Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, September 27, 2012

Diskusi Hi Tea bersama Duta Amerika Syarikat berkaitan isu Innocence Muslim dan lain-lain.

Mewakili ABIM, saudara Jufitri Joha, Naib Presiden berpeluang bertemu Duta Amerika Syarikat di kediaman beliau di Kuala Lumpur dalam satu sesi informal tertutup diskusi Hi Tea berkenaan isu kontroversi melibatkan filem pendek Innocence Muslim dan beberapa isu lain. Ini merupakan usaha yang baik daripada pihak Kedutaan Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan pandangan pimpinan Ngo Islam berkenaan isu ini di samping mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang. Turut serta ialah wakil IKRAM, Crescent Collective, Sister in Islam dan Islamic Renaissance Front (IRF). Duta Paul W. Jones mengambil peluang menjelaskan pendirian Kerajaan Amerika Syarikat yang sudah meminta pihak Google menyekat video tersebut namun beliau memaklumkan bahawa pihak Google hanya boleh menarik video tersebut di beberapa buah negara sahaja kerana terikat dengan polisi dan keadaan sesebuah negara. Tambahan pula Kerajaan Amerika Syarikat sudah memohon maaf secara rasmi kepada Umat Islam melalui Presiden Obama sambil menjelaskan mereka tiada kaitan dengan video tersebut. Wakil Ngo Islam termasuk Duta Paul W. Jones juga turut bersetuju bahawa umat Islam ada hak untuk menyatakan bantahan secara aman atas tema ‘kasihkan Nabi’ dan ‘freedom of expression’ dan namun mengutuk tindakan ganas sehingga terbunuhnya Duta Amerika Syarikat di Libya. Pertemuan ini juga digunakan untuk berkongsi keindahan dan akhlak Nabi Muhammad serta mengapa umat Islam marah keranan mempunyai ‘sentimental value’ apabila insan yang mereka kasihi dihina dan dicaci. Namun pandangan peribadi saya, walaupun kita mengutuk pembunuhan Duta Amerika di Libya yang tidak bersalah tersebut namun pembunuh yang telah ‘overreact’ tersebut mempunyai ‘mitigating factors’ atas tindakan beliau seperti latarbelakang rakyat Libya yang hidup lama di bawah pemerintahan kediktatoran serta beberapa polisi dan tindak tanduk Amerika yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti yang terjadi di Afghanistan, Iraq dan negara-negara Islam lain. Di akhir pertemuan telah dicadangkan agar lebih banyak program bersama diadakan bagi mewujudkan persefahaman dan penghormatan sesama penganut agama khususnya membawa rakyat Amerika datang ke Malaysia bagi melihat sendiri keindahan dan kemajuan umat Islam di Malaysia melalui program pertukaran budaya ‘people to people’.

Tiada ulasan: