Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, September 08, 2014


KENYATAAN MEDIA ABIM
4 SEPTEMBER 2014 / 9 ZULKAEDAH 1435 H
SALAM TAHNIAH KEPADA SAUDARA SUHAIL MOHAMED KAMARUDDIN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI GOLD AWARD ASSOCIATION NETWORK (GAIN) 2014-2016


Tidak terlalu lambat bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk merakamkan ucapan setinggi tahniah terhadap saudara Suhail Mohamed Kamaruddin atas perlantikan sebagai Pengerusi Gold Award Association Network (GAIN) bagi sesi 2014-2016. GAIN merupakan sebuah badan antarabangsa yang signifikan bagi menyelia dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk penerima emas dari negara-negara yang terlibat dalam The Duke of Edinburgh’s International Award for Young People. Anugerah ini bertujuan bagi mengiktiraf sumbangan anak muda di seluruh dunia dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara. Terdapat 146 buah Negara yang terlibat dalam program anugerah berprestij ini.

Perlantikan dan pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan besar buat masyarakat dunia khususnya generasi muda global terhadap kepimpinan belia Malaysia. Pihak ABIM juga turut rasa bertuah memandangkan saudara Suhail merupakan antara pimpinan utama ABIM Wilayah Persekutuan yang bertindak sebagai Penolong Setiausaha. Ini secara tidak langsung menggambarkan kualiti kepimpinan ABIM di samping kekuatan personaliti saudara Suhail diiktiraf oleh generasi muda global.

Pihak ABIM ingin mengucapkan selamat maju berjaya kepada saudara Suhail dalam memimpin GAIN ke persada yang lebih hebat sambil mengharapkan supaya seluruh belia Malaysia dan ABIM dapat terus bersama-sama beliau menyumbang kepada kesejahteraan pembangunan belia di seantero dunia. Semoga saudara Suhail menjadi inspirasi kepada belia Malaysia untuk terus mempersiapkan kualiti kepimpinan diri untuk ditawarkan kepada masyarakat dunia ke arah dunia yang lebih aman dan sejahtera.

Pihak ABIM juga menyeru seluruh belia Malaysia agar mengambil manfaat dan peluang ini untuk sama-sama terlibat dalam program The Duke of Edinburgh’s International Award for Young People ini melalui Bahagian Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Malaysia Gold Award Association (MAGAA) kerana ianya amat bermanfaat bagi membangunkan potensi diri ke arah yang lebih positif.

JUFITRI JOHA
Naib Presiden ABIM
(Pembangunan Belia dan Intelektual)

Tiada ulasan: