Pertemuan dan diskusi bersama Dr. Ataullah berkenaan pengalaman dialog antara agama di United Kingdom amat menarik. La Convivencia atau the co-existence merujuk kepada zaman kegemilangan Andalus di Sepanyol bermula abad ke-8 sehingga kejatuhan Sepanyol atau ‘Christian Reconquiste’ di mana Muslim, Kristian dan Yahudi secara relatifnya hidup aman bersama.
Kelihatan jelas interaksi dan dialog antara agama UK amat ‘advanced’ di sana. Pengalaman saya ketika menuntut di Durham, utara England menyaksikan dialog antara agama berlaku di peringkat akar umbi.
Dr. Ataullah Siddiqui yang pernah menjadi Pengarah The Markfield Institute of Higher Education berkongsi fakta menarik berkenaan kelompok agama di UK seperti usaha membendung Islamophobia secara bersama oleh pelbagai agama. Sebagai contoh kelompok Yahudi di UK merupakan yang memulakan penubuhan Islamophobia Committee pada 2003. Bahkan dokumen berkaitan Islamophobia di UK pada 1997 disedikan secara bersama oleh kelompok merentas agama. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah perlawanan persahabatan antara para Imam menentang paderi Kristian merupakan usaha merapatkan jurang antara kedua-dua penganut bahkan menjadi usaha yang popular di seluruh Eropah.
Dr. Ataullah turut berkongsi tips dialog dengan meletakkan asas keterbukaan dan ‘trust’ sebagai yang pertama yang harus dilakukan oleh para pendialog. Selain itu, aspek ‘sejarah’ dan ‘memori’ pertembungan antara agama harus diberikan perhatian dan ditangani secara baik semasa dialog.Dr. Ataullah menegaskan bahawa makna dialog ialah ‘my faith is not to be compromised but to contribute’. Penegasan ini menjawab kepada kelompok umat Islam yang risau akan aqidah mereka tergugat apabila menyertai dialog, justeru jelas dialog tidak akan menjejaskan aqidah selama mana mereka yakin dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Dr. Ataullah mengakhiri pertemuan dengan mengingatkan cabaran umat Islam di serata dunia khususnya di UK ialah sekularisme di mana rasional mendominasi ruang kehidupan manusia sejak zaman pencerahan Barat. Enlightenment di barat melahirkan penjajahan dunia timur, keegoan euro-centric, berasa bertanggungjawab ‘to civilize’ dunia selain Barat, orientalisme dan freemason.
1 ulasan:
Dr. juga menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap manipulasi manupulasi dalam institusi penjawat awam London.
Catat Ulasan