Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Khamis, Disember 20, 2012

A World without Zionist


Oleh: Jufitri Joha, Naib Presiden Antarabangsa ABIM.

Serangan operasi “Pillar of Defense” selama 8 hari rejim Zionis ke atas Gaza baru-baru ini berakhir dengan gencatan senjata yang ditaja oleh Presiden Mesir Dr. Morsi. Ini merupakan kemenangan moral kepada rakyat Palestin khususnya Gaza kerana Israel tidak akan bersetuju untuk melakukan gencatan senjata melainkan secara tidak langsung mengakui pihak Hamas mempunyai kekuatan tersendiri. Penganalis politik antarabangsa seperti Ahmad Azam Abdul Rahman, Pesuruhjaya Union of Ngos in the Islamic World (UNIW) turut menyifatkan peristiwa Mesir menaja gencatan senjata menunjukkan satu lanskap potitik baru telah muncul di Asia Barat khususnya selepas peristiwa thaurah sya’ab atau kebangkitan rakyat. Serangan biadap ini berlaku ketika munculnya fajar Muharram seolah-olah rejim Zionis ingin menguji keimanan dan kesabaran umat Islam dan pecinta keamanan di seluruh dunia.

Ini merupakan sebahagian strategi tidak bertamadun rejim Zionis sebagaimana yang turut dilakukan mereka ketika umat Islam Palestin menyambut kedatangan Ramadhan. Serangan ini meragut 173 nyawa rakyat Gaza dan 6 rakyat Israel termasuk 2 askar rejim. Hamas juga turut kehilangan as Syahid Ahmed Jabari arkitek sayap militarinya beserta 6 pimpinan senior Hamas. Menurut saudara Sany Araby, aktivis MAPIM yang berada di tengah-tengah serangan di Gaza ketika bersiaran langsung dalam sidang media Malaysian Gaza Emergency Fund (MyGef) anjuran ABIM, GPM, MRA, PKPIM dan MAPIM berkongsi bagaimana Israel menggunakan taktik serangan udara roof attack....

Bacaan lanjut di http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/43-isu-semasa/365-semarakkan-agenda-world-without-israel

Tiada ulasan: