Rayuan untuk Syria
Ahad, Julai 06, 2014
Hi Tea bersama Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Usaha H.E Joseph Y. Yun Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk berdialog dengan wakil wakil pertubuhan Islam di Malaysia adalah sesuatu yang amat baik untuk meningkatkan persefahaman dan mencari jalan penyelesaian khususnya perkara perkara sensitive yang melibatkan Amerika dan dunia Islam.
‘Agree to disagree’ merupakan asas permulaan perbincangan agar dialog antara dua peradaban ini boleh berlangsung secara telus. Mungkin ini permulaan yang baik memandangkan Duta bersetuju mengadakan perbincangan berkala bagi mewujudkan kejelikitan dan persefahaman.
Turut hadir beberapa aktivis dan ilmuwan seperti Sheikh Sayyid Afeefuddin al-Jilani, Dato Zainal Abidin Abdul Kadir (Mantan Duta Besar Malaysia ke Mesir) dan saudara Mohamad Raimi Ab Raimi (Naib Presiden Antarabangsa ABIM).
Banyak isu sensitif diperbincangkan secara telus khususnya berkaitan Iraq, Pelestin, Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), termasuk dasar luar Amerika yang berat sebelah dan tidak adil terhadap dunia Islam. Walaubagaimanapun Duta Joseph mempunyai hujah dan pandangan tersendiri apabila secara jelas mempertahankan soal faedah TPPA kepada Malaysia jika menyertai TPPA. Beliau turut mempertahankan tindakan Amerika campurtangan di Iraq yang menyebabkan Iraq terus bergolak sehingga hari ini. Beliau turut menjelaskan prinsip campurtangan Amerika terhadap sesuatu isu dan Negara sebagaimana mana yang dinyatakan Obama, “US involve only when the interests of the people of America and its allies directly affected”.
Saya turut menyatakan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kesan TPPA berkaitan soal halal dan pengikisan hak keistimewaan bumiputera.
Pertemuan pertama mungkin menjadi titik mula untuk perbincangan yang lebih telus. Saya berhasrat untuk menimbulkan isu konflik Syria yang mana Amerika kelihatan senyap membiarkan perang berterusan sehingga ke hari ini dan mengorbankan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa pada pusingan seterusnya. Duta Joseph ada bertanyakan persepsi rakyat Malaysia terhadap Obama dan Amerika. Saya teringin menyebut namun kesempatan masa yang agak terbatas tentang persepsi terhadap Obama. Pada awal Obama ketika menjadi Presiden dan melakukan 'Apology Tour to Egypt', sebahagian umat Islam memberikan sedikit harapan terhadap inisiatif Obama mendekati dunia Islam namun penggal kedua Obama amat mengecewakan dengan isu Palestin yang masih gagal diselesaikan selain penggunaan 'drone' yang agresif oleh tentera Amerika di Pakistan sehingga Dr. Chandra Muzaffar membuat jenaka, "If Martin Luther King 'I have a dream' but Obama 'I have a drone'. Selagi Amerika masih dengan dasar luar yang lama maka Amerika akan berterusan menerima persepsi buruk daripada umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Legasi terbaik untuk Obama tinggalkan kerusi empuk Presidennya ialah menyelesaikan isu konflik Palestin-Israel kerana itulah ibu segala konflik, tapi ia kelihatan sama sahaja seperti Presien Amerika yang lalu yang berterusan gagal menjadi penaja keamanan kepada Asia Barat.
Justeru generasi muda wajar dipersiapkan dengan kebolehan berhujah dan berdialog khususnya apabila berdepan dengan tokoh tokoh penting seperti Duta Joseph dalam berhujah atas fakta dan ilmu.
Adakalanya kita perlu bijak mengambil pelbagai pendekatan berhadapan dengan Amerika sama ada demonstransi, konfrontasi dan adakalanya dialog bergantung pada situasi dan kebijaksanaan kita.
*Menanti nanti tawaran dialog daripada Duta Besar China.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan