumi Yaman adalah mewakili ABIM menghadiri persidangan Palestin Rabithah Syabab Muassasah al-Quds, namun saya diterima dengan baik oleh PERMAYA bertepatan dengan slogan mereka ‘Ukhwah Dierat, Menjulang Syraiat’. Walaupun berlainan aliran pendekatan perjuangan, namun mereka amat terbuka untuk berkerjasama dengan ABIM kerana matlamat perjuangan adalah sama iaitu memastikan agama Islam terus berkembang ke seluruh dunia. Besar Harapan umat, agar PERMAYA akan melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin umat yang memainkan peranan dalam lubuk masyarakat dengan ilmu yang ditimba di Universiti Sains dan Teknologi, Universiti Sana’a, Universiti Saba’, Darul Mustafa dan Rubat Tareem. PERMAYA boleh dilayari di http://www.permaya.org.

Tiada ulasan: