Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Jumaat, Ogos 26, 2011

Siri 17 : Kota Singa dan Persidangan Dakwah Antarabangsa



I Luv Islam : 19 - 25 Ogos 2011 / 19 - 25 Ramadhan 1432 H
 
Saya tidak dapat tidur lena bila menaiki sebuah bas yang terlalu laju dipandu. Ingatkan mat remput sahaj laju rupanya pemandu bas pun boleh tahan juga rempitnya. Seawal jam 5 pagi saya dan sahabat saya saudara Raimi sudah tiba di Kota Singa. Keletihan badan tidak saya hiraukan kerana perasaan yang seronok dan melonjak-lonjak untuk menyertai sebuah anjang pertemuan para daie (pendakwah) dari seluruh dunia.

Persidangan Dakwah Antarabangsa atau IDCSg 2011 merupakan acara julung-julung kali di anjurkan oleh The Muslim Converts' Association of Singapore atau nama popularnya Darul Arqam Singapore sempena sambutan 30 tahun penubuhannya. Kali terakhir Darul Arqam menganjurkan persidangan seumpama ini ialah pada tahun 2000.

IDCSg 2011 merupakan kesinambungan IDCSg 2000 yang menyediakan pentas dan platform untuk para daie bertukar pengalaman menarik dalam kaedah dan strategi da’wah berkesan. Apa yang menarik dan uniknya IDCSg 2011 ialah ia membincangkan tentang pengalaman hidup sebenar muslim minoriti di beberapa buah negara seperti Itali, Australia, Filipina, Singapura dan Amerika Syraikat. Apa yang menjadi lebih menarik minat saya untuk hadir ke IDCSg 2011 ialah perkongsian pengalaman dari negara-negara yang jarang sekali bahkan tak pernah pun kita dengar perkembangan muslim minoriti di Guyana, Fiji, Papua New Guinea, Slovenia, Rwanda dan Trinidad dan Tobago. Ditakdirkan Allah, kami di ABIM masih belum ada jaringan istimewa dengan muslim minoriti dari negara-negara ‘pelik tersebut’, nah inilah berpeluang untuk bersilaturahmi dan menambah koleksi jaringan global ABIM.

Pelbagai isu menarik dibincangkan berkaitan dengan pengalaman dan cabaran dakwah di negara masing-masing. Antara yang menarik ialah perkembangan umat Islam di Slovenia. Saya yakin sebahagian besar umat Islam Malaysia langsung tidak mengetahui perkembangan umat Islam di Malaysia bahkan tidak menyedari kewujudan umat Islam di Slovenia. IDCSg merupakan platform yang terbaik bagi Faila Pasic Bisic, Ahli Parlimen Slovenia mengkisahkan perkembangan dan cabaran umat dakwah di negara bekas empayar Yugoslavia itu kepada aktivis-aktivis dakwah dari seluruh dunia.

Slovenia yang terletak di rantau Balkan dihuni oleh lebih kurang 2.4 peratus Muslim yang kebanyakkannya daripada etnik Bosnia dan Albania. Sebagai antara komuniti Muslim termuda di Eropah, Faila yang juga beretnik Bosnia menyatakan bahawa mereka amat memerlukan sokongan, motivasi dan inspirasi dari rakan-rakan dakwah dari negara lain yang jauh terkehadapan. Beliau turut berpesan bahawa cabaran-cabaran yang dilalui oleh umat Islam di seluruh dunia tidak hanya dapat diselesai secara berseorangan bahkan harus ditangani secara kolektif dan kerjasama kemanusiaan dan perpaduan umat.

Faila yang berhijrah ke Slovenia sewaktu perang Bosnia meletus, menyatakan bahawa antara cabaran terbesar umat Islam di Slovenia ialah “No halal food, no islamic shops, clothes, no mosques, no madrasa, nothing at all. But alhamdulillah we still exist and insist”. Sebesar mana pun cabaran dan rintangan, pendakwah yang beriman seperti Faila memandangnya sebagai kecil berbanding Allah yang maha besar. Sebab itu tergambar kecekalan beliau untuk terus menyebarkan syiar Islam di bumi Slovenia dalam masa yang sama tidak lupa untuk membantu perkembangan Islam di tanahairnya iaitu Bosnia. Pembaca budiman boleh melihat projek dakwah dan kemanusiaan beliau di laman web ini www.up-jesenice.org

Hajat kami untuk menjemput Faila melawat Malaysia tidak kesampaian kerana beliau terpaksa pulang ke Slovenia. Namun kembara saya ini turut dapat menyaksikan kepesatan kota Singa ini yang saya dapati terlalu ketara pembangunannya berbanding lawatan terkahir saya ke sana pada tahun 2007. Saya mendapati umat Islam di sini mempunyai kualiti untuk memimpin umat Islam global kerana mereka berjaya mengharungi cabaran berdakwah di negara yang mempunyai kemajmukan etnik dan di tengah-tengah kepesatan arus kemodenan.

Tiada ulasan: