Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Ahad, September 29, 2013

Buku Tangisan di Bumi Syria Karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Kata Aluan Saya Selaku Pengerusi Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) dalam Buku Tangisan di Bumi Syria Karangan Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri


KATA ALUAN BUKU: TANGISAN DI BUMI SYRIA

Alhamdulillah, Wassolatuwassalamu ala’ Rasulillah wa ba’d,

“What is happening in Syria right now is exactly the same thing as what happened in Karbala 1 332 years ago”, begitulah kata-kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika menyifatkan konflik berdarah Syria yang telah berlarutan sehingga 28 bulan ketika kata aluan ini ditulis. Ia merupakan konflik terpanjang dan bersejarah yang berlaku dalam kelompok peristiwa Arab Spring atau Thawwrah as Sya’bi.

Sehingga ke saat ini, Bashar al-Assad masih lagi bertahan walaupun beliau diasak di segenap penjuru oleh pejuang pejuang pembebasan Syria atau Free Syrian Army (FSA) yang hanya bersenjatakan senapang buatan sendiri dan senjata yang dirampas daripada pihak tentera rejim al-Assad. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan dhaif namun mereka tetap gigih berjuang kerana sebagai insan yang mempunyai ‘karamatul insan’ yang jitu, pilihan mereka hanyalah dua sama ada hidup mulia (aish azizan) atau mati syahid (maut syahidan). Mereka lebih rela mati syahid daripada hidup dihina dan dinafikan hak-hak asasi mereka oleh Bashar al-Assad. Konflik berdarah ini jika dinilai daripada sudut keduniaan, kelihatan ianya amat merugikan rakyat Syria, namun di sisi sudut ukhrawi, ianya sebenarnya mempunyai nilai keuntungan akhirat yang hanya dapat dinilai dan dirasai oleh mata basyirah.


Sejak terjadinya konflik ini, generasi muda mula kembali kepada ruh perjuangan agama dan kini mereka merasai nikmat berjihad menegakkan kalimah al haq di hadapan pemerintah yang zalim atau ‘sultan al jair’. Semangat sedia berkorban dan mati shahid dalam menegakkan kebenaran dan kehidupan yang bebas dan mulia ini mengingatkan kita kepada salah satu daripada unsur-unsur kekuatan umat Islam silam seperti yang dinukilkan oleh Sheikh Sayyid Sabiq dalam kitabnya Anasirul al-Quwwah fi al –Islam. Unsur kekuatan inilah yang turut menggerunkan Israel kerana jika Syria jatuh ke tangan FSA dan etnik Alawi Bashar menjadi minoriti memerintah di kawasan utara, maka ia akan menjadi mimpi ngeri terbesar kepada sekuriti and survival negara haram Zionis, benarlah analisis Robert D. Kaplan, penganalisis “think tank” terkenal Amerika Syarikat Stratfor berkenaan kepentingan Israel, “An Alawite mini-state in the northwest of Syria could be quietly supported by Israeli security against central Sunni government.”

Konflik ini juga menyebabkan purata yang terbunuh setiap bulan menjangkau 5000 jiwa termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kuasa-kuasa besar barat hanya beretorik membiarkan konflik berterusan kerana masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan yang tersendiri terhadap Syria. Oleh itu pihak ABIM, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) acapkali mengambil langkah advokasi yang agresif untuk mendesak pemerintah dunia Islam khususnya Malaysia memainkan peranan proaktif sebagai tekong dunia Islam untuk menamatkan segera konflik berdarah ini kerana kita amat khuatir jika nasib rakyat Syria dicaturkan oleh personaliti 3B iaitu Brahimi (Utusan Khas PBB), Burne (Britain) dan Bagnadov (Rusia). Melalui Malaysian Life Line for Syria (MLL4S) usaha bantuan kemanusiaan akan terus digandakan dan setakat ini MLL4S telah berjaya melancarkan 4 misi bantuan kemanusiaan ke dalam Syria dan sempadan Negara Syria yang menjadi tempat berteduh kepada ratusan ribu pelarian Syria.


Kehadiran buku Tangisan di Bumi Syria karangan tokoh agamawan yang saya kasihi Yang Berbahagia Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri adalah usaha kolaborasi mantap kali kedua antara aktivis dan tokoh agamawan selepas buku Konflik Syria dan Mauqif Ulama. Ia bertujuan bagi meneruskan kesinambungan dan usaha berterusan memberikan pendidikan dan penerangan langsung kepada umat tentang perkembangan terkini sahabat seaqidah kita di Syria di samping untuk menjana kewangan dalam skala yang besar untuk disalurkan ke pelarian Syria termasuk yang berjumlah 7000 orang di Malaysia dalam bentuk makanan, ubat-ubatan dan pendidikan.

Saya merakamkan ucapan syabas kepada Yang Berbahagia Dr. atas smart partnership yang amat bermakna ini kerana ikatan yang terjalin ini akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita telah menjadi sebahagian daripada pelaku utama bagi membela nasib umat Islam Syria.

Semoga bumi Syam yang diberkahi Allah ini akan menemui citra kedamaian satu hari nanti InsyaAllah, Allahumma amin.
Wassalam.

JUFITRI JOHA
Pengerusi Malaysia Life Line for Syria (MLL4S)
merangkap
Naib Presiden Antarabangsa ABIM

Tiada ulasan: