Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Ahad, Julai 08, 2012

Ziarah Ulama Utara



Kunjungan ke Utara adalah dalam tugasan saya untuk merasmikan Muktamar ABIM Kedah dan Perlis. Kesempatan ni lebih bermakna apabila saya memanfaatkan masa yang ada untuk menziarahi para ilmuan dan ulama. Inilah budaya yang dididik kepada saya untuk mendampingi ulama dan meminta nasihat. Lebih ramai ilmuan yang ditemui lebih luas horizon pemikiran dan ufuk pandangan hidup kita. Ini membawa kita kepada menghayati makna dan hakikat hidup yang sebenar agar dapat dijadikan kerangka untuk kita bertindak, bernilai dan membuat kesimpulan dan keputusan penting dalam hidup.


Tuan Guru Abdul Majid Abu Bakar, Mudir Am Maahad Tarbiah Islamiah Derang dan Sahibus Samahah Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya antara yang diziarahi oleh saya. Rasa bahagia dan senang menyelinap di seluruh jiwa kerana dapat bersama orang alim bahkan menambahkan semangat untuk terus berjuang menegak agama Allah.

Pertemuan bersama Dr. Juanda amat memberikan tanwiri atau pencerahan terutamanya dalam mencari penyelesaian permasalahan dan isu umat. Dari isu Memali ke isu Bersih hinggalah ke isu masa depan politik Negara. Namun apa yang menarik ialah saranan beliau untuk memahami isu daulah dan politik Islam harus menelaah karya ‘heavyweight’ iaitu Ahkam Sultaniyaah karangan Imam Mawardi dibaca bersama dengan Ghias al-Umam fi Ghias al-Zulam karangan Imam Juwaini di samping menekuni pemikiran dan penulisan Sheikh Rachid Ghanoushi bagi mempertajamkan strategi memahami  politik semasa Islam dan siyasah al-syari’yyah.

Tiada ulasan: