Rayuan untuk Syria

Rayuan untuk Syria

Isnin, September 08, 2014

Hadiri Wacana Manuskrip Melayu



Saya sempat singgah ke Wacana Manuskrip Melayu bersama Dr. Annabel Teh Gallop di UKM Khamis lepas (4 September 2014 / 9 Zulkaedah 1435 H) kerana minat saya terhadap khazanah tamadun Melayu yang sepatutnya digali dan ditekuni oleh generasi muda sebagai ilmu dan jati diri kekuatan masyarakat Islam di Alam Melayu.

Dr Teh merupakan Ketua Jabatan Bahagian Asia Tenggara di British Library. Membesar di Brunei dan fasih berbahasa Melayu. Saya difahamkan teman saya Aryan Awana yang sedang menyiapkan Doku Alam Melayu bahawa ayah Dr Teh menetap di Pulau Pinang. Ini bererti datang ke Malaysia umpama balik kampung bagi beliau.

Pada awal pembukaan dan kata aluan oleh Dato' Zawiyah Baba, Ketua Pusat Pengajian Manuskrip Alam Melayu, UKM, menyebut bahawa selain di British Library dan Leiden Belanda, Malaysia sahaja menyimpan sebanyak 4663 manuskrip Melayu pelbagai bidang di Perpustakaan Negara, 3500 di Muzium Kesenian Islam, 238 di Dewan Bahasa dan Pustaka, 58 di UKM, dan 6 di Puskam. Kayanya khazanah Alam Melayu harus wajar diterokai bagi membina sebuah tamadun.

Pesanan Tokoh Belia: Generasi Muda wajar memupuk minat mendalami dan mengkaji manuskrip-manuskrip yang amat berharga ini agar tidak lapuk ditelan zaman. Ilmunya buat bekal pembangun zaman.

* Dr Teh boleh dicapai di Annabel.Gallop@bl.uk

Tiada ulasan: