Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Rabu, Januari 01, 2014

Pembudayaan Nilai Agama di Kalangan Generasi Muda: Pengalaman Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Kertas Kerja:
Pembudayaan Nilai Agama di Kalangan Generasi Muda: Pengalaman Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ditulis dan dibentangkan oleh:
Mohamad Raimi Ab Rahim & Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM

Dibentangkan di:

Persidangan Antarabangsa "Towards a Healthy Youth Culture" anjuran Sultan Omar 'Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS) Universiti Brunei Darussalam (UBD)



PEMBINAAN GENERASI BERKUALITI

Pada mulanya tampak seperti satu senda gurau tatkala ‘Umar Ibn al Khattab r.a mengajak sahabat-sahabatnya yang sedang berhimpun di sebuah rumah supaya berangan-angan, menghayalkan apa yang paling mereka inginkan ketika itu. Seorang dari mereka bersuara,

“Aku angan-angankan agar rumah ini dipenuhi emas yang akan nanti dibelanjakan di jalan Allah”
Seorang lain pula menyampuk,

“Aku pula mengangan-agankan agar rumah ini dipenuhi intan permata yang akan aku sedekahkan dan belanjakan di Allah”
Begitulah seterusnya hingga mereka kehabisan angan-angan.” Kami tidak tahu apa lagi yang harus kami katakan wahai Amirul Mukminin.
Setelah itu barulah ‘Umar sendiri menyatakan keinginannya.
"Aku mempunyai keinginan lain. Aku menginginkan sejumlah orang-orang hebat seperti Abu 'Ubaydah ibn Al-Jarrah, Mu'adh ibn Jabal dan Salim Maula abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan kalimah Allah."


Kisah ini ternyata bukan sekadar satu gurauan, tetapi satu dialog yang cukup bermakna. Menurut Siddiq Fadzil (1992) dialog ini membawa mesej yang jelas tentang kepentingan membina generasi yang berkualiti untuk melaksanakan cita-cita umat. Justeru Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam dalam rangka menjayakan risalahnya – membangun umat dan tamadun yang unggul - telah melaksanakan program pembinaan kelompok teras yang menulangbelakangi pembentukan umat baru. Kelompok teras yang berkualiti itulah, tambah beliau, yang disebut oleh Sayyid Qutub sebagai “Generai Qur’anik yang unik”.

Bacaan lanjut di : http://www.abim.org.my/index.php/arkib-abim/43-isu-semasa/610-pembudayaan-nilai-agama-di-kalangan-generasi-muda-pengalaman-angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Tiada ulasan: