Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, Ogos 18, 2014

KENYATAAN MEDIA ABIM 11 OGOS 2014 / 14 SYAWWAL 1435 H



ABIM Seru Belia dan Masyarakat Malaysia Sama-Sama Menjayakan Gagasan Komuniti Asean 2015

Tanggal 8 Ogos 2014 yang lepas merupakan ulangtahun penubuhan The Association of Southeast Asian Nations atau ASEAN. Setelah 47 tahun, ASEAN menjadi semakin signifikan dengan memegang status sebagai antara kerjasama serantau yang berjaya di dunia. 2015 merupakan tahun yang amat penting buat Malaysia di mana ia merupakan tahun perlaksanaan Asean Community dalam masa yang sama Malaysia bakal mengambil baton Pengerusi ASEAN dari Myanmar.

Oleh itu, Malaysia telah membuat persiapan awal ke arah agenda 2015 dan memilih ‘tagline’ ASEAN berpaksikan rakyat sebagai tema. Ini merupakan mesej bahawa kejayaan perlaksanaan Komuniti ASEAN 2015 banyak bergantung kepada kerjasama dan interakasi pelbagai hala belia dan rakyat dalam Negara Negara anggota ASEAN.

ABIM sebagai sebagai sebuah pertubuhan masyarakat madani, belia dan dakwah turut tidak ketinggalan untuk terlibat secara proaktif menjayakan agenda Komuniti ASEAN yang amat penting ini. Terbaru ABIM terlibat dalam perbincangan meja bulat yang dianjurkan Global Movement of Moderates (GMM) dan beberapa Ngo lain bertemakan Building a People Centred ASEAN on The Foundation of Human Rights, Inclusive and Sustainable Development. ABIM turut terlibat secara aktif dalam menjayakan Pre Convention ASEAN Youth Leaders Summit 2015 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM). Di kedua dua platfom penting ABIM telah mendapat dan memberikan pelbagai input dalam menghakupayakan masyarakat madani ASEAN untuk memaju ke arah fokus penting ini. ABIM juga turut terlibat aktif dalam ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People’s Forum (ACSC/APF) yang kali terakhir diadakan di Yangon, Myanmar dan tahun hadapan ABIM akan turut menjayakan persidangan berbasis rakyat untui rakyat ini di Kuala Lumpur setalah kali terakhir sebagai tuan rumah pada 2005. Terdahulu sebelum itu ABIM turut aktif dalam memberikan pandangan dan idea dalam perbincangan dan pelan bertindak isu ASEAN yang dianjurkan secara bersiri oleh Foreign Policy Studies Group (FPSG) di bawah pimpinan Tan Sri Razali Ismail dan rundingan Civil Society Organisation (CSO) berkenaan ASEAN Human Rights Charter di Kuala Lumpur dan Manila.

Memandangkan agenda Komuniti ASEAN 2015 merupakan sebuah agenda penting umat dan Negara, maka ABIM sukacita menyeru agar;

1.) Rakyat di Malaysia sama menyebarkan seluas mungkin maklumat dan kesedaran tentang agenda di peringkat akar umbi bagi membantu Malaysia memimpin ASEAN menjadi rantau yang aman dan stabil di samping memastikan keseluruhan rakyat Malaysia dan ASEAN merasai faedah daripada Komuniti ASEAN 2015.

2.) Belia, pertubuhan dan pemimpin belia memainkan peranan yang aktif dengan meningkatkan kerjasama sesama rakan-rakan dalam ASEAN dalam bidang pembangunan belia dan pelbagai bidang seperti pertukaran belia, kerjasama penyelidikan isu belia, peace building dan kesukarelawanan kerana generasi muda merupakan paksi kepada kejayaan ASEAN pada masa kini dan masa hadapan.

3.) Kerajaan Malaysia menumpukan lebih kepada usaha mewujudkan sebuah rantau ASEAN yang lebih stabil, aman dan makmur dengan memastikan ASEAN bebas daripada sebarang peperangan, konflik agama dan kaum, perebutan wilayah dan warisan budaya, dan pembunuhan dengan menggalakan dialog dan penyelesaian aman di meja rundingan.

Dengan berbaki lima bulan, pihak ABIM yakin Malaysia mampu dan sudah bersedia untuk menerajui ASEAN dengan gandingan dan dokongan padu daripada masyarakat madani.

JUFITRI JOHA
Naib Presiden ABIM

Tiada ulasan: