Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Julai 02, 2012

Rihlah Ilmiah



Pertemuan ilmiah dengan Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS-UTM minggu lepas merupakan pertemuan yang amat bermakna bagi kami pimpinan ABIM seperti saya. Pertemuan yang padat dengan bicara ilmiah memberikan kepuasan dan kefahaman yang bermakna dalam menentukan kerangka pemikiran bagi menghadapi cabaran pemikiran yang semakin rencam.

Pertemuan beberapa pasang mata ini juga meneruskan tradisi pimpinan ABIM menziarahi tokoh-tokoh Ilmuan yang mampu memberikan pencerahan pemikiran dan idea-idea baru bagi memberi pedoman memimpin umat.

Bukan senang menjadi pimpinan apatah lagi menjadi ‘thought leader’ yang sentiasa harus memberikan panduan dan solusi tuntas kepada umat dalam menyelesaikan isu-isu umat.
Perkenalan saya bersama Profesor Wan sudah berlangsung kesekian lamanya semenjak di ISTAC-IIUM menjadi laman permainan intelektual saya ketika berada di bangku universiti sekitar awal tahun 2000 sebelum ‘kejatuhan’ zaman kegemilangan ISTAC di bawah kepimpinan Proesor Al-Attas. Walaupun dulu saya kurang memahami maudhu’ yang diperbahaskan di Batul Hikmah versi Malaysia ini, namun kerana minat mendalam dan kesedaran yang tinggi peri pentingnya ilmu saya banyak bersabar dalam bermulazamah bersama ilmuan dan felo ISTAC khusunya guru pemikiran haraki saya Dr. Farid Shahran. Suhbah yang berpanjangan dengan Dr. Farid melahirkan idea penubuhan Himpunan Kelimuan Muda (HAKIM) yang didokong oleh ahli dan pimpinan ABIM.



Berkat kesabaran ini, saya rasa begitu bersyukur kerana ilmu yang selama ini ‘memeningkan’ saya terlalu amat berharga dan berguna ketika memimpin nadi umat dalam memahami kerencaman pemikiran seperti ‘transcendental unity of religion’ yang dibawa oleh Frithjof Schoun dan lain-lain. Saya mula membaca semula karya-karya berat mereka seperti Islam in the Modern World hasil sentuhan bertenaga Profesor Syed Hossein Nasr.

ABIM dalam tamrinnya baru ini sekali menegaskan kepentingan menelaah karya-karya pemuka ilmu seperti Profesor Al-Attas, Almarhum Profesor Faruqi dan Profesor Syed Hossein Nasr. Inilah keunikan ABIM dengan ‘Manhaj Malizi’nya yang mendidik abnaknya untuk belajar dari banyak mahaguru bagi memperkayakan tradisi budaya ilmu yang sudah mengakari gerakan Islam ini.

Namun di akhir sentuhan pertemuan bersama Profesor Wan menyarankan agar kami mula berijtihad untuk memilih kerangka pemikiran untuk dipegang sama ada kerangka Al-Attas, Faruqi, Fazlur Rahman mahupun Syed Hossein Nasr, sudah tentu saya sudah lama mempunyai jawapannya. Saya harus terus menelaah Rihlah Ilmiah....

Tiada ulasan: