Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, Disember 26, 2012

SUKARELAWAN BERKEMAHIRAN TINGGI DIPERLUKAN

Akademi Kesukarelawanan Malaysia yang bertempat di Kampar, Perak bakal di lancarkan secara rasminya pada Februari 2013. Menurut Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam (ABIM) Encik Jufitri Joha, akademi itu bertujuan melatih sukarelawan yang berkemahiran tinggi melakukan kerja-kerja kemanusiaan dan komuniti di dalam dan luar negara. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual berita radio RTM:

"Ramai yang hendak jadi sukarelawan kita.Kita sedang mempersiapkan mereka supaya mereka ada satu kemahiran khusus. Kadang-kadang sukarelawan kita ni ramai yang bersukarela. Tapi masalahnya bila datang kepada kepakaran, skills mereka tidak ada. Jadi kita mengalu-alukan mereka untuk join kita pada masa yang sama kita nak lahirkan sukarelawan yang ada skill. Bila mereka pergi ke tempat yang ada konflik dan bencana mereka membantu.Bukannya mereka yang dibantu."

Sumber Berita Radio RTM 5 petang 27 Disember 2012 / 14 Safar 1434 H :
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=53&Itemid=69&lang=en

Tiada ulasan: